omniture

DJI AGRICULTURE AKAN MEMBAWAKAN TEKNOLOGI PERTANIAN CANGGIH KE PAMERAN PERDAGANGAN TERKEMUKA EROPAH UNTUK JENTERA PERTANIAN.

DJI
2023-11-08 16:00 43

Pameran Produk Pertanian Bagi Menunjukkan Bagaimana Pengeluar Tanaman Dapat Meningkatkan Kecekapan Dan Kualiti Dengan Teknologi Perladangan Terkini

FRANKFURT, Jerman, 8 November 2023 /PRNewswire/ -- DJI Agriculture adalah peneraju global dalam memudahkan inovasi pertanian melalui teknologi dron akan mengadakan pameran buat julung kalinya di Agritechnica Hannover pada 12-18 November. Pengunjung akan dipertontonkan dengan penyelesaian pertanian dan pemahaman tentang teknik-teknik perladangan pintar baharu serta penyelidikan industri yang terkini untuk meningkatkan pengurusan ladang. Pembentangan yang akan disampaikan adalah berhubung dengan Pertanian Pintar, Dasar Dron, Ujian Hanyut Dron Pertanian dan banyak lagi.

DJI Agriculture Brings Advanced Agricultural Technology to Europe
DJI Agriculture Brings Advanced Agricultural Technology to Europe

Jadual Pembentangan

Tarikh & Masa

Pembentangan & Penceramah

Lokasi

12 Nov.

14:30 - 14:50

Pengenalan Jenama

Toby Knisely, DJI Agriculture

Reruai DJI: Dewan 9, Gerai Pameran 16

12 Nov.

15:00 - 15:20

Pertanian Pintar

Wing Zhong, DJI Agriculture

Reruai DJI: Dewan 9, Gerai Pameran 16

12 Nov.

15:10 - 15:50

Nilai Sosial Dron Pertanian

Matteo Natale, DJI Agriculture

Reruai DJI: Dewan 9, Gerai Pameran 16

13 Nov.

15:00 - 15:20

Pengenalan kepada Dasar Dron Pertanian

Joanna Wang, DJI Agriculture

Reruai DJI: Dewan 9, Gerai Pameran 16

13 Nov.

15:30 - 15:50

Ujian Hanyut Dron Pertanian di Australia

Profesor Andrew Hewitt

Reruai DJI: Dewan 9, Gerai Pameran 16

14 Nov.

14:30 - 14:50

Perkongsian Pengalaman Wakil Penjual - Geo Agri, Brazil

Gustavo Streiff

Reruai DJI: Dewan 9, Gerai Pameran 16

14 Nov.

15:00 - 15:20

Perkongsian Pengalaman Wakil Penjual - Daze Tarim, Turkiye

Bahar Dagli Ataman

Reruai DJI: Dewan 9, Gerai Pameran 16

14 Nov.

15:30 - 15:50

Perkongsian Pengalaman Wakil Penjual - Plantadrone, Hungary
Szabolcs Gyovai

Reruai DJI: Dewan 9, Gerai Pameran 16

14 Nov.

16:00 - 16:20

Perkongsian Pengalaman Wakil Penjual - Schmidt Solutions, Jerman

Jan Schmidt

Reruai DJI: Dewan 9, Gerai Pameran 16

"Baru-baru ini, DJI Agriculture mengeluarkan laporan yang menunjukkan bahawa petani dan kerajaan di seluruh dunia boleh menerima pakai penggunaan dron pertanian dan kaedah perladangan pintar untuk meningkatkan pengeluaran makanan dengan cara yang lebih saintifik, lestari dan mesra alam," kata Yuan Zhang, Ketua Jualan Global di DJI Agriculture. "Kehadiran kami di Agritechnica merupakan satu komitmen kepada pengeluar tanaman dan membantu mereka memahami bagaimana teknologi dapat meningkatkan kaedah perladangan hari ini demi manfaat kepada semua orang."

Penyelesaian Udara untuk Era Perladangan Baharu
DJI Agriculture menawarkan pelbagai produk sebagai penyelesaian perlindungan tanaman yang lengkap untuk petani bermula daripada tinjauan dan pemetaan hingga penyemburan dan penyebaran. Dron ini mewakili masa depan teknologi pertanian dan direka bentuk untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam pengurusan tanaman.

Buat julung kalinya, beberapa produk yang hanya tersedia di luar Eropah sebelum ini akan dipamerkan. Produk-produk yang akan dipamerkan adalah seperti berikut :

DJI Agras T50 dan DJI Agras T25 (Penampilan Sulung di Eropah)
Dron aplikasi udara DJI yang terbesar dan paling canggih, Agras T50 mampu membawa muatan semburan 40 kg atau muatan sebaran 50 kg . Dilengkapi dengan dwi penyemburan pengabus, radar tatasusunan berfasa depan dan belakang dandwivisi binokular serta kamera gimbal FPV resolusi tingg. Ia mengintegrasikan tinjauan udara dengan perlindungan tanaman untuk menyediakan penyelesaian dron pertanian yang lengkap. Agras T25 mengintegrasikan ciri-ciri ini ke dalam kerangka udara kompak yang dioptimumkan untuk penggunaan solo dan mampu membawa muatan semburan 20 kg atau muatan sebaran 25 kg.

DJI Mavic 3M
Penyelesaian pemetaan berbilang spektrum mudah alih. DJI Mavic 3M menggabungkan kamera RGB dengan kamera berbilang spektrum untuk mengimbas dan menganalisis pertumbuhan tanaman dengan amat jelas. Memanfaatkan data berbilang spektrum untuk mencipta peta aplikasi preskripsi untuk mengarahkan operasi automatik yang dilaksanakan oleh dron siri Agras

DJI Relay Module
Penerima isyarat yang dapat melanjutkan dan menguatkan transmisi dengan berkesan antara dron DJI Agras yang serasi dengan alat kawalan jauh. DJI Relay Module meluaskan operasi merentas jarak yang lebih jauh dan persekitaran yang lebih rumit.

DJI FlyCart 30 (Penampilan Sulung di Eropah)
Pengangkat berat jarak jauh, DJI FlyCart 30 dapat melangkaui melebihi had logistik tradisional untuk menyampaikan penyelesaian pengangkutan udara yang selamat dan menjimatkan serta cekap.

Ayuh Datang dan Bertemu DJI di Reruai
DJI Agriculture dengan berbesar hati menjadi sebahagian daripada Agritechnica 2023 dan tidak sabar untuk bertemu dengan ahli profesional industri untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan kami yang terkini. Bagi mengatur temu bual atau untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana DJI Agriculture bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya untuk mencipta ekosistem aplikasi udara yang bertumpu pada pengoptimuman racun perosak, penambahbaikan produk, kemajuan teknologi dan pertumbuhan bakat, boleh email pertanyaan anda ke alamat emel perhubungan: matt.bailey@dji.com

Lokasi Reruai: Dewan 9, Gerai Pameran 16
Peta Agritechnica: https://bit.ly/AgritechnicaMap

Latar Belakang DJI Agriculture
Sejak tahun 2006, DJI telah memimpin dunia dengan inovasi dron orang awam yang telah memperkasa individu untuk terbang buat julung kalinya, individu berwawasan untuk mengubah imaginasi mereka menjadi realiti dan golongan profesional untuk mentransformasikan tugas mereka sepenuhnya. Dengan penetapan minda berorientasikan penyelesaian dan sifat ingin tahu yang tulen, DJI memperluaskan cita-citanya ke dalam bidang pertanian.

Pada tahun 2012, DJI memulakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dron pertanian dan pada tahun 2015 menubuhkan DJI Agriculture. DJI Agriculture komited untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif, cekap dan mampan untuk terus meningkatkan produktiviti pertanian. Dengan produk-produk yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 100 negara seluruh dunia, DJI Agriculture memperkasa lebih 10 juta pengguna profesional dengan penyelesaian perladangan pintar.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi:
Laman Web: https://ag.dji.com/
Facebook: https://www.facebook.com/DJIAgriculture/
Twitter: https://twitter.com/DJIAgriculture
YouTube: http://www.youtube.com/c/DJIAgriculture

Source: DJI
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news Future Events