omniture

Ekspo Bio Mega Antarabangsa di Korea Selatan Menawarkan Sekilas Pandangan Kehidupan Masa Hadapan

Osong Bio Industry Expo Organizing Committee
2014-07-24 13:02 148

CHEONGJU, Korea Selatan, 24 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Eksposisi bio antarabangsa yang bakal diadakan di Korea Selatan akan menyediakan sekilas pandangan untuk para pelawat tentang kehidupan yang bakal dibawakan oleh bioteknologi, kata pihak penganjur pada hari Rabu.

Eksposisi Industri Bio Antarabangsa Osong, yang dijadualkan untuk bermula pada bulan September di bandar utama negara itu, Osong, "akan mempertunjukkan rupa kehidupan pada masa hadapan yang mungkin, sejajar dengan kemajuan industri berasaskan sel," kata Lee Cha-young, setiausaha agung jawatankuasa penganjurnya.

"Dewan Masa Hadapan Bio, salah satu daripada enam galeri utama kami, akan menunjukkan pelbagai babak kehidupan baharu ini dalam bidang seperti makanan, tenaga, ubat-ubatan dan juga sains penumpuan," beliau berkata lagi.

Pameran itu menunjukkan kekurangan makanan dan kebuluran bakal dihapuskan kerana wujudnya teknologi untuk mengkulturkan sel bagi menghasilkan daging dan sayur-sayuran di kilang.

Kenderaan tanpa pemandu akan meluncur sepanjang jalan raya terapung, dan tidak perlu diisi minyak kerana mikroorganisma sel tunggal dalam tangki minyak akan terus menghasilkan gasolin.

Kecederaan parah sudah tidak perlu dirisaukan lagi, kerana pencetak 3D boleh memulihkan bahagian badan dengan sel stem.

Pelbagai jenis robot berbeza digunakan untuk pelbagai tujuan bagi membantu manusia hidup dengan lebih mudah dan dengan limpahan sumber. Robot ini boleh memasak, menjaga orang sakit dan turut menghiburkan manusia.

"Impian untuk kehidupan abadi atau negara yang menghasilkan minyak boleh menjadi kenyataan dalam masa terdekat," kata Lee. "Para pelawat sudah boleh melihat nilai industri bio serta semua kemungkinannya yang tanpa had."

Setelah dihoskan oleh kerajaan Wilayah Chungcheong Utara, Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga serta kerajaan perbandaran tempatan, ekspo itu akan bermula pada 16 September dan akan berlangsung selama 17 hari di Lembah Bio Osong dalam bandar itu, kira-kira 120 kilometer selatan dari Seoul, menurut jawatankuasa penganjur.

Dengan tema "Rahsia Kehidupan, Masa Hadapan Indah," semua pameran akan menunjukkan bagaimana industri itu telah maju selama puluhan tahun yang lalu dan rupa masyarakat masa hadapan yang mungkin, sambil membenarkan orang ramai mengalami pelbagai pengalaman amali seperti menjalankan rawatan perubatan dan turut mengendalikan eksperimen sains, beliau berkata lagi.

Maklumat Perhubungan Media

Gu hyeon jeong
rachel@outcom.co.kr
+82-70-7707-3784

Source: Osong Bio Industry Expo Organizing Committee
Keywords: Biotechnology Food/Beverages Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Oil/Energy Trade show news