omniture

CIEF 2023 bakal dibuka di Guangzhou pamerkan 300 projek luar negara

CIEF2023
2023-11-08 20:44 40

GUANGZHOU, China, 8 November 2023 /PRNewswire/ -- Pameran Inovasi dan Keusahawanan China (CIEF) 2023 akan berlangsung di Guangzhou mulai 17 hingga 19 November. Lapan edisi CIEF telahpun diadakan dengan jayanya sejak tahun 2015.

Dengan tema "memperkasa landasan baharu dan menggalakkan pembangunan baharu bersama-sama", CIEF 2023 akan diadakan baik secara maya mahupun di lapangan dalam bentuk "3+2+N", menarik banyak projek mewah dan berkualiti tinggi dari China dan juga negara-negara lain. Antaranya, zon khas untuk pencapaian inovatif Jalur dan Jalan serta Kawasan Teluk Besar menyaksikan lebih daripada 500 projek daripada 84 syarikat. Selain itu, hampir 200 projek dari lebih 10 negara, termasuk AS, Rusia, UK, Perancis, Jerman, Itali, Korea Selatan dan sebagainya akan dipamerkan tempat pameran yang lain.

Dilaporkan bahawa "dana kerjasama strategik CIEF untuk transformasi pencapaian" akan ditubuhkan untuk memadankan dana dengan projek, modal dengan pembuatan dan teknologi dengan industri, lalu mewujudkan kitaran peringkat tinggi "teknologi-industri-kewangan".

Beberapa acara sokongan akan diadakan semasa Pameran berkenaan, termasuk Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan CIEF Pertama, pemilihan projek-projek inovasi dan keusahawanan terbaik, pemadanan pencapaian teknologi dan projek harta intelek, jerayawara di lapangan, jelajah taman industri ahli akademik dan pakar serta syarahan dasar, bagi menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang lebih komprehensif untuk inovasi dan keusahawanan.

Source: CIEF2023
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Financial Technology General Manufacturing