omniture

Kedudukan Universiti Dunia QS: Asia 2024

QS Quacquarelli Symonds
2023-11-09 00:49 46

Universiti Terbaik di Asia Diumumkan 

LONDON, 8 November 2023 /PRNewswire/ -- Kedudukan Universiti Dunia QS: Asia 2024 yang menilai pengiktirafan akademik dan majikan, kehebatan penyelidikan, sumber pengajaran dan pengantarabangsaan, merupakan yang terbesar sekali dengan menampilkan sebanyak 857 buah institusi dari 25 buah negara dan wilayah, termasuk 149 pendatang baharu. Peking University mengekalkan gelarannya sebagai universiti terbaik Asia untuk tahun kedua berturut-turut, diikuti oleh The University of Hong Kong dan National University of Singapore masing-masing di tempat kedua dan ketiga.  India muncul sebagai negara Asia yang paling banyak diwakili dengan 148 buah universiti yang tersenarai —peningkatan yang besar sebanyak 30 buah berbanding tahun lepas. Tanah Besar China mengikutinya dengan 133 buah universiti, manakala Jepun pula mempunyai 96 buah universiti yang tersenarai. Myanmar, Kemboja dan Nepal dimasukkan buat kali pertama.

 

20 Terbaik Asia

2024

2023


Lokasi

1

1

Peking University

CN

2

4

University of Hong Kong

HK

3

2

National University of Singapore

SG

=4

5

Nanyang Technological University

SG

=4

3

Tsinghua University

CN

6

6=

Zhejiang University

CN

7

6=

Fudan University

CN

8

12=

Yonsei University

KR

9

15

Korea University

KR

10

12=

Chinese University of Hong Kong

HK

=11

10

Shanghai Jiao Tong University

CN

=11

9

Universiti Malaya

MY

13

8

KAIST

KR

14

11

University of Tokyo

JP

15

14

HKUST

HK

16

17

Seoul National University

KR

=17

23

City University of Hong Kong

HK

=17

16

Kyoto University

JP

19

18

Sungkyunkwan University

KR

20

22

Tohoku University

JP

 

China mendahului sebagai hab penyelidikan terulung di Asia, dengan 24 buah universiti tersenarai dalam kelompok 50 terbaik untuk Petikan setiap Kertas yang mencerminkan penyelidikan berimpak tinggi daripada mereka. India menyerlah bagi jumlah penyelidikan dengan tujuh buah universiti dalam kelompok 10 terbaik untuk Kertas bagi setiap Fakulti dan terkenal dengan perkadaran tinggi kakitangannya yang berkelulusan PhD.

Jepun mengekalkan reputasi antarabangsa yang kukuh di kalangan majikan dan ahli akademik. Kazakhstan mendahului di Asia Tengah dengan sebuah universiti tersenarai dalam 100 terbaik.

Pendidikan tinggi Singapurakekal mendahului di Asia, dengan dua buah universiti tersenarai dalam lima terbaik dan kesan penyelidikan yang ketara. Korea Selatan menunjukkan kecemerlangan akademik, dengan dua buah universitinya meningkat kepada kedudukan 10 terbaik.

Malaysia diiktiraf atas usaha pengantarabangsaan yang cemerlang. Iran menerajui Asia dalam produktiviti penyelidikan dan kakitangan berkelulusan PhD. Indonesia dan Thailand menyerlah dengan perkadaran Fakulti Antarabangsa yang tinggi, dan Vietnam memperoleh prestasi terbaik dalam reputasi majikan.

Ben Sowter, Naib Presiden Kanan QS berkata: "Kedudukan pada tahun ini mengesahkan bahawa ketabahan dalam meningkatkan piawaian akademik dan kualiti penyelidikan adalah penting untuk kemajuan sektor pendidikan tinggi di Asia."

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2142268/4139307/QS_Quacquarelli_Symonds_Logo.jpg?p=medium600

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Survey, Polls & Research