omniture

Singapore Airlines bekerjasama dengan Tata Communications untuk meningkatkan pengalaman pelanggan bagi pelanggan mereka yang arif

Tata Communications
2023-11-09 03:00 110

Menandatangani perjanjian berbilang tahun untuk penyelesaian digital yang pintar dan intuitif

SINGAPURA dan MUMBAI, India, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- Tata Communications, pendaya ekosistem digital global dan Singapore Airlines Limited (SIA), syarikat penerbangan nasional Singapura, mengumumkan pemeteraian perjanjian berbilang tahun untuk mengubah alat komunikasi dan kerjasama syarikat penerbangan tersebut bagi meningkatkan produktiviti pekerja dan meningkatkan pengalaman pengguna.


SIA dan Tata Communications sudah lama menjalinkan hubungan dengan jayanya yang diperkukuhkan lagi selama beberapa tahun. Inisiatif transformatif baharu ini yang disampaikan pada platform GlobalRapide Tata Communications membolehkan pengguna SIA berhubung dan bekerjasama pada bila-bila masa dan di mana-mana di seluruh dunia.

"Kami sangat berbangga dengan hubungan kami yang telah lama terjalin dengan Singapore Airlines. Sebagai pemain Teknologi Komunikasi global, kami bertuah untuk dipilih sebagai rakan kongsi semasa yang menyaksikannya muncul dengan lebih kukuh berbanding sebelum ini dan berusaha untuk mencipta penanda aras baharu dalam pengalaman pelanggan," kata Amitabh Sarkar, Naib Presiden & Ketua Asia Pasifik dan Jepun – Perusahaan, Tata Communications.

Tata Communications telah bekerjasama dengan SIA sejak lima tahun yang lalu dan selain daripada penyelesaian di atas, IZOTM SDWAN Tata Communications juga membolehkan SIA melakukan penghalaan pintar panggilan pelanggan ke pusat perkhidmatan pelanggan global mereka, sekali gus memastikan pengalaman pelanggan yang lancar.

Selain itu, platform kerjasama juruterbang dan kru kabin SIA juga dikuasakan oleh MOVE Tata Communications yang membolehkan pengalaman global yang sentiasa terhubung kepada semua kru. Ketersambungan selular pintar global MOVE memudahkan pertukaran pantas dan selamat bagi data penerbangan dan penumpang yang penting pada tablet juruterbang dan kru, yang membawa kepada pusingan penerbangan yang dipercepatkan dan prestasi yang menepati masa yang dipertingkatkan sambil mencapai penjimatan kos yang ketara berbanding dengan penyelesaian perayauan data tradisional.                                                                               

Tentang Tata Communications 

Merupakan sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM; BSE: 500483) ialah pendaya ekosistem digital global yang menjana ekonomi digital yang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 buah syarikat Fortune 500 merupakan pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan kepada 80% syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com

Twitter 

Facebook

LinkedIn 

Instagram

YouTube 

Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran

Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited. 

Laporan Tahunan Tata Communications Limited ini boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

© 2023 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.

Tata Communications dan TATA ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara tertentu.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2268954/Tata_Communications_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Tata Communications
Related Stocks:
Bombay:500483 India:TATACOMM NASDAQ:VDSGAP
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Telecommunications Travel Contracts Cloud Computing / Internet of Things