SHANGHAI, 24 Julai 2014 /PRNewswire/ -- FMC Corporation (NYSE: FMC), syarikat bahan kimia berkepelbagaian yang ulung, hari ini dengan rasminya membuka Pusat Inovasi Asia di Zhangjiang Hi-Tech Park yang terletak di kawasan Pudong, Shanghai, China. Kemudahan terkini yang baharu ini berperanan sebagai hab syarikat untuk penyelidikan dan pembangunan, inovasi teknikal, sokongan operasi serta pengurusan eksekutif di rantau Asia Pasifik.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140724/130058
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20111101/NE97440LOGO
"FMC telah berkembang secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Unsur penting dalam strategi kami ialah tumpuan yang lebih luas dan pelaburan yang lebih hebat di Asia ketika produk dan teknologi kami mempunyai peluang yang amat besar," kata Pierre Brondeau, presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi FMC. "Pusat Inovasi Asia FMC memperlihatkan komitmen kami terhadap rantau yang penting ini dan menunjukkan keazaman kami bagi memenuhi keperluan teknologi yang kian meningkat dan selalunya bersifat tersendiri pelbagai pelanggan serta pasaran di seluruh rantau Asia Pasifik."
Pusat Inovasi Asia FMC sembilan tingkat itu menempatkan lebih 180 ahli sains FMC, juruteknik, kakitangan jualan dan pemasaran, kakitangan sokongan, serta pemimpin eksekutif. Ia mempunyai makmal bertaraf dunia untuk penyelidikan perlindungan tanaman dan juga kemudahan tersendiri yang direka secara eksklusif bagi menghasilkan bahan fungsi baharu yang digunakan dalam pasaran kesihatan dan pemakanan.
"Para pelanggan kami di seluruh rantau ini sedang mencari teknologi betul yang dapat membantu menjadikan perniagaan mereka lebih berkesan dan mampan," ujar Bob Trogele, presiden, FMC Asia. "Sama ada produk pertanian baharu untuk meningkatkan hasil tanaman dengan selamat, bahan fungsi yang diperoleh secara semula jadi untuk meningkatkan tekstur makanan dan kestabilan, atau produk litium terkini untuk meningkatkan prestasi bateri, FMC sentiasa memenuhi permintaan untuk inovasi pintar yang dapat menyelesaikan cabaran yang rumit. Pusat Inovasi Asia FMC juga meninggikan kebolehan penyelidikan kami ke tahap baharu, dan berperanan sebagai pemangkin untuk mengukuhkan kolaborasi dan kemesraan pelanggan yang dilakukan dengan baik sekali oleh FMC."
Menurut Gordon Xu, presiden, FMC China, Pusat Inovasi Asia baharu itu akan membantu syarikat untuk menarik serta mengekalkan pekerja terbaik dan cemerlang.
"Kejayaan kami ialah hasil daripada tenaga kerja yang amat berbakat. Ketika kami berkembang dan memperluas perniagaan kami di China dan di seluruh rantau ini, kami perlu menunjukkan kepada pekerja semasa dan pekerja akan datang FMC komited untuk melabur dalam kemudahan bertaraf dunia, alatan penyelidikan terbaik, serta persekitaran kerja kelas pertama yang dapat menggalakkan kreativiti dan kolaborasi," kata Xu. "Kami berbangga kerana pusat baharu kami ini telah melebihi jangkaan untuk syarikat kami dan juga pekerja kami."
Pusat Inovasi Asia FMC ialah kemudahan terkini dengan keluasan 22,000 meter persegi makmal dan ruang pejabat dengan hampir 60 peratus khusus untuk makmal R&D (penyelidikan dan pembangunan). FMC menggabungkan empat tapak di rantau Shanghai untuk Pusat baharu itu.
Latar Belakang FMC
FMC Corporation merupakan syarikat bahan kimia berkepelbagaian yang berkhidmat untuk pasaran pertanian, perindustrian, alam sekitar dan juga pasaran pengguna pada peringkat global selama lebih satu abad menerusi penyelesaian inovatif, aplikasi serta produk berkualiti. Pada tahun 2013, FMC mempunyai jualan tahunan hampir $3.9 bilion. Syarikat tersebut juga menggaji hampir 5,600 kakitangan di seluruh dunia, dan menjalankan perniagaannya dalam tiga segmen: Penyelesaian Pertanian FMC, Kesihatan dan Pemakanan FMC serta Mineral FMC. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari www.FMC.com.