omniture

China Unicom dan Huawei Bantu Exquisite Automotive Gunakan Barisan Pengeluaran Fleksibel 5G-Advanced Komersial

HUAWEI
2023-11-10 02:17 91

BAODING, China, 10 November 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, China Unicom dan Huawei mula membantu Cawangan Teknologi Automasi Baoding Exquisite Automotive Systems Co., Ltd. ("EA") menggunakan barisan pengeluaran fleksibel 5G-Advanced komersial yang membawakan keandalan yang amat tinggi dan kependaman amat rendah.

Di kilang Great Wall Motor, Baoding, Hebei, peralatan 5G-Advanced digunakan dalam barisan pengeluaran bumbung kereta. Kawalan industri tradisional bergantung pada rangkaian berwayar untuk merealisasikan sambungan bersiri dan kawalan peralatan terminal. Walau bagaimanapun, selepas suatu tempoh operasi tertentu, lelasan wayar dalam senario aplikasi mudah alih, seperti lengan robot, unit slaid dan meja berpusing, sering mengakibatkan gangguan pengeluaran, menyebabkan purata masa henti kira-kira 60 jam setahun.

Rangkaian 5G-Advanced menyediakan keandalan yang amat tinggi dan kependaman amat rendah, menjadikannya pilihan yang tepat untuk proses pembuatan teras berkualiti tinggi yang memerlukan kelajuan respons yang tinggi. Rangkaian industri tanpa wayar dapat menghapuskan kekangan wayar sepenuhnya. Berbanding dengan rangkaian berwayar, penyelesaian 5G-Advanced memudahkan penggunaan rangkaian yang lebih senang dan dapat menyokong pembuatan fleksibel dengan lebih baik. Rangkaian 5G-Advanced juga meningkatkan kecekapan dengan mengintegrasikan pelbagai fungsi seperti fungsi pengumpulan data (IT) dan kawalan industri (OT) yang disediakan oleh dua talian persendirian yang berasingan dalam rangkaian berwayar.

Observers watch industrial robots working based on instructions wirelessly transmitted at high speeds via 5G-Advanced indoor base stations
Observers watch industrial robots working based on instructions wirelessly transmitted at high speeds via 5G-Advanced indoor base stations

Terletak di Baoding, Hebei, EA ialah subsidiari Great Wall Motor Co., Ltd. (GWM) dan memiliki perolehan tahunan sebanyak lebih CNY2 bilion. EA bertanggungjawab untuk pembangunan peralatan pintar serta reka bentuk dan integrasi barisan pengeluaran automatik untuk GWM dan syarikat-syarikat auto yang lain.

Di sidang akhbar, Yuan Zhanjiang, Timbalan Pengurus Besar Jabatan Kecerdasan Industri EA menyatakan, "Pendigitalan merupakan satu kemestian untuk transformasi dan penaiktarafan perusahaan permbuatan. 5G-Advanced menampilkan keandalan yang amat tinggi, kependaman rendah dan penggunaan yang mudah. Ciri-ciri ini telah disahkan dalam hab Internet perindustrian 5G-Advanced EA dan tidak lama lagi akan mula menyokong barisan pengeluaran komersial kami. Kami akan merebut peluang yang dibawakan oleh transformasi dan penaiktarafan perusahaan serta memanfaatkan teknologi digital untuk terus meningkatkan keupayaan pembuatan pintar kami dan menyumbang kepada transformasi dan penaiktarafan GWM serta industri pembuatan yang lebih luas."

Yuan Zhanjiang, Deputy General Manager of EA's Industry Intelligence Department, speaking at the press conference
Yuan Zhanjiang, Deputy General Manager of EA's Industry Intelligence Department, speaking at the press conference

Hari ini, banyak negara melihat transformasi digital perindustrian sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang baharu. Justeru itu, mereka berusaha untuk menjadikan pembuatan semakin digital, terhubung dan pintar. Keupayaan operasi digital kini merupakan satu kemestian untuk perusahaan pembuatan dan pembuatan pintar yang fleksibel terus mendapat daya tarikan.

Fan Ji'an, Chief Big Data Scientist of China Unicom, speaking at the press conference
Fan Ji'an, Chief Big Data Scientist of China Unicom, speaking at the press conference

Fan Ji'an, Ketua Saintis Data Raya China Unicom, menunjukkan bahawa China Unicom mempercepatkan pembinaan infrastruktur digital dan memperdalam inovasi bersepadu dalam teknologi digital. Fan berkata: "Dikuasakan oleh 5G-Advanced, aplikasi industri beralih daripada sistem pengeluaran tambahan kepada sistem pengeluaran teras. Kami melihat lebih banyak aplikasi 5G-Advanced tipikal muncul dalam senario utama, lalu memacu industri pembuatan untuk menuju digital dengan lebih jauh."

China Unicom percaya bahawa aplikasi 5G-Advanced dapat mencipta nilai lebih besar untuk perusahaan. "Kami bersedia untuk bekerjasama dengan semua sektor bagi mencipta momentum baharu untuk inovasi dan menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi dengan mengintegrasikan ekonomi digital dan ekonomi sebenar," sambung Fan.

Industri global mempromosikan pembangunan 5G-Advanced dengan aktif. Semasa Forum Jalur Lebar Mudah Alih Global yang melabuhkan tirai bulan lalu, 13 pengendali global, termasuk China Unicom, bersama-sama melancarkan gelombang pertama rangkaian 5G-Advanced, menandakan peralihan 5G-Advanced daripada pengesahan teknikal kepada penggunaan komersial. Tahun 2024 akan menandakan tahun pertama penggunaan komersial 5G-Advanced.

 

Source: HUAWEI
Keywords: Auto Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Transportation Licensing/marketing agreements General Manufacturing