GENEVA, 25 Julai 2014 /PRNewswire/ --
Keputusan pertengahan tahun 2014
Pertumbuhan aset di bawah pengurusan dan pendapatan bersih
Setakat 30 Jun 2014, UBP telah mencatatkan pendapatan bersih sebanyak CHF 82 juta, peningkatan tahun-demi-tahun sebanyak 6.2 peratus (daripada CHF 77.2 juta). Aset di bawah pengurusan meningkat kepada CHF 94.8 bilion, peningkatan sebanyak 8 peratus pada Disember 2013 (CHF 87.7 bilion); peningkatan ini sebahagiannya berpunca daripada aliran masuk bersih bernilai CHF 2.4 bilion, dan juga integrasi penuh perniagaan perbankan swasta antarabangsa Lloyds di Monaco, yang berkuat kuasa pada April lalu.
Pendapatan berjumlah CHF 380.8 juta (USD 429.4 juta) sepanjang dua suku tahun pertama, meningkat daripada CHF 349.4 juta untuk separuh pertama tahun lalu. Perbelanjaan operasi masih berada di bawah kawalan, pada CHF 248.4 juta (USD 280.1 juta) termasuk kos integrasi Lloyds. Nisbah kos/pendapatan disatukan untuk Kumpulan ini adalah 65 peratus walaupun mengalami tekanan kuat ke atas margin dalam industri perbankan.
Asas kewangan yang mantap
Kunci kira-kira berjumlah CHF 18.5 bilion (USD 20.8 bilion). Secara keseluruhannya, ia kekal stabil dan mudah ditunaikan. Dengan menggunakan pendekatan konservatif untuk pengurusan risiko, UBP juga mampu mengekalkan asas kewangan yang mantap: dengan nisbah Tahap 1 sebanyak 28 peratus, UBP ialah salah satu bank Switzerland dengan modal terbaik.
Latar Belakang Union Bancaire Privée (UBP)
UBP ialah salah satu bank swasta yang menerajui di Switzerland dan antara yang bermodal terbaik, dengan nisbah Tahap 1 sebanyak 28 peratus. Bank ini dikhususkan dalam bidang pengurusan harta untuk kedua-dua pelanggan persendirian dan pelanggan institusi. Ia berpusat di Geneva dan menggaji kira-kira 1,350 individu di hampir dua puluh lokasi seluruh dunia; mempunyai aset di bawah pengurusan sebanyak CHF 95 bilion (USD 107 bilion) setakat 30 Jun 2014.
http://www.ubp.com http://www.ubpperform.com
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Jérôme Koechlin, Ketua Komunikasi Korporat, tel.: +41-58-819-26-40, e-mel: jko@ubp.ch
Sumber: UBP - Union Bancaire Privée