omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan untuk S3 TF2023

Coway Co., Ltd.
2023-11-10 09:12 11

SEOUL, Korea Selatan, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," hari ini melaporkan keputusan kewangan bagi suku ketiga tahun 2023.

Coway Financial Results
Coway Financial Results

"Kami berbesar hati melaporkan satu lagi suku tahun yang stabil, sebahagiannya ialah hasil daripada pengembangan jenama tidur dan kesejahteraan kami yang berjaya, BEREX dan pelaburan strategik kami dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), IT serta pemasaran," ulas Soon Tae Kim, Ketua Pegawai Kewangan Coway. "Memandang ke hadapan menuju baki tahun ini dan selanjutnya, kami tetap fokus untuk meningkatkan daya saing produk serta perkhidmatan kami. Kami berdedikasi untuk memastikan BEREX terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan masa depan kami."

Perolehan Coway yang dilaporkan adalah seperti berikut:

  • Hasil suku ketiga: KRW 1,007.7 bilion (+3.9% YoY)
  • Keuntungan kendalian suku ketiga: KRW 195.3 bilion (+18.3% YoY)
    * Angka-angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.

Hasil kumulatif bagi tahun 2023 telah mencapai KRW 2,962.1 bilion (+3% YoY) dengan keuntungan kendalian sebanyak KRW 565.1 bilion (+10.0% YoY).

Hasil jualan perkakas rumah domestik meningkat kepada KRW 601.1 bilion, menandakan pertumbuhan sebanyak 5.2% berbanding tahun sebelumnya. Rangsangan ini boleh dikreditkan terutamanya kepada peningkatan jualan produk merentas pelbagai kategori, termasuk penulen air, pembersih udara serta jenama tidur dan kesejahteraan BEREX.

Jumlah hasil subsidiari-subsidiari luar negara mencecah KRW 363.1 bilion, menunjukkan peningkatan sebanyak 2.3% berbanding tahun sebelumnya. Subsidiari-subsidiari Coway di AS dan Thailand masing-masing mencapai hasil sebanyak KRW 53.2 bilion (+4.9% YoY) dan KRW 29.9 bilion (+57.0% YoY). Subsidiari Thailand bukan sahaja terus berkembang secara berterusan, tetapi turut mencapai kejayaan yang luar biasa dengan merekodkan keuntungan kendalian suku tahunan yang positif buat kali pertama.

Untuk butiran tambahan mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat ini.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga syarikat ini yang paling terkini, jenama BEREX, bertujuan untuk memperbaiki tidur dan meningkatkan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

 

 
Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Earnings