TORONTO, 27 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Asian Television Network International Limited (ATN) (TSX-SAT), Penyiar Asia Selatan terbesar di Kanada dan perintis penyiar Kriket, dengan sukacitanya mengumumkan ia telah memperoleh hak Penyiaran eksklusif untuk Liga Pro – Kabaddi buat julung kalinya yang akan diadakan di India bermula pada 26 Julai hingga 31 Ogos 2014.
Liga Pro – Kabaddi (PKL) ialah liga kabaddi profesional di India, berdasarkan format Liga Perdana India (IPL). Edisi pertama kejohanan itu akan menampilkan lapan francais yang terdiri daripada para pemain dari seluruh dunia. 8 pasukan tersebut akan beraksi dalam format karavan, bersama-sama menuju ke semua 8 tempat perlawanan untuk bermain dalam 60 perlawanan liga kesemuanya. Empat pasukan dengan skor tertinggi pada penghujung perlawanan peringkat kumpulan akan beraksi dalam peringkat Separuh Akhir di Kanteerava Stadium, Bengaluru pada 29 Ogos & perlawanan Akhir akan berlangsung pada 31 Ogos 2014. 8 pasukan francais yang akan merebut piala tersebut ialah… Bengal Warriors, Bengaluru Bulls, Dubang Delhi, Jaipur Pink Panthers (dimiliki oleh Superstar Bollywood Abhishek Bachchan), Patna Pirates, Puneri Paltan, Telugu Titans & U Mumba. Setiap perlawanan akan dirakamkan menggunakan peralatan canggih yang terdiri daripada 12 kamera manakala siaran pula akan turut menampilkan Ultra – gerakan, rakaman Overhed & gerak–perlahan Super.
Liga tersebut mendapat sokongan rasmi Persekutuan Kabaddi Antarabangsa (IKF), Persekutuan Kabaddi Asia (AKF) & Persekutuan Kabaddi Amatur India (AKFI), yang akan berkait rapat dengan acara ini. ATN akan menyiarkan kesemua 60 perlawanan SECARA LANGSUNG melalui 6 saluran ATN dalam 2 bahasa berbeza. CBN & ATN Cricket Plus akan menyiarkan perlawanan dalam bahasa Inggeris, manakala 4 saluran ATN lain akan menyiarkan perlawanan tersebut dalam bahasa Hindi/Punjabi.
"Kami amat teruja untuk membawakan Liga Kabaddi Profesional pertama ini ke Kanada melalui 6 saluran kami. Kami sentiasa berusaha untuk memberi penonton kami pilihan program yang berbeza dari semasa ke semasa dan saya pasti liga ini akan mendapat sambutan memandangkan ia merupakan salah satu sukan yang paling popular di Asia Selatan," ujar Dr. Shan Chandrasekar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ATN. "Kami ingin mempromosikan Kabaddi di Kanada dan mengetengahkan sukan tersebut sebagai sukan bertaraf Dunia," beliau berkata lagi.
Kabaddi merupakan sukan terawal India, melibatkan dua pasukan yang akan bergilir-gilir menghantar penyerang ke kawasan pasukan lawan, mengejar ahli pasukan lawan, serta kembali ke "rumah" tanpa dihalang oleh pemain pertahanan lawan. Ia merupakan permainan kebangsaan Bangladesh dan permainan negeri bagi Punjab Tamil Nadu, Andhra Pradesh di India dan turut terkenal di Pakistan.
Latar Belakang ATN:
ATN berkhidmat untuk komuniti budaya Kanada yang pelbagai dengan 52 saluran televisyen khusus. Syarikat ini menawarkan khidmat kepentingan umum ATN-HD unggul, 5 saluran filem Bollywood dan pelbagai saluran lain termasuk 3 Saluran sukan, 3 Saluran berita, 3 Saluran muzik, 3 Saluran gaya hidup, 3 Saluran Cina, 6 Saluran Punjabi, dan beberapa saluran bahasa serantau. ATN juga mengendalikan Khidmat Radio Asia Selatan melalui Radio Satelit di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Beberapa kandungan ATN boleh didapati melalui sebarang telefon bimbit Bell yang menyokong fungsi video. ATN mempunyai kerjasama program dengan penyiar antarabangsa terkenal seperti Star Network (News Corp), Sony Entertainment Television, Viacom, Times Television Network, B4U Network, NDTV, Disney dan banyak lagi. Saluran ATN boleh didapati melalui pelbagai Kabel, Satelit serta Platform IPTV di seluruh Kanada seperti Shaw Cable, Bell TV, Rogers Cable, Bell Fibe TV, TELUS Optic TV, Cogeco Cable, V Media dan Lain-lain.
Kami bergantung pada peruntukan perlindungan selamat.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.asiantelevision.com atau hubungi…
Pramod Israni
Naib Presiden– Pemasaran
Asian Television Network International Limited
330 Cochrane Drive
Markham, Ontario L3R 8E4
Kanada
Tel: +1-905-948-8199
E-mel: atn@asiantelevision.com