omniture

Mempercepat Tindak Balas HIV Global - Hari ke-5 di AIDS 2014

International AIDS Society
2014-07-28 09:18 121

MELBOURNE, Australia, 28 Julai 2014 /PRNewswire/ --

Sir Bob Geldof Berkata 'Peringkat Akhir' Pembasmian Wabak HIV Perlu Dibiayai

Sir Bob Geldof memberitahu para perwakilan di AIDS 2014, Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20, "keengganan tidak munasabah" kerajaan untuk membiayai program HIV di negara membangun adalah "memalukan", terutamanya kerana pembasmian wabak HIV ini berada "pada peringkat akhir".

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140724/697902 )

Aktivis anti-kemiskinan terkenal itu memberi komen itu pada persidangan tersebut di Melbourne hari ini apabila beliau menggambarkan impak HIV terhadap negara membangun.

Geldof berkata wabak HIV di negara berpendapatan rendah "berkait rapat" dengan kemiskinan dan beliau mengkritik negara kaya sekeras-kerasnya kerana memungkiri komitmen bantuan asing.

Tema persidangan hari ini (Khamis 24 Julai) adalah 'memendekkan jangka masa sesuatu'. Aktiviti dimulakan dengan pembentangan pleno tentang usaha mempercepat tindak balas HIV global.

Wabak HIV yang semakin menular di Eropah Timur dan Asia Tengah telah dibincangkan dalam sesi khas yang menampilkan para wakil dari Rusia, Lithuania serta Moldova. Panel itu mengambil kira rantau yang mempunyai pertindihan wabak HIV, penggunaan dadah secara suntikan, hepatitis C serta batuk kering. Penyelesaian turut diambil kira untuk beberapa isu seperti kesukaran mendapatkan rawatan serta peminggiran dan jenayah dalam kalangan lelaki yang mempunyai hubungan seks sejenis dan juga individu yang mengambil dadah melalui suntikan.

Sesi pagi terdiri daripada perbincangan tentang arah aliran jangkitan HIV yang membimbangkan dan jangkitan bersama di dalam penjara; bagaimana persekitaran budaya dan politik memberi kesan terhadap kesihatan penduduk peribumi di serata dunia; dan juga strategi untuk menjadikan persekitaran tempat kerja lebih menyeluruh dan menyokong individu yang menghidap HIV.

Sesi petang pula membincangkan pelbagai subjek seperti: cabaran menjadi transgender di Asia dan Pasifik; latihan sensitiviti budaya untuk para pekerja kesihatan seksual di negara Islam; dan bagaimana kitab agama boleh digunakan untuk membincangkan secara berkesan tentang seksualiti dan kepelbagaian.

Global Village, pameran antarabangsa pada persidangan tersebut tentang program dan aktiviti HIV yang berkaitan dengan masyarakat, mengalu-alukan kedatangan Geldof ke perkampungan itu, dan menunjukkan kepada beliau kepelbagaian acara di situ seperti persembahan teater dan tarian, pertunjukan fesyen, tayangan filem dan juga pertunjukan muzik, serta perbincangan tentang pelbagai isu.

Bagi membaca teks penuh siaran akhbar ini sila layari:

http://www.aids2014.org/WebContent/File/AIDS2014_release_240714.pdf

Galeri foto hari ke-4 boleh dilihat di: http://aids2014.smugmug.com/Thursday-24-July-2014

Keterangan gambar: Sir Bob Geldof bersama Pengerusi Bersama Tempatan AIDS 2014 Sharon Lewin – mempromosikan Deklarasi Melbourne AIDS 2014 – Tiada Siapa Akan Ketinggalan

Kredit foto: International AIDS Society/Steve Forrest

Source: International AIDS Society
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news