omniture

EL FLAMENCO ES UNIVERSAL MENJADI ACARA UTAMA SANTALUCÍA UNIVERSAL MUSIC WEEK DI ANUGERAH GRAMMY LATIN

Universal Music Latin Entertainment
2023-11-15 03:55 106

FESTIVAL INI MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA FLAMENCO DALAM SEBUAH ACARA MALAM YANG ISTIMEWA DI MANA BUAT PERTAMA KALI DAN SATU-SATUNYA, NAMA-NAMA YANG PALING PENTING DALAM MUZIK FLAMENCO DIBAWA KE PENTAS UNTUK MENARI DAN BERMAIN GITAR SECARA BERSAMA-SAMA DALAM SEBUAH PERSEMBAHAN YANG UNIK DIPENUHI BAKAT, GENIUS DAN EMOSI.

Kredit Foto: Kreative Visuals

MIAMI, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Pada malam Isnin yang lepas, Plaza de España di Seville telah menjadi 'tablao' atau pentas flamenco terbesar dan paling penting di dunia. "Flamenco is Universal" sudah pasti merupakan acara ikonik dalam Santalucía Universal Music Week yang menyaksikan lebih 130 orang artis yang telah berkumpul dan bergabung dalam persembahan yang akan menjadi sebahagian daripada karya audiovisual yang akan berfungsi untuk mengajar seni flamenco kepada dunia. Pertunjukan sedemikian, seperti yang diulas oleh sesetengah penonton di penghujung persembahan, dengan bangganya akan berkata "Saya telah berada di sana."

Jesús López - Chairman & CEO of Universal Music Latin America & The Iberian Peninsula
Jesús López - Chairman & CEO of Universal Music Latin America & The Iberian Peninsula

Malam tersebut dimulakan dengan nyanyian daripada Rosario, yang jelas merupakan anak perempuan Lola Flores yang mengenang semula semua bentuk seni klasik ini yang diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Patrimonio Cultural Inmaterial de la Humanidad. Kemudian Jesús López,Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Universal Amerika Latin dan Semenanjung Iberia telah merasmikan acara malam tersebut dengan sebuah ucapan yang beberapa kali mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton. Beliau menekankan bahawa muzik Sepanyol telah sampai ke serata pelosok dunia dan flamenco adalah universal, ia bukanlah sesuatu yang dikatakan untuk tujuan penjenamaan, tetapi kerana ia benar-benar merupakan sumber kebanggaan negara. Landskap kesenian mereka yang indah telah berjalan selama hampir empat jam yang bermula dengan nyanyian daripada Doña Carmen Linares, pemenang Anugerah GRAMMY Latin 2023, yang menyanyikan lagu Granaínas.

Semua ahli keluarga flamenco telah ditempatkan di kerusi barisan hadapan: anak lelaki dan balu Camarón, anak perempuan dan balu Paco de LucíaLa Farruca yang dikelilingi oleh anak-anaknya, keluarga Morente. Kesemua mereka hadir dengan rasa kagum terhadap penghormatan yang diberikan kepada kisah kejayaan mereka, yang dibawa ke pentas oleh Tomatito, la Macanita, Niño Josele, Rancapino Chico, Pedro El Granaíno atau Marina Heredia dan ramai lagi. Vicente Soto bersama anak perempuannya, Lela telah membawa Jerez ke pentas buat kali pertama pada malam tersebut, manakala Dorantes memainkan piano untuk Alba Molina yang memberi penghormatan kepada ibu bapa beliau, Lole dan Manuel, dan keluarga Morente (Estrella dan Kiki) dengan barisan penyanyi latar belakang mereka yang biasa, memberikan penghormatan yang tulus ikhlas kepada Enrique yang menyanyikan lagu Omega beliau yang kekal abadi. Pada pertengahan acara Gala tersebut, Sara Baras telah tampil dengan penghormatan kepada Carmen Amaya, yang membuatkan para penonton terpegun selepas menyaksikan 'cante' (nyanyian) dan 'toque' (mainan gitar) yang menjadi ciri utama dalam bahagian pertama persembahan tersebut. Selepas persembahan beliau, ia diikuti dengan persembahan daripada Israel Fernández dan Diego del Morao yang memberi penghormatan kepada Niña de los Peines.

Keseluruhan acara tersebut, termasuk masa peralihan yang dihiburkan oleh artis terkenal, Javier de la Rosa dan muzik yang digubah oleh Paco Soto, merupakan suatu acara berterusan yang hebat. Fandango daripada Huelva dipersembahkan oleh tiga orang wanita luar biasa: Argentina, Sandra Carrasco dan bintang muda yang berpotensi, Ángeles Toledano. Bagi menamatkan segmen ini, amat menarik apabila sekali lagi Tomatito kembali ke pentas untuk bermain gitar bagi José Mercé yang disertai dengan kehadiran bailaora, Manuela Carrasco yang dikenali sebagai "la Diosa." Penyatuan semula dengan Jerez melalui 'bulería', telah disampaikan dengan terbaik oleh Diego Carrasco, El Zambo, María Terremoto dan Fernando Soto dan beberapa lagi.

Detik emosi yang memberi laluan kepada 'tablao' telah disediakan oleh Farruco y los suyos yang merupakan pameran kepada seluruh keluarga Camarón yang diketuai oleh balu beliau, La Chispa, gitar yang dibuat oleh tukang 'luthier' atau alatan muzik bertali, Manuel Rodríguez, rujukan bagi kisah kejayaan dalam membuat instrumen ini dengan tangan selama tiga generasi.

Presiden Junta de la Andalucía, Juanma Moreno, datuk bandar Seville, José Luis Sanz, Sebastián Yatra, Juanes, Anitta, David Bisbal, Manuel Carrasco, Danna Paola, Lola Indigo, Pablo López, Joaquina, Greeicy, Vanesa Martín, Pastora Soler, Los Morancos, Nati Abascal, Morat, Antonio Carmona, TimøBoris Izaguirre dan senarai panjang eklektik personaliti muzik, lakonan, kewartawanan dan kebudayaan menikmati muzik istimewa: iaitu flamenco.

ACARA SANTA LUCÍA UNIVERSAL MUSIC WEEK AKAN DATANG
14 November - Morat
15 November - Juan Magan
15 November – Aitana 'alpha house' (Antique Theatro)
16 November – 'El Árbol de Flamenco'
17 November – Antonio Orozco

Tentang Universal Music Group
Di Universal Music Group (UMG), kami diwujudkan untuk membentuk budaya melalui kuasa kesenian. UMG ialah peneraju dunia dalam hiburan berasaskan muzik dengan rangkaian perniagaan yang luas yang terlibat dalam muzik rakaman, penerbitan muzik, barangan dagangan dan kandungan audiovisual. Menampilkan katalog rakaman dan lagu yang paling komprehensif merentasi setiap genre muzik, UMG mengenal pasti dan membangunkan artis serta menerbitkan dan mengedar muzik yang paling terkenal dan berjaya dari segi komersial di seluruh dunia. Komited terhadap kesenian, inovasi dan keusahawanan, UMG memupuk pembangunan perkhidmatan, platform dan model perniagaan untuk meluaskan peluang artistik dan komersial untuk para artis kami serta mencipta pengalaman baharu untuk peminat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Universal Music Group, sila layari 
www.universalmusic.com.

EL FLAMENCO ES UNIVERSAL
EL FLAMENCO ES UNIVERSAL

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2276314/Universal_Music_Latin_Entertainment_1.jpg?p=medium600
Foto -
https://mma.prnasia.com/media2/2276315/Universal_Music_Latin_Entertainment_2.jpg?p=medium600

 

Source: Universal Music Latin Entertainment
Keywords: Art Entertainment Music Hispanic-oriented news Future Events DEI Page