LONDON, 31 Julai 2014 /PRNewswire/ --
TMF Group, penyedia ulung perkhidmatan perniagaan bernilai tinggi untuk para pelanggan yang beroperasi dan menjalankan pelaburan pada peringkat global, telah melancarkan perkhidmatan baharu yang direka untuk mengurangkan kos dan beban pentadbiran untuk syarikat yang beroperasi di, atau berkembang ke Amerika Syarikat dan mengekalkan 'kedudukan baik' syarikat tersebut merentasi 51 negeri.
QuickStart: ke Amerika Syarikat menyediakan syarikat dengan titik hubungan tempatan tunggal dan capaian kepada perkhidmatan pakar kewangan, khidmat undang-undang dan HR serta bayaran gaji, termasuk:
Luigi Garlati, Pengarah Serantau (Amerika), TMF Group, menjelaskan: "Sekarang waktu yang tepat untuk beroperasi dalam pasaran AS. Walau bagaimanapun, pematuhan boleh menjadi rumit dan syarikat perlu berhati-hati agar mereka benar-benar memahami pasaran tempatan dan peraturannya, kerana kegagalan berbuat demikian mungkin membawa kepada penalti kewangan, kehilangan perniagaan atau, dalam kes yang teruk, pendakwaan jenayah."
Melalui pakej QuickStart, TMF Group membantu perniagaan mengatasi cabaran utama untuk mewujudkan atau menjalankan operasi di negara baharu; memusatkan proses serta mengekalkan pematuhan dalam semua 51 bidang kuasa.
Menurut kajian terkini yang telah ditauliahkan oleh TMF Group dan dijalankan oleh IDC, cabaran ini termasuklah mencari premis yang betul dan pembekal tempatan; mematuhi kaedah, peraturan dan proses tempatan; memahami perbezaan budaya serta bahasa tempatan; dan juga mencari bakat tempatan yang betul.
Kaji selidik tersebut juga menunjukkan bagaimana keyakinan yang diperbaharui dalam keadaan ekonomi global dapat menggalakkan lebih banyak perniagaan untuk mempertimbangkan peluasan operasi mereka pada peringkat antarabangsa. Menurut kajian tersebut, 86 peratus daripada mereka yang dikaji selidik telah merancang untuk mengembangkan jejak mereka bagi memperluas operasi jualan. Selain itu, hampir 30 peratus merancang untuk memasuki pasaran baharu dalam tempoh satu tahun serta 64 peratus pula dalam tempoh dua tahun.
Garlati, telah menyimpulkan: "Memasuki negara baharu akan menjadi cabaran untuk apa jua syarikat dan dipenuhi dengan risiko komersil dan reputasi."
"Walaupun setelah ditubuhkan, firma akan terus berhadapan cabaran baharu ketika mereka mencuba untuk mengurus banyak nuansa tempatan yang mempengaruhi suasana perniagaan, yang biasanya merupakan proses yang rumit dan membebankan. Kami akan menjauhkan beban tersebut agar para pelanggan kami dapat memberi tumpuan kepada perkara terbaik yang diusahakan mereka."
Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang TMF Group dan perkhidmatannya di Amerika Syarikat, sila layari: http://www.tmf-group.com/quickstartusa
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Justin Griffiths, Powerscourt
Tel: +44(0)20-7250-1446
tmf@powerscourt-group.com
Sumber: TMF Group