omniture

Forum Perniagaan dan Kedermawanan 2023 Alliance For Good Himpunkan Orang-orang Paling Kaya Dunia demi Perubahan Positif

Alliance For Good (AFG)
2023-11-15 07:56 108

SINGAPURA, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Forum Perniagaan dan Kedermawanan 2023, dianjurkan oleh Alliance For Good (AFG) di Singapura mulai 9-10 November, menghimpunkan dengan jayanya pemimpin perniagaan keluarga paling berpengaruh di dunia dan dermawan generasi seterusnya untuk menggalakkan gabungan antara kekayaan dan kedermawanan demi masa depan yang lebih cerah.

Benjamin Fok, Director of the Fok Ying Tung Foundation
Benjamin Fok, Director of the Fok Ying Tung Foundation

Inisiatif "Visi Asia: Kekayaan dan Tujuan" AFG, diperkenalkan di forum ini, memperjuangkan perniagaan keluarga dan pejabat keluarga sebagai kuasa kebaikan. Lebih 500 pemimpin perniagaan berjanji untuk melibatkan para pemimpin perusahaan bukan untung dan sosial pada tahun akan datang demi memacu perubahan yang bermakna.

Tetamu Kehormat Puan Josephine Teo, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Singapura, menyampaikan ucaptama mengenai Kecerdasan Buatan demi Kebaikan Umum, memfokuskan untuk memandu persimpangan antara kecerdasan buatan, impak dan masa depan kita. Perbincangan panel meninjau mengenai topik-topik terkini, seperti perniagaan keluarga dan pejabat keluarga sebagai kuasa kebaikan dan membina ekosistem seni Asia. Forum ini turut menggalakkan perniagaan persendirian untuk berkolaborasi dan memberi sumbangan yang membawa impak dalam menghadapi cabaran geopolitik.

Pelopor AI Kai-Fu Lee menyampaikan ucapan dan mengambil bahagian dalam perbincangan panel bagi memandu Kecerdasan Buatan demi Masa Depan Lebih Baik. Kai-Fu menyatakan, "AI akan mengubah setiap perniagaan dengan cara yang tidak dapat dibayangkan dan ini akan menjadi penggalak produktiviti yang paling hebat. Justeru itu, era ini benar-benar bergantung kepada kita."

Alliance For Good's Business and Philanthropy Forum 2023 Converges World’s Wealthiest for Positive Change
Alliance For Good's Business and Philanthropy Forum 2023 Converges World’s Wealthiest for Positive Change

 

The Business and Philanthropy Forum 2023, hosted by the Alliance For Good (AFG) in Singapore from November 9-10
The Business and Philanthropy Forum 2023, hosted by the Alliance For Good (AFG) in Singapore from November 9-10

Para hadirin terkemuka melibatkan tokoh-tokoh dermawan ternama seperti Benjamin Fok, Pengarah Fok Ying Tung Foundation; Stefan Messer, Pengerusi Lembaga Penyeliaan Messer Group; Tirelo Molotlegi, Duli Yang Maha Mulia Puteri Negara Bafokeng Diraja, Afrika; Basma Alzamil, keluarga Al Zamil Arab Saudi; Laurence Lien, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengasas Asia Philanthropy Circle; dan Berry Liberman, Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif Little Giants dan wakil Keluarga Liberman Australia. Tokoh-tokoh ternama yang lain daripada bidang AI termasuk Dacheng Tao (Profesor Sains Komputer di University of Sydney dan Felow Australian Academy of Science dan Academia Europaea), serta Miao Chun Yan (Kursi, Pusat Pengajian Sains Komputer dan Kejuruteraan, Kursi Presiden dalam Sains Komputer, Pusat Pengajian Sains Komputer dan Kejuruteraan, Nanyang Technological University).

Puteri Tirelo Molotlegi menyampaikan ucapan yang bertajuk "Kedermawanan Keluarga Diraja dan Pelaburan Memberi Impak," menambah perspektif unik kepada perbincangan forum ini.

Membangun berdasarkan legasi edisi-edisi terdahulu, AFG mengumpul sebanyak lebih SGD 650,000 untuk Stroke Support Station, lantas menegaskan dedikasinya untuk mencipta dunia yang lebih baik untuk semua.

AFG mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi dan penajanya termasuk Rakan Pengasas, Nanyang Technological University; Penaja Platinum, Highlight dan Tinghua; Penaja Berlian, Great Eastern dan Great Eastern Financial Advisers; Penaja Perak, Eton Solutions, Go Global Gem dan Adream Charitable Foundation Limited; Rakan Kongsi, Weixin Strategic Research Institute serta ByteDance Foundation

Alliance For Good (AFG) meneruskan dedikasinya untuk memanfaatkan kekayaan dengan tujuan, membentuk sebuah dunia di mana kekayaan bergabung dengan lancar bersama tujuan dan kebajikan. Sehari sebelum forum ini, pada 8 November, Program Fellowship Pemimpin Dermawan Generasi Seterusnya menghimpunkan lebih 25 pemimpin generasi seterusnya bagi perniagaan keluarga dan pejabat keluarga terkemuka untuk mengikuti sehari kelas pakar dan latihan oleh jurulatih pakar. Program praforum ini menyediakan pentas untuk mengadakan perbincangan mendalam semasa forum yang berikutnya.  

Seperti yang dinyatakan oleh En. Benjamin Fok dalam kata alu-aluan beliau, perjalanan ke arah kemakmuran berpacukan tujuan ini "bermula di sini, di Singapura, sebuah negara di mana impian mulia tercipta dan dicapai; ini merupakan kesinambungan daripada keajaiban Singapura."

AFG bermatlamat untuk menganjurkan pelbagai acara menjelang Forum 2024, dijadualkan berlangsung pada 3-4 November 2024 di Singapura.

Kekal terhubung dengan usaha AFG di https://bpforum.org/

Latar Belakang Alliance For Good

Alliance For Good (AFG) ialah jaringan kedermawanan unggul yang ditubuhkan di Singapura dengan kehadiran kukuh di Asia. Misi teras kami adalah untuk memudahkan perubahan yang memberi impak dengan menawarkan perkhidmatan kepada keluarga, pejabat keluarga, yayasan, firma dan institusi kewangan rantau ini. AFG mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam bidang ini, mengkhusus dalam menganjurkan acara-acara berskala besar baik di Singapura mahupun Tanah Besar China. Usaha kami yang paling menonjol, Forum Perniagaan dan Kedermawanan, telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan sejak enam tahun lalu. Acara utama ini menarik minat pelbagai khalayak yang terdiri daripada dermawan global, Individu Nilai-Bersih-Ultra-Tinggi (UHNWI), Pejabat Keluarga, Pemodal Teroka, Pengasas Syarikat Teknologi dan eksekutif peringkat tinggi dari seluruh Asia dan serata dunia.

 

 

 

Source: Alliance For Good (AFG)
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Corporate Social Responsibility Artificial Intelligence