LUXEMBOURG, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Firma peneraju industri Teknologi Kewangan SquaredFinancial dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran aplikasi mudah alih semua-dalam-satu yang diperbaharui, yang mengoptimumkan cara pelabur terlibat dengan perdagangan dan memperkasakan mereka dengan pengalaman saluran omni yang lancar. Dengan warisan yang kaya selama lebih 18 tahun dalam industri dan menjadi salah satu penerima awal teknologi dalam perdagangan dan pelaburan, SquaredFinancial kini memperkenalkan struktur yang tertumpu kepada pelanggan untuk memaksimumkan pengalaman pengguna, yang merupakan satu lagi pencapaian ke arah menawarkan perkhidmatan berkualiti. Aplikasi mudah alih SquaredFinancial direka untuk peranti Android dan iOS, dan pengguna boleh memuat turunnya secara percuma di Apple Store dan Google Play Store.
Salah satu ciri menonjol aplikasi terbaharu SquaredFinancial ini ialah pengguna boleh mengakses rangkaian perkhidmatan dan produk pelaburan yang lebih luas melalui satu aplikasi, manakala antara muka pengguna dan navigasi intuitifnya memudahkan dagangan dalam talian untuk pelabur runcit biasa. Pendekatan semua-dalam-satu ini membolehkan pelanggan mengurus akaun dagangan, dompet dan portfolio kad Visa, serta pemindahan dana, semuanya di dalam satu aplikasi.
Philippe Ghanem, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SquaredFinancial mengulas: "Saya percaya dengan kuasa Teknologi Kewangan dan inovasi dalam membentuk semula industri kami. Ini memberikan cabaran tetapi juga peluang yang tidak terhingga, terutamanya untuk institusi kewangan seperti SquaredFinancial yang bermatlamat untuk merevolusikan landskap dagangan. Kami meletakkan pelanggan kami sebagai teras kepada semua perkara yang kami lakukan, dan aplikasi mudah alih kami yang telah diperbaharui ini mambawa kami lebih hampir sebagai kedai sehenti yang kami sasarkan untuk ditawarkan kepada mereka. Selain bertindak sebagai penyelesaian perdagangan yang merangkumi semuanya, ia menyediakan pengguna dengan akses kepada perkhidmatan kewangan tambahan, seperti pengurusan dana dan dompet Visa mereka.
Philios Petrides, Ketua Pegawai Produk SquaredFinancial, menambah: "Dengan ramalan pasaran dagangan dalam talian global dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun global sebanyak 6.4 peratus setahun, adalah penting untuk kami merombak aplikasi mudah alih kami untuk memenuhi permintaan dan jangkaan masa hadapan daripada peniaga. Didorong oleh data, kami dilengkapi dengan lebih baik pada hari ini untuk lebih memahami pelanggan kami dan mengetahui siapa mereka sebenarnya supaya kami dapat memenuhi keperluan kewangan mereka dengan lebih baik."
SquaredFinancial mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam Teknologi Kewangan dan penyelesaian pelaburan sejak 2005. Ia diketuai oleh veteran pasaran dan gergasi kepimpinan yang berkongsi minat untuk berdagang dan mempunyai visi untuk membentuk semula landskap industri. Syarikat ini memenuhi keperluan kewangan pelabur dari latar belakang yang berbeza. Ia bergantung pada teknologi canggih, data dan inovasi untuk menawarkan pelbagai instrumen kewangan kepada pedagang yang mencari pintu masuk yang boleh dipercayai, selamat dan terkawal untuk berdagang di pasaran global.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2276128/SquaredFinancial_1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1987371/Squared_Financial_Logo.jpg?p=medium600