-- Lokasi mudah alih masa sebenar dan kesedaran kualiti pengalaman RAN memberikan pengalaman pelanggan yang dipertingkat
FREMONT, California, 4 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Procera Networks, Inc. (NASDAQ: PKT), syarikat Pengalaman Pelanggan global, hari ini telah mengumumkan pelancaran RAN Perspectives, penyelesaian Pengalaman Pelanggan baharu yang memecah kebiasaan untuk pengendali jalur lebar mudah alih yang memberikan lokasi masa sebenar serta kesedaran kualiti pengalaman RAN. RAN Perspectives ialah penyelesaian perisian yang menyediakan data kualiti pengalaman (QoE) rangkaian akses radio (RAN) dan lokasi masa sebenar yang boleh diguna pakai bagi mempertingkat pengalaman jalur lebar mudah alih untuk para pengguna.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140729/130705
RAN Perspectives menambah kesedaran RAN yang berharga kepada kecerdasan rangkaian pengendali mudah alih, mengurangkan penggunaan prob dengan dramatik serta kos yang berkaitan dengan pandu uji sambil meluaskan kebolehlihatannya ke dalam RAN dalam masa sebenar agar boleh mendapatkan maklumat dan mengambil tindakan.
"Para pengendali mudah alih berada dalam persekitaran penuh persaingan sengit yang membuatkan pengalaman pelanggan sangat penting, bagi mengurangkan pulangan pelanggan dan juga bagi pengeluaran secara besar-besaran serta penjaminan kualiti perkhidmatan bernilai tinggi sehingga pelanggan sanggup mengeluarkan lebih belanja untuknya," kata Anil Rao, juruanalisis kanan, jaminan perkhidmatan di Analysys Mason. "Data dan kecerdasan RAN tentang kualiti perkhidmatan pelanggan perayauan adalah sangat penting bagi para pengendali yang ingin menambah baik pengalaman pelanggan dan turut mengewangkan lagi pelaburan infrastruktur mereka."
"RAN Perspectives telah dibangunkan untuk menyelesaikan salah satu cabaran terbesar bagi pengendali mudah alih, menyediakan lokasi masa sebenar dan juga maklumat berkualiti dalam cara berkesan daripada segi kos yang boleh mereka gunakan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang lebih berkualiti tinggi," kata Alexander Haväng, Ketua Pegawai Teknologi Procera Networks. "RAN Perspectives ialah produk Procera pertama yang direka khusus untuk kualiti pengalaman Pelanggan mudah alih, dan bersepadu rapat dengan penyelesaian PacketLogic kami yang sedia ada, termasuk tawaran Maklumat Penjagaan Pelanggan yang kini boleh menghantar forensik masa sebenar melalui hubungan RAN serta hubungan data untuk peranti mudah alih."
"Penambahan pesat peranti mudah alih digabungkan dengan penggunaan yang semakin luas untuk aplikasi yang intensif data seperti video mudah alih telah membawa kepada kesesakan yang semakin bertambah dalam RAN yang boleh mengurangkan kualiti pengalaman pelanggan dengan dramatik," kata Shira Levine, juruanalisis pengarah, Pembolehan Perkhidmatan dan Kecerdasan Pelanggan di Infonetics Research. "Penyelesaian berasaskan peranti seperti RAN Perspectives mempunyai potensi untuk mengurus kesesakan dengan lebih berkesan sambil membolehkan pelbagai perkhidmatan, penyelesaian serta aplikasi tambahan, yang boleh memberi implikasi dramatik ke atas rangkaian mudah alih."
RAN Perspectives ialah penyelesaian Pengalaman Pelanggan yang disepadukan ke dalam penggunaan PacketLogicTM yang menyediakan lokasi masa sebenar dan maklumat berkualiti RAN yang boleh digunakan untuk mempertingkat pengalaman mudah alih. Membebaskan kesedaran lokasi masa sebenar dan ukuran kualiti isyarat RAN membuka banyak peluang pengendalian dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan oleh PROCERA secara besar-besaran dalam masa 12 bulan seterusnya, dengan tawaran awal termasuklah:
RAN Perspectives boleh didapati untuk ujian beta, dan dijangka akan tersedia untuk pasaran am dalam suku pertama tahun 2015.
Latar belakang Procera Networks, Inc.
Procera Networks, Inc. (NASDAQ: PKT), syarikat Pengalaman Pelanggan global, sedang merevolusikan cara para pengendali dan vendor memantau, mengurus, dan turut mengewangkan lalu lintas rangkaian mereka. Tingkatkan nilai perniagaan anda dan perbaiki pengalaman pelanggan dengan penyelesaian kecerdasan Procera yang canggih. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://www.proceranetworks.com atau ikuti Procera melalui Twitter di @ProceraNetworks.
Nota Peringatan Berkenaan Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang berkaitan dengan Procera Networks, Inc., termasuk kenyataan yang berkaitan dengan pengenalan produk dan penyelesaian baharu, aplikasi baharu berpotensi untuk produk Procera, prestasi dan permintaan untuk produk dan penyelesaian baharu Procera, masa ketersediaan awam dan kemampuan menjana hasil daripada produk dan penyelesaian baharu, serta kebolehan produk dan penyelesaiannya untuk saling kendali secara berkesan dengan teknologi lain dan memenuhi keperluan pelanggan. Kenyataan yang terkandung dalam siaran ini yang bukan fakta bersejarah atau fakta semasa ialah kenyataan pandang ke hadapan. Semua kenyataan pandang ke hadapan di dalam siaran ini dibuat menurut peruntukan perlindungan diri Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Semua kenyataan ini bukan jaminan prestasi masa hadapan dan melibatkan risiko, ketidakpastian yang diketahui serta tidak diketahui dan juga faktor lain yang mungkin menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Syarikat berbeza daripada apa jua keputusan, prestasi atau pencapaian masa hadapan yang dinyatakan atau dibayangkan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu. Risiko dan ketidakpastian ini termasuklah, tanpa batasan, risiko serta ketidakpastian yang berkaitan dengan penerimaan dan penggunaan produk dan penyelesaian Procera; kemampuan Syarikat untuk memberi perkhidmatan dan menaik taraf produknya; kebergantungannya pada rangkaian produk terhad dan pelanggan utama; kebergantungannya pada kakitangan penting; kemampuannya untuk bersaing dalam industri kami dengan syarikat yang lebih besar dan mempunyai lebih banyak sumber; kemampuannya untuk melindungi hak harta inteleknya dalam pasaran global; kemampuannya untuk mengeluarkan produk dengan cukup pantas untuk memenuhi permintaan berpotensi; serta risiko dan ketidakpastian lain yang digambarkan dengan lebih terperinci dalam dokumen Syarikat yang difailkan atau diserahkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Maklumat lanjut tentang risiko tersebut dan risiko lain yang mungkin memberi kesan ke atas perniagaan Procera Networks digambarkan dalam seksyen "Faktor Risiko" dalam Borang 10-K yang difailkan untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013 dan dalam Borang 10-Q yang difailkan untuk suku tahun yang berakhir pada 31 Mac 2014 serta laporan lain yang difailkan dengan SEC, yang boleh didapati secara percuma di laman web SEC di http://www.sec.gov atau di laman web Procera di http://www.proceranetworks.com. Berdasarkan risiko dan ketidakpastian ini, para pelabur tidak sepatutnya meletakkan kebergantungan yang tidak wajar ke atas kenyataan pandang ke hadapan, sebagai ramalan keputusan sebenar. Semua kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini adalah berdasarkan maklumat yang didapati oleh Procera setakat tarikh yang disebut di sini, dan Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini, meminda atau menjelaskan sebarang kenyataan pandang ke hadapan untuk apa jua sebab sekali pun.
Maklumat Perhubungan Akhbar
Bob Eastwood, Engage PR untuk Procera Networks, +1-510-748-8200 x215,
beastwood@engagepr.com
Maklumat Perhubungan Pelabur
Nicole Noutsios, NMN Advisors, Inc., +1-510-315-1003, ir@nmnadvisors.com