omniture

NEOM mengumumkan Epicon - destinasi pelancongan pantainya yang mewah di Teluk Aqaba

NEOM Corporate
2023-11-16 17:36 38

NEOM, Arab Saudi, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Ahli Lembaga Pengarah NEOM yang merupakan pembangunan serantau lestari yang dilaksanakan di barat laut Arab Saudi, hari ini mengumumkan Epicon, destinasi pelancongan pantainya yang terbaharu dan mewah, termasuk tawaran kediaman.

Epicon, NEOM's luxury coastal tourism destination on the Gulf of Aqaba
Epicon, NEOM's luxury coastal tourism destination on the Gulf of Aqaba

 

Terletak di Teluk Aqaba, Epicon bermatlamat untuk menetapkan piawaian baharu bagi hospitaliti dan seni bina. Menjulang daripada landskap padang pasir NEOM seperti sebuah fatamorgana yang berkilauan, hartanah ini akan menampilkan dua buah menara yang menarik, di mana salah satu daripada menara tersebut berketinggian 225 meter dan satu lagi berketinggian sehingga 275 meter. Menara ini akan menempatkan 41 hotel utama dan kediaman mewah ultra premium yang terdiri daripada 14 suite dan pangsapuri. Tidak jauh daripada hotel tersebut, terletak resort Epicon yang menggabungkan ketenangan dengan kemewahan dan mempunyai 120 buah bilik dan 45 buah vila pantai kediaman yang mengagumkan.

Direka sebagai pintu masuk ke masa hadapan, Epicon memberi peluang untuk melepaskan diri daripada tekanan setiap hari. Sama ada berehat di kelab pantai, mengunjungi spa untuk rawatan kesihatan yang istimewa, meneroka alam sekitar, menyertai salah satu daripada pelbagai tawaran sukan air atau menjamu selera di restoran destinasi bagi pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan, Epicon telah dirancang untuk memenuhi pelbagai keperluan tetamu dan penghuni. 

Sebagai sebuah destinasi pelawat yang amat menarik dan tempat yang optimum untuk didiami dan berkembang maju, para tetamu dan penghuni Epicon boleh menjangkakan pengalaman yang benar-benar memukau dan kehidupan yang optimis. Vila pantai dan kediaman mewah ini bertujuan untuk menyampaikan tahap kebolehdiaman baharu melalui inovasi termaju, perkhidmatan bertaraf dunia dan pengalaman kelas pertama yang menjadikan resort ini sebagai penanda aras bagi kehidupan yang ikonik.

Para tetamu dan penghuni Epicon akan menikmati akses tanpa had ke kemudahan bertaraf dunia serta dilengkapi dengan pemandangan salah sebuah pantai yang paling diidamkan di NEOM. Kemudahan yang disediakan merangkumi sebuah gim yang canggih, perpustakaan, ruang kerja, kolam renang dan lounge.

Berita tentang Epicon ini diumumkan selepas pengumuman yang dibuat baru-baru ini tentang Leyja, destinasi pelancongan lestari NEOM yang terletak di lembah semula jadi yang menakjubkan. Pelbagai pengalaman dan aktiviti yang ditawarkan di Epicon dan Leyja akan mengukuhkan dan memperkaya tawaran ekopelancongan NEOM yang selaras dengan objektif Kerajaan Arab Saudi yang lebih luas.

Tentang NEOM 

NEOM ialah pemacu perkembangan manusia dan sebuah wawasan tentang gambaran Masa Depan Baharu. Ia merupakan sebuah rantau yang terletak di Laut Merah, barat laut Arab Saudi yang dibangunkan dari awal sebagai sebuah makmal hidup – sebuah kawasan perusahaan yang mencorakkan perjalanan Masa Depan Baharu. Ia akan menjadi sebuah destinasi dan tempat tinggal bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi sebahagian daripada pembangunan model kediaman baharu yang menakjubkan, menubuhkan syarikat-syarikat yang berkembang maju dan melaksanakan semula pemuliharaan alam sekitar.

NEOM akan merangkumi bandar, pelabuhan dan zon perusahaan, pusat penyelidikan, lokasi sukan dan hiburan serta destinasi pelancongan yang sangat terhubung dan kognitif. Sebagai sebuah hab inovasi, usahawan, pemimpin perniagaan dan syarikat akan datang ke bandar ini untuk melakukan penyelidikan, inkubasi serta mengkomersialkan teknologi dan perusahaan baharu dengan kaedah yang menakjubkan. Penduduk NEOM akan menggambarkan etos antarabangsa dan menghayati budaya penerokaan, pengambilan risiko dan kepelbagaian.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke media@neom.com atau layari www.neom.com dan www.neom.com/en-us/newsroom.

Bahan ini diedarkan oleh Teneo Strategy LLC bagi pihak Syarikat NEOM. Maklumat tambahan boleh didapati di Jabatan Kehakiman, Washington DC. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2277686/NEOM_Corporate_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2277687/NEOM_Corporate_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2277710/NEOM_Corporate_Logo.jpg?p=medium600

Epicon, NEOM's luxury coastal tourism destination on the Gulf of Aqaba
Epicon, NEOM's luxury coastal tourism destination on the Gulf of Aqaba

 

 

Source: NEOM Corporate
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Hotels and Resorts Travel New products/services