omniture

Apollo Hospitals Meraikan 25 Tahun Program Pemindahan Hati Pertama India

Apollo Hospitals
2023-11-16 20:38 37
  • Apollo Hospitals mempelopori pemindahan hati pertama yang berjaya di India pada tahun 1998.
  • Pesakit pemindahan hati pertama tersebut, yang berusia 20 bulan pada waktu itu, kini sudang menjadi seorang doktor.
  • Apollo Hospitals telah memainkan peranan utama dalam meletakkan India sebagai peneraju global dalam pemindahan organ

NEW DELHI, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Apollo, penyedia penjagaan kesihatan bersepadu terbesar di dunia, melengkapkan program pemindahan hati di India selama 25 tahun dengan lebih 4300 pemindahan hati, termasuk 515 pada kanak-kanak dari lebih 50 buah negara. Hari ini, Apollo melakukan lebih daripada 1600 pemindahan organ pepejal setahun. Dengan kadar kejayaan setinggi 90%, program Pemindahan Hati Apollo (Apollo Liver Transplant) ialah mercu tanda kepada kualiti dan harapan untuk pesakit dari seluruh dunia.

(Left to right)) Dr. Sanjay Kandaswamy (India's first LT patient who is now a doctor), Dr. Anupam Sibal, Ms. Dimple Kapadia, Baby Prisha with her parent, Mr. Shivakumar Pattabhiraman, Dr. Neerav Goyal
(Left to right)) Dr. Sanjay Kandaswamy (India's first LT patient who is now a doctor), Dr. Anupam Sibal, Ms. Dimple Kapadia, Baby Prisha with her parent, Mr. Shivakumar Pattabhiraman, Dr. Neerav Goyal

 

Dr. Preetha Reddy, Naib Pengerusi Apollo Hospitals Group berkata, "Di Apollo, dedikasi kami terletak pada memastikan tiada individu yang mati akibat kekurangan akses terhadap pemindahan organ. Tumpuan kami melibatkan penubuhan pusat pemindahan peringkat teratas, diketuai oleh doktor yang dihormati. Kami komited untuk meluaskan kepakaran kami kepada individu di seluruh dunia yang ingin mencari perkhidmatan pemindahan hati."

Dr. Anupam Sibal, Pengarah Perubatan Kumpulan & Pakar Gastroenterologi Pediatrik Kanan, berkata, "Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, program pemindahan hati di Apollo Institutes telah mencapai pencapaian luar biasa yang memberi harapan kepada pesakit yang menghidap penyakit hati peringkat akhir. Sanjay Kandasamy, penerima pemindahan hati pertama di India, kini menjadi seorang doktor yang berjaya, memberikan sinar bagi mereka yang sudah putus harapan. Kisah kejayaan pesakit kami telah menggalakkan kami untuk mencipta ekosistem pemindahan yang termaju, melakukan pemindahan yang kompleks seperti ABO yang tidak serasi, gabungan pemindahan organ hati-buah pinggang, dan pemindahan pada bayi dengan berat hanya 4 kg."

Dr. Neerav Goyal, Perunding Kanan Pemindahan Hati, berkata, "Dengan kadar kejayaan sebanyak 90% yang luar biasa, program pemindahan hati Apollo merangkumi komitmen yang tidak berbelah bahagi, yang berfungsi sebagai sinar harapan untuk pesakit dengan kegagalan hati. Hasrat kami adalah untuk mengembangkan lagi, serta memanjangkan peluang baharu untuk kehidupan yang lebih sihat."

Program Pemindahan Apollo ialah salah satu program pemindahan terbesar dan paling komprehensif di dunia yang menguruskan pelbagai jenis penyakit hati dan penyakit buah pinggang, pemindahan hati dan buah pinggang, pemindahan jantung dan paru-paru, pembedahan pemindahan usus, pankreas dan GI serta perkhidmatan pemindahan podiatrik.

Tentang Indraprastha Apollo Hospitals:

Ditubuhkan pada Julai 1996, Indraprastha Apollo Hospitals, iaitu hospital pertama di India yang diiktiraf JCI, merupakan usaha kerjasama antara Kerajaan Delhi dan Apollo Hospitals Enterprise Limited. Menjangkau keluasan 15 ekar, ia berdiri sebagai kemudahan penjagaan tertiari yang ketiga yang sangat khusus oleh Apollo Hospitals Group. Mempunyai 57 jenis kepakaran, lebih 300 pakar dan 700 katil operasi, hospital ini dilengkapi dengan 19 dewan bedah, 138 katil ICU, perkhidmatan kecemasan 24 jam dan ambulans udara. Merupakan pelopor dalam pemindahan buah pinggang dan hati, ia menyaksikan proses pemindahan hati kanak-kanak dan dewasa pertama yang berjaya di India. Terkenal dengan teknologi perubatan termaju, termasuk CT 64 lapisan, 3 Tesla MRI, Novalis Tx, dan PET Suite yang bersepadu, hospital ini menerajui kemudahan diagnostik, perubatan dan pembedahan. Dengan berdekad-dekad lamanya menerima pelanggan yang berpuas hati, Indraprastha Apollo kekal berada di barisan hadapan dalam kecemerlangan penjagaan kesihatan.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2278782/25_yrs_for_1st_Liver_transplant.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1310950/4408961/Apollo_Hospitals_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Apollo Hospitals
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services