omniture

Lelongan Dalam Talian Ditetap Masa Global untuk Model Akhir Peralatan Perlombongan dan Pembinaan 18 - 20 Ogos 2014 Dihoskan oleh GA Global Partners

Great American Group, Inc.
2014-08-05 10:00 119

-Great American Group memperluas jejak antarabangsanya melalui lelongan berskala besar di Indonesia-

LOS ANGELES, 5 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- GA Global Partners, bahagian lelongan Great American Group, Inc. (OTCBB: GAMR), akan menjadi tuan rumah lelongan dalam talian ditetap masa bermula pada 18 Ogos 2014 untuk lebihan peralatan perlombongan dan pembinaan daripada PT Asmin Koalindo Tuhup & PT Borneo Mining Services.

Pembidaan untuk lelongan dalam talian ditetap masa itu akan dibuka pada 10 pagi WIB (UTC + 7) pada 18 Ogos dan akan ditutup pada 10 pagi WIB (UTC + 7) pada 20 Ogos. Pemeriksaan akan ditawarkan pada 12 hingga 13 Ogos melalui janji temu sahaja di lokasi peralatan di Muara Tuhup, Indonesia.

Bagi mengetahui senarai lengkap peralatan dan maklumat lanjut, layari http://gaauction.com atau hubungi kami secara terus melalui e-mel di support@gaglobl.com atau hubungi Peter Berry di +62-812-13152283.

Antara peralatan yang boleh didapati daripada para pengeluar seperti Komatsu, Caterpillar, Liebherr, Terex, Sandvik, Bucyrus, Tamrock serta Volvo ialah:

  • Trak buang (kebanyakannya baharu)
  • Jentolak runut
  • Kren
  • Perata jalan
  • Pengorek
  • Penyodok muka
  • Pemadat
  • Rig gerudi

Tiada minimum – semua peralatan akan dijual.

"Melalui peluang yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk para pembeli di seluruh dunia, kami akan menjual sejumlah peralatan bernilai lebih $100 juta dolar," kata Adam Alexander, presiden GA Global Partners. "Tawaran model akhir peralatan perlombongan dan pembinaan dengan skala seperti ini adalah sesuatu yang luar biasa, dan kami berbesar hati untuk menampilkan semua tawaran ini untuk pasaran antarabangsa."

Latar Belakang Great American Group, Inc. (OTCBB: GAMR)
Great American Group, yang baru-baru ini bergabung dengan B. Riley & Co. bagi menubuhkan firma khidmat kewangan pelbagai, ialah penyedia ulung bagi pelupusan aset dan penyelesaian lelong, khidmat nasihat serta penilaian, pelaburan modal, dan juga khidmat nasihat harta tanah untuk pelbagai syarikat. Great American Group mengatur sumber dengan cekap berserta kepakaran sektor untuk membantu syarikat, para peminjam, penyedia modal, pelabur ekuiti persendirian serta firma khidmat profesional untuk memaksimumkan nilai aset mereka. B. Riley & Co. ialah bank pelaburan ulung yang menyediakan pelbagai pembiayaan korporat, penyelidikan, serta jualan & dagangan untuk individu korporat, berinstitusi dan bernilai bersih tinggi. Ibu pejabat korporatnya terletak di Los Angeles dengan pejabat dan wakil di seluruh dunia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi +1-818-884-3737 atau layari www.greatamerican.com.

Maklumat Perhubungan Media:

Michelle Kahan
Great American Group
+1-818-884-3737
mkahan@greatamerican.com

Source: Great American Group, Inc.
Related Stocks:
OTC:GAMR
Keywords: Banking/Financial Service Mining Mining/Metals New products/services