omniture

Monsha'at mengetuai delegasi syarikat pemula Arab Saudi di Web Summit 2023

Monshaat
2023-11-17 11:57 42

LISBON, Portugal, 17 November 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memperlihatkan pertumbuhan sektor PKS Kerajaan Arab Saudi, Monsha'at, Pihak Berkuasa Am Perusahaan Kecil dan Sederhana Kerajaan Arab Saudi mengambil bahagian daripada Web Summit 2023: salah satu persidangan teknologi yang terkemuka di dunia.


Diadakan mulai 13 hingga 16 November 2023 — di Lisbon, Portugal — acara tersebut memberi peluang kepada Monsha'at untuk menonjolkan PKS Arab Saudi yang paling inovatif. Pihak berkuasa ini mengetuai delegasi syarikat pemula Arab Saudi, menarik perhatian kepada kejayaan dan sumbangan mereka kepada ekonomi negara. Tambahan pula, acara tersebut menyediakan platform untuk pemimpin industri, termasuk penggubal dasar, ketua negara serta Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas syarikat teknologi, untuk mengatasi cabaran global.

Sami Al Hussaini, Gabenor Monsha'at, berkata: "Tahun 2023 menjadi tahun yang penting untuk Monsha'at dan sektor PKS Arab Saudi, dengan bilangan syarikat pemula di Kerajaan berkenaan meningkat kepada lebih 1.2 juta. Walaupun kami telah mencapai kemajuan yang cukup besar, kami dapat mencapai lebih lagi. Melancarkan perkongsian yang inovatif bersama perniagaan dan entiti di serata dunia adalah penting. Acara-acara seperti Web Summit 2023 membolehkan kami berbuat demikian, melibatkan beberapa syarikat pemula kami yang terkemuka dalam persekitaran bertenaga yang kondusif untuk kolaborasi, inovasi dan pertumbuhan."

Ketika ini, ekosistem syarikat pemula Arab Saudi sedang mengalami tempoh pertumbuhan yang pesat. Di tengah-tengah pengembangan sektor bukan minyaknya yang berterusan, Kerajaan berkenaan mencapai salah satu kadar pertumbuhan ekonomi yang tertinggi di dunia pada tahun lalu dan diiktiraf sebagai salah sebuah negara berprestasi terbaik dari segi memanfaatkan reformasi untuk menambah baik persekitaran perniagaannya. Dalam S2 2023, Kerajaan tersebut mengetuai rantau berkenaan dalam pendanaan modal teroka (VC) dan modal terkumpul, menyumbang sebanyak 42% daripada dana MENA pada nilai $446 juta.

Antara syarikat pemula Arab Saudi yang mengambil bahagian dalam Web Summit 2023 ialah: Zid, Lendo, Nuqtah, Syarah, Asasat Advanced Systems, Wosul, Kabi, Master Works, resal, WhiteHelmet, Mustadem dan Tachyon.

Penyertaan Monsha'at di WebSummit ialah susulan daripada penyertaannya baru-baru ini dalam persidangan bertaraf dunia yang lain, termasuk SWITCH Singapore dan ComeUp Korea, yang mana ia telah membantu menghubungkan beberapa syarikat pemula yang terkemuka di Kerajaan ini dengan komuniti perniagaan dan pelaburan antarabangsa.

Latar Belakang Monsha'at: 

Monsha'at ditubuhkan pada tahun 2016 dengan matlamat untuk mengawal selia, menyokong, membangunkan dan menaja sektor PKS di Kerajaan itu selaras dengan amalan terbaik global, bagi meningkatkan produktiviti PKS dan sumbangannya kepada KDNK.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara Monsha'at menyokong ekosistem PKS Arab Saudi kunjungi www.monshaat.gov.sa  

HUBUNGI:

Tarek Chahine
+852-852 92827642
tchahine@webershandwick.com

Source: Monshaat
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications Economic news, trends, analysis Small Business Services Trade show news