omniture

Trina Storage serahkan sistem storan tenaga 50MWj untuk projek Perikanan-Solar-Storan bersepadu di Wilayah Hubei, China

Trina Storage
2023-11-17 14:59 108

MUNICH, 17 November 2023 /PRNewswire/ -- Trina Storage, peneraju bertaraf global bagi produk & penyelesaian storan tenaga, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan sistem storan tenaga 50MWj bersepadu penuh untuk projek perikanan-solar-storan hibrid di Tianmen, wilayah Hubei, China. Projek ini, kini berjaya disambungkan ke grid, memiliki kapasiti terpasang PV sebanyak 400MW dan disokong selanjutnya oleh sistem storan tenaga ini.

50MWh energy storage system for an integrated Fishery-Solar-Storage project in Hubei Province, China
50MWh energy storage system for an integrated Fishery-Solar-Storage project in Hubei Province, China

Projek ini dilengkapi dengan sistem storan tenaga 1500 VDC, terdiri daripada sepuluh kabinet bateri Trina Storage 2.5MW/5MWj. Unit storan ini memiliki sistem penyelenggaraan mantap yang menggunakan teknologi pengurusan terma jitu untuk pelesapan haba yang seragam pada tahap rak, membawa kepada jangka hayat bateri yang dipertingkat.

Memajukan Kelestarian - Projek Perikanan, Solar dan Storan Hibrid

Projek ini, yang dipasang di atas kolam ikan, mengupayakan penjanaan kuasa di atas air dan dalam masa yang sama boleh digunakan untuk pembiakan ikan dalam air. Ia menggabungkan penternakan lestari yang lancar dengan sains dan teknologi yang terkini. Usaha bersepadu ini menghasilkan pelbagai faedah termasuk pemeliharaan tanah, kecekapan tenaga, pengurangan emisi, peningkatan produktiviti korporat dan peningkatan pendapatan untuk petani, lantas menyumbang secara positif baik untuk ekonomi mahupun alam sekitar. Berfungsi sebagai model penternakan-solar-storan, inisiatif ini mencapai integrasi yang harmoni antara fotovolta dan storan tenaga, mengupayakan peralihan tenaga, pengawalaturan frekuensi utama serta pelbagai aplikasi yang berkaitan.

Trina Storage komited untuk mempelopori kemajuan teknologi, mengkhusus untuk menyampaikan produk yang fleksibel, berprestasi tinggi dan sememangnya selamat kepada pelanggan. Di All-Energy Australia dalam bulan Oktober, Trina Solar memperkenalkan produk bateri skala utiliti generasi terkini mereka - Trina Storage Elementa 2, sistem storan tenaga 4MWj, meletakkan asas kukuh untuk penyelesaian PV dan storan tenaga yang bersepadu. Elementa 2 direka bentuk khususnya untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pasaran storan tenaga berskala utiliti. Dengan ketumpatan tenaga yang tinggi, ia dapat dimuatkan dengan mudah ke dalam kontena 20-kaki, memperkemas pengangkutan & logistik, menyasarkan pengurangan kos serta kecekapan ekonomi. Keupayaan pengeluaran bersepadu secara vertikal Trina Solar mencakupi Trina-Cell, rak bateri dan kabinet bateri yang menjamin keandalan dan keselamatan tertinggi terhadap tawarannya.

Trina Storage komited kepada pendekatan yang terbuka, kolaboratif dan strategik, mengkhusus untuk memacu evolusi sistem kuasa moden. Dengan kejayaan pelaksanaan projek yang inovatif ini, Trina Storage sekali lagi menunjukkan kepakaran dan kepimpinannya dalam sektor storan solar serta tenaga. Projek ini menegaskan dedikasi syarikat ini untuk memajukan teknologi tenaga boleh baharu dan menyokong pembangunan yang mampan.

Source: Trina Storage
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Cision Influencer List - ESG