SINGAPURA, 6 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Aplikasi panggilan percuma sepenuhnya dan benar-benar mudah alih yang pertama di dunia -- nanu -- telah dilancarkan hari ini, dengan matlamat untuk merevolusikan industri telekomunikasi dengan menyediakan panggilan berkualiti secara percuma kepada semua, di mana-mana sahaja.
Tidak seperti aplikasi suara konvensional seperti Skype dan Viber yang hanya berfungsi dalam persekitaran 3G/4G/Wifi lebar jalur tinggi, nanu boleh digunakan pada mana-mana rangkaian termasuk 2G, lalu membolehkannya untuk menyediakan panggilan berkualiti yang tidak dapat disediakan oleh aplikasi lain. Memandangkan kebanyakan telefon bimbit di dunia masih menggunakan 2G, ini bermakna berbilion individu di kawasan pedalaman dan pasaran membangun akan mendapat akses panggilan percuma buat julung kalinya.
Di samping itu, tidak seperti aplikasi suara konvensional, nanu menyediakan kesemua panggilan secara percuma, termasuklah panggilan kepada pengguna bukan nanu seperti talian tetap. Bagi melakukannya, nanu memasukkan iklan pendek tanpa gangguan untuk dimainkan pada nada dering ketika anda sedang menunggu panggilan anda dijawab. Hasil daripada iklan tersebut membolehkan nanu untuk memberi subsidi kepada kos panggilan agar anda dapat membuat panggilan secara percuma, walaupun ke talian tetap atau telefon bimbit yang tidak menggunakan nanu.
nanu percaya setiap individu di seluruh dunia berhak membuat panggilan telefon secara percuma dan kini hendak mencapai misi untuk akhirnya menamatkan bil telefon.
Bagi menyertai misi ini, anda hanya perlu memuat turun nanu. Sebaik sahaja dipasang, anda dapat membuat panggilan tanpa had kepada rakan, keluarga dan sesiapa sahaja yang anda ingin hubungi di mana-mana sahaja di dunia yang juga telah memasang aplikasi tersebut. Anda juga diberi beberapa minit yang terhad secara percuma bagi menghubungi pengguna bukan nanu dan berkongsi aplikasi tersebut bersama mereka.
Lebih ramai individu yang menggunakan nanu, lebih banyak panggilan percuma yang nanu boleh berikan supaya akhirnya, nanu dapat menyediakan panggilan percuma tanpa had di mana-mana sahaja, termasuk untuk pengguna bukan nanu.
Bagi memulakan misi ini, bermula pada hari ini, nanu menyediakan kepada sejuta pengguna pertama, panggilan nanu-kepada-nanu tanpa had secara percuma dan juga 15 minit percuma panggilan nanu kepada bukan nanu di seluruh 73 destinasi global.
nanu dilancarkan pada Android, berserta iPhone dan diikuti dengan peranti lain tidak lama lagi. nanu juga boleh didapati untuk Mac serta Windows.
Bagi memuat turun nanu, sila layari: http://bit.ly/downloadnanu
Bagi mendapatkan maklumat tentang nanu - www.hellonanu.com
https://www.facebook.com/nanusocial
https://twitter.com/nanusocial
TAMAT
Maklumat Perhubungan Media
lars@hellonanu.com +65 - 3151 4760
deborah@hellonanu.com +65 - 6500 3024
heidi@hellonanu.com +65 - 6500 3074
Latar Belakang nanu
nanu ialah aplikasi panggilan mudah alih revolusioner yang menggunakan teknologi VoIP lebar jalur ultra rendah proprietari serta model perniagaan panggilan percuma ditaja iklan untuk menyediakan panggilan percuma berkualiti tinggi kepada semua, di mana-mana sahaja, walaupun menerusi 2G.
Latar Belakang Gentay Communications
Gentay Communications merupakan syarikat teknologi mudah alih yang berpusat di Singapura.
Para pengasasnya Martin Nygate (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Daniel Nygate (Ketua Pegawai Teknologi) merupakan pasukan ayah – anak lelaki yang mempunyai rekod pencapaian yang membanggakan dalam menyediakan penyelesaian teknikal kepada industri maritim, termasuk VoIP lebar jalur rendah.
Gentay Communications mempunyai minat yang mendalam terhadap misinya untuk menyediakan panggilan berkualiti secara percuma kepada semua, di mana-mana sahaja.
SUMBER Gentay Communications