omniture

Produk TOPCon ZBB-TF ASTRO N7s terkemuka dunia akan beri manfaat kepada pasaran DG & kediaman seluruh dunia

Astronergy
2023-11-20 10:40 113

HANGZHOU, China, 20 November 2023 /PRNewswire/ -- Direka bentuk khas untuk pasaran penjanaan teragih (DG) dan kediaman seluruh dunia, Astronergy memperkenalkan teknologi pembuatan ZBB (Teknologi Saling Sambungan BusBar Sifar) - TF (Filem Penggentingan) pertama dunia yang dikuasakan oleh produk modul PV TOPCon jenis-n ASTRO N7s, yang memiliki kecekapan penukaran tertinggi sebanyak lebih 23% antara produk DG & kediaman arus perdana.

A poster demonstrates the ZBB-TF techs utilized in ASTRO N7s n-type TOPCon PV modules.
A poster demonstrates the ZBB-TF techs utilized in ASTRO N7s n-type TOPCon PV modules.

Bersedia untuk menembusi pasaran bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna sistem solar komersial, perindustrian dan kediaman, produk siri ASTRO N7s Astronergy yang baru diperluaskan ini ialah sejenis produk TOPCon jenis-n ZBB yang telah memperoleh perakuan TÜV Rheinland, pensijilan yang pertama di dunia untuk jenis sedemikian.

Bagi menghapuskan jurang sel untuk meningkatkan kecekapan modul dengan ketara, Astronergy mengaplikasikan teknologi pembuatan teknologi TF dengan sangat teliti pada 54 unit produk ASTRO N7s sel TOPCon yang dikeluarkan menggunakan teknologi ZBB dan pengkapsulan berketumpatan tinggi pada produk modul.

Menurut Jack Zhou, Pengurus Besar Perkhidmatan Teknikal Produk Global di Astronergy, teknologi TF adalah untuk menyusun pinggir dua wafer silikon di atas satu sama lain dan memanjangkan filem nipis ke atas pertindihan sel untuk memberi kesan kusyen bagi mengurangkan risiko keretakan tersembunyi dan memaksimumkan kuasa produk modul kepada lebih 460W dan kecekapan kepada lebih 23%.

Lantaran teknologi ZBB dan TF, produk ASTRO N7s dapat dikilangkan di bawah suhu yang lebih rendah dan serasi dengan wafer silikon yang lebih nipis, seterusnya membantu mengurangkan penggunaan perekat perak sebanyak lebih 20% dan mengurangkan emisi karbon yang disebabkan oleh pengilangan produk modul.

Dengan teknologi ini, produk ini akan menjadi lebih mesra alam dan lebih lestari, sekali gus turut memiliki prestasi rintangan lentur yang lebih baik.

Teknologi ini juga dapat membantu meningkatkan kawasan penerima cahaya bagi sel PV dan mengurangkan kehilangan optik pada modul PV. Ekoran penyingkiran busbar dan penghapusan jurang antara sel, modul ZBB-TF ASTRO N7s mempunyai kecekapan pengumpulan pembawa arus yang lebih baik dan estetika yang hebat.

Sebagai produk ASTRO N7s yang baru diperluaskan, produk ini juga mempunyai kelebihan kadar kedwimukaan lebih tinggi (untuk versi dwikaca), LID & LETID lebih rendah, keandalan lebih tinggi, prestasi cemerlang dalam situasi penyinaran rendah dan output kuasa lebih tinggi bagi setiap watt.

Bersedia untuk dikeluarkan secara besar-besaran, modul PV ZBB-TF ASTRO N7s dijangka memberi manfaat kepada lebih banyak bidang untuk menjana kuasa hijau dan lestari.

Source: Astronergy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services