omniture

Perfect World: Permainan Akan Mengubah Masa Hadapan

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2014-08-06 21:01 136

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World beri taklimat perancangan strategik syarikat untuk maju ke hadapan

BEIJING, 6 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Perfect World telah menganjurkan sidang media di Shanghai pada 30 Julai 2014 ketika Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Xiao Hong telah memberikan ucapan tentang bagaimana permainan akan mengubah masa hadapan. Beliau telah menyatakan kejayaan syarikat dalam beberapa bidang yang menjana hiburan Internet, globalisasi, dan juga perkongsian baharu, serta memberi taklimat tentang perancangan strategik syarikat untuk masa hadapan.

Sidang media rasmi bermula pada jam 2 petang waktu Beijing dengan pengulas acara sukan terkenal China Central Television Liu Jianhong bertindak sebagai juruacara untuk acara tersebut. Beliau telah membuat acara tersebut menarik dari awal lagi apabila beliau berinteraksi secara maya dengan Tiger, maskot Perfect World. Di samping itu, Messrs. Liu dan Xiao, dua tokoh yang berwibawa dalam bidang masing-masing, telah membincangkan hubungan antara sukan dan permainan. Mereka bersetuju sukan berasal daripada permainan, dan permainan adalah sebahagian penting daripada sukan, serta masa depan kelihatan cerah bagi penumpuan meningkat antara kedua-duanya. Berikutan perbincangan tersebut, Xiao Hong telah membuat pembentangan terperinci tentang arah aliran pembangunan secara umum bagi industri permainan dan usaha serta penyelarasan syarikat terhadap peralihan struktur sektor permainan secara keseluruhan.

Bagi sektor hiburan rumah, Perfect World telah mengambil alih saluran permainan hos ulung di China, TGBUS Corporation. Pada sidang media tersebut, En. Xiao telah mendedahkan Perfect World akan membentuk kerjasama strategik dengan platform Xbox One oleh Microsoft di ChinaJoy.

Encik Xiao menyatakan Perfect World telah membuat pelaburan secara proaktif, melaksanakan beberapa penggabungan dan pengambilalihan selain beberapa aktiviti penyelidikan & pembangunan bebas, di samping membentuk perkongsian global berdasarkan pemahaman syarikat tentang ciri teknologi hiburan Internet. Sebagai langkah pertama, Perfect World telah mengambil alih beberapa studio peringkat tertinggi seperti Cryptic Studios dan Runic Games. Syarikat tersebut kemudiannya disusuli dengan pembangunan bebas bagi beberapa enjin serta teknologi teras seperti pemodelan 3D dan juga lukisan realistik. Akhir sekali, cabang ejen serta pelaburan global syarikat, PWIN, usaha pertama seumpamanya dalam bidang permainan China, telah melabur dalam lebih 20 firma dan bertindak sebagai ejen untuk lebih 10 produk permainan berpotensi.

En. Xiao berkata permainan masa hadapan akan terus mengubah gaya hidup kita, memandangkan bidang seperti trafik, penjagaan kesihatan, pendidikan serta penyelidikan saintifik menjadi bidang yang baru muncul dalam hiburan. Menerusi penciptaan aplikasi praktikal untuk teknologi hiburan, orang ramai akan merasai keseronokan yang diinspirasikan daripada permainan dalam dunia sebenar. Berkenaan pembangunan masa depan bagi sektor permainan, Perfect World telah menubuhkan institusi penyelidikan untuk teknologi Internet generasi seterusnya di wilayah Guangdong. Institusi ini akan bertumpu pada penyelidikan terhadap teknologi berkaitan dan turut menyediakan bantuan teknikal untuk pembangunan sektor tersebut.

Perfect World berhasrat untuk lebih terhubung secara aktif dengan membawakan individu berbakat ke dalam sektor ini dan melatih mereka, selain melanjutkan perkongsian tambahan pada peringkat global. Kini, syarikat itu sedang bersiap sedia untuk menubuhkan akademi seni digital antarabangsa di Guangdong dan telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan beberapa kolej dan universiti ulung di dunia, antaranya termasuklah Moscow State University, menyediakan saluran perekrutan untuk memastikan sektor tersebut terus diusahakan oleh bakat terbaik dan juga untuk membentuk sektor tersebut sebagai industri yang secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua.

Di samping itu, Perfect World terus meningkatkan kerjasama dengan rakan kongsi di serata dunia dan turut mewujudkan perkongsian dengan Hi-Media serta Huaxi Village, antara institusi yang terlibat. Kerjasama syarikat dengan platform Xbox One Microsoft ialah bukti kejayaan strategi syarikat untuk terus melanjutkan secara berperingkat operasinya serta penyelidikan & pembangunan pada peringkat global selain mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi global.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140805/0861405434
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: