omniture

LyondellBasell akan Membina Loji Kitar Semula Termaju berskala Perindustrian di Jerman

LyondellBasell
2023-11-20 23:45 47

HOUSTON, 20 November 2023 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (LYB) hari ini mengumumkan bahawa ia telah membuat keputusan pelaburan terakhir untuk membina kilang demonstrasi kitar semula bermangkin termaju berskala industri yang pertama di lokasinya di Wesseling, Jerman. Dengan menggunakan teknologi MoReTec proprietari LyondellBasell, loji ini akan menjadi loji kitar semula rangkaian tunggal termaju berskala komersial yang pertama untuk menukar sisa plastik pasca pengguna menjadi stok suapan untuk pengeluaran bahan plastik baharu yang boleh dijalankan pada pelepasan sifar bersih GHG. Loji baharu ini dijangka mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 50,000 tan setahun dan direka untuk mengitar semula jumlah sisa pembungkusan plastik yang dihasilkan oleh lebih 1.2 juta warga Jerman setiap tahun. Pembinaannya dirancang siap pada penghujung tahun 2025.

"Kami komited untuk menangani cabaran sisa plastik global dan memajukan ekonomi kitaran, malah pengumuman pada hari ini merupakan satu lagi langkah bermakna ke arah itu," kata Peter Vanacker, Ketua Pegawai Eksekutif LYB. "Meningkatkan teknologi kitar semula bermangkin kami yang termaju akan membolehkan kami mengembalikan jumlah sisa plastik yang lebih besar ke dalam rantaian nilai. Dengan melakukan ini, kami akan mempunyai keupayaan untuk menghasilkan lebih banyak bahan untuk penggunaan yang berkualiti tinggi, sekali gus mengekalkan nilai plastik selama yang mungkin."

Loji demonstrasi MoReTec LYB akan menutup jurang bagi plastik yang sukar dikitar semula, seperti bahan campuran atau fleksibel yang kini dihantar ke tapak pelupusan atau tempat pembakaran. Source One Plastics, usaha sama antara LYB dengan 23 Oaks Investments yang ditubuhkan pada bulan Oktober, 2022 akan membekalkan sebahagian besar stok suapan terproses yang diisih ini. Stok suapan kitar semula termaju yang dihasilkan oleh kemudahan MoReTec akan digunakan untuk pengeluaran polimer yang dijual oleh LYB di bawah barisan produk CirculenRevive untuk digunakan dalam pelbagai penggunaan, termasuk pembungkusan perubatan dan makanan.

Perbezaan MoReTec

Teknologi MoReTec menghasilkan minyak pirolisis dan gas pirolisis. Minyak pirolisis adalah pengganti kepada bahan berasaskan fosil yang digunakan dalam penghasilan polimer. Aliran gas pirolisis lazimnya digunakan sebagai bahan api, namun begitu teknologi MoReTec membolehkan gas pirolisis turut dipulihkan, menyumbang kepada pengeluaran polimer dan menggantikan stok suapan berasaskan fosil, yang mengurangkan pelepasan CO2 secara langsung.

Selain itu, teknologi pemangkin proprietari ini merendahkan suhu proses, mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan hasil. Melalui penggunaan tenaga yang lebih rendah, proses tersebut boleh dikuasakan oleh elektrik, termasuk elektrik daripada sumber boleh diperbaharui dengan pelepasan sifar bersih GHG.

Kelebihan perbezaan ini turut memberikan kelebihan dari segi jejak karbon. Pemulihan gas pirolisis sebagai bahan mentah, permintaan tenaga yang lebih rendah, reka bentuk pemanasan elektrik, anjakan bahan suapan fosil dan pemulihan sisa plastik daripada pembakaran atau tapak pelupusan menghasilkan jejak karbon yang lebih rendah secara ketara berbanding dengan proses berasaskan fosil. Ini menjadikan MoRETec sebagai cadangan nilai yang unik.

TENTANG LYONDELLBASELL
Kami ialah LyondellBasell (NYSE: LYB) – peneraju dalam industri kimia global yang mencipta penyelesaian untuk kehidupan lestari setiap hari. Melalui teknologi canggih dan pelaburan tumpuan, kami mendayakan ekonomi kitaran dan karbon rendah. Di seluruh perkara yang kami lakukan, kami berhasrat untuk membuka nilai kepada para pelanggan, pelabur dan masyarakat kami. Sebagai salah sebuah pengeluar polimer terbesar di dunia dan peneraju teknologi poliolefin, kami membangun, mengeluar dan memasarkan produk berkualiti tinggi dan inovatif untuk penggunaan yang merangkumi pengangkutan lestari dan keselamatan makanan hingga air bersih dan penjagaan kesihatan yang berkualiti. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lyondellbasell.com atau ikuti @LyondellBasell di LinkedIn.

PERNYATAAN BERPANDANGAN KE HADAPAN
Pernyataan dalam siaran ini yang berkaitan dengan perkara yang bukan fakta sejarah adalah pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan andaian pihak pengurusan LyondellBasell yang dipercayai munasabah semasa ia dibuat dan tertakluk kepada risiko serta ketidakpastian yang ketara. Keputusan sebenar mungkin berbeza secara material berdasarkan faktor yang merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, keupayaan kami untuk memenuhi matlamat kemampanan kami, termasuk keupayaan untuk meningkatkan pengeluaran polimer berasaskan bahan kitar semula dan boleh diperbaharui; kejayaan pelaksanaan rancangan pertumbuhan; serta kejayaan pembinaan dan pengendalian kemudahan yang diterangkan dalam keluaran ini. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan berbeza secara material daripada yang diterangkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini boleh didapati dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K kami untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021 yang boleh didapati di www.LyondellBasell.com pada halaman Perhubungan Pelabur dan di laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di www.sec.gov

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/558633/LyondellBasell_Logo.jpg?p=medium600 

Source: LyondellBasell
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Conservation/Recycling Corporate Expansion