omniture

TSI Group Menyertai Kumpulan Halma, Membuka Laluan Baharu untuk Pertumbuhan

TeDan Surgical Innovations
2023-11-21 00:50 32

SUGAR LAND, Texas, 20 November 2023 /PRNewswire/ -- TeDan Surgical Innovations, sebuah syarikat terkemuka dalam sektor teknologi perubatan, berasa teruja untuk mengumumkan penyertaannya dalam Kumpulan Halma. Langkah strategik ini menandakan pembentukan TSI Group yang terdiri daripada TeDan Surgical Innovations, West Coast Surgical dan Axcess Surgical. 

Halma, sebuah kumpulan global syarikat teknologi menyelamatkan nyawa, telah berjaya mengambil alih TSI Group, sekali gus menetapkan persekitaran untuk peluang yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam pasaran Neuro, Tulang Belakang dan Kardiotoraks. Usaha kerjasama ini menekankan komitmen untuk memberi sokongan yang lebih baik kepada para pelanggan melalui penyepaduan kekuatan ketiga-tiga buah syarikat tersebut. 

"Ini merupakan perkembangan yang menarik untuk TSI Group, yang menyokong cita-cita kami untuk berkembang dan membangun di seluruh dunia," kata Danny Fishman, Presiden TSI Group. "Kami telah terlibat dalam perbincangan yang mendalam dengan Halma bagi memastikan bahawa mereka merupakan syarikat yang sesuai untuk perniagaan kami. Kami yakin perkongsian ini bukan sahaja akan memberikan kestabilan yang kami perlukan, malah turut menawarkan sokongan untuk mempercepat pertumbuhan kami."

Penyelarasan matlamat TSI Group dengan visi Halma menjadi jelas semasa perbincangan ini – kedua-dua entiti berkongsi komitmen untuk meningkatkan kesihatan orang ramai demi memupuk masa depan yang lebih selamat, bersih dan sihat untuk semua orang pada setiap hari. 

Hasrat Halma untuk memperluas skop peranti akses pembedahan dalam pasaran utama menjadikan penambahan TSI Group sebagai satu lonjakan ke hadapan yang penting. Dengan memanfaatkan rangkaian sumber Halma yang luas dan tumpuannya terhadap kecemerlangan operasi, TSI Group menjangkakan pelbagai peluang baharu bakal tersedia dalam sektor ini. 

"Kami tidak menjangkakan sebarang perubahan serta-merta dalam cara kami bekerjasama dengan rakan kongsi kami yang dihargai atau memberi sebarang kesan terhadap peranan mereka. Kami akan terus menyampaikan produk dan perkhidmatan hebat yang kami banggakan," kata Danny Fishman.  

Penyatuan TSI Group dengan Halma menandakan satu detik penting bagi kedua-dua buah organisasi ini, mewujudkan sinergi yang meletakkan TSI Group pada kedudukan untuk meraih kejayaan dan inovasi berterusan dalam bidang teknologi perubatan yang dinamik. 

Tentang TSI: TSI ialah peneraju global dalam sistem akses pembedahan dengan tumpuan khusus dalam pembedahan tulang belakang, neuro, ortopedik dan kardiotoraks. TSI menerajui inovasi dalam bidang peralatan dan akses pembedahan yang diiktiraf oleh peneraju industri global, institusi pengajaran dan pemimpin pemikir klinisian di seluruh dunia. Para pengasas syarikat ini yang mempunyai gabungan pengalaman pasaran melebihi 75 tahun, telah mengusahakan inisiatif yang berjaya menghasilkan perniagaan yang menguntungkan. 

Tentang Halma: Halma ialah sebuah kumpulan global syarikat teknologi menyelamatkan nyawa yang memberi tumpuan untuk membangunkan masa depan yang lebih selamat, bersih dan sihat untuk semua orang pada setiap hari. Ia mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di lebih 20 buah negara, dengan operasi utama di UK, Tanah Besar Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Pasifik. Halma disenaraikan pada Bursa Saham London (LON: HLMA) dan merupakan konstituen indeks FTSE 100. 

Untuk maklumat lanjut:
www.tedansurgical.com

Hubungan Media:
bschueler@tedansurgical.com / +1 713-554-1331

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/972648/4413208/TSI_Primary_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: TeDan Surgical Innovations
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers