DXC dan AWS mengembangkan kerjasama strategik sedia ada mereka untuk:
ASHBURN, Virginia, 21 November 2023 /PRNewswire/ -- DXC Technology (NYSE: DXC), sebuah syarikat perkhidmatan teknologi global Fortune 500 yang terkemuka dan Amazon Web Services, Inc. (AWS), hari ini mengumumkan bahawa mereka memperluas hubungan mereka yang telah lama terjalin untuk membantu para pelanggan mempercepat perjalanan mereka ke arah IT moden yang berteraskan awan.
Kedua-dua syarikat ini akan berunding dengan hampir 1,000 pelanggan Penyumberan Luar IT (IT Outsourcing, ITO) DXC yang terbesar untuk mempercepat perjalanan mereka ke arah awan yang terkemuka di dunia. Melalui pemindahan beban kerja mereka ke AWS, pelanggan DXC akan mempunyai akses kepada tahap kebolehpercayaan dan keselamatan tertinggi serta keupayaan untuk meningkatkan inovasi sambil mengurangkan kos menjalankan infrastruktur IT. Selain itu, DXC, Penyepadu Sistem Globalterkemuka, telah memilih AWS sebagai penyedia awan pilihannya untuk mendorong inovasi dan kecekapan di seluruh organisasinya.
"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan AWS dalam memodenkan infrastruktur IT para pelanggan kami," kata Mike Salvino, Pengerusi merangkap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif DXC. "Perjanjian yang diperluaskan ini memberi insentif kepada kami dan para pelanggan kami untuk mempercepat pemindahan sistem utama perusahaan mereka ke awan. Kami akan memanfaatkan teknologi AI generatif, analisis, pengiraan, pangkalan data, pembelajaran mesin dan storan AWS yang terkemuka untuk memberikan sebuah platform yang ideal kepada para pelanggan kami bagi memoden dan mengembangkan beban kerja mereka yang kritikal. Kami menjangkakan laluan transformasi ini akan turut menyumbang kepada peralihan DXC daripada kestabilan operasi kepada prestasi yang lebih tinggi."
"AWS dan DXC secara bersama-sama akan membantu mengubah semua perkara yang boleh dilakukan kepada pelanggan perusahaan dan menyediakannya untuk kejayaan jangka panjang," kata Adam Selipsky, Ketua Pegawai Eksekutif AWS. "Perusahaan yang bergantung pada awan akan memperoleh manfaat dengan segera seperti peningkatan inovasi, pengurangan kos serta keupayaan mencipta peluang baharu dan berbeza untuk pertumbuhan. AWS komited untuk bekerjasama dengan DXC bagi mengubah penyampaian perkhidmatannya menjadi sebuah model berteraskan awan dengan melatih lebih 15,000 orang profesional tentang AWS."
Sebagai sebahagian daripada pengembangan kerjasama mereka selama berbilang tahun, DXC dan AWS akan membangunkan tiga elemen strategik utama untuk memberi manfaat kepada para pelanggan:
Mempercepat Pemodenan dan Penghijrahan Awan
Pelanggan semakin mengubah platform perniagaan utama mereka daripada persekitaran di premis yang lazimnya bagi penyumberan luar IT legasi kepada fleksibiliti, kebolehpercayaan dan kebolehskalaan awan. DXC dan AWS bekerjasama untuk meningkatkan metodologi penghijrahan mereka, pemecut penyelesaian dan menggabungkan kepakaran dalam penghijrahan awan berskala besar. Selepas penghijrahan awal, DXC dan AWS akan terus terlibat secara bersama-sama dengan pelanggan ini untuk membantu mereka dalam perjalanan pemodenan mereka.
Transformasi Tenaga Kerja
AWS dan DXC bekerjasama untuk mengembang dan meningkatkan kemahiran awan kumpulan bakat dengan besar di DXC. Kedua-dua syarikat komited untuk bersama-sama melatih dan memperakui 15,000 orang profesional DXC dalam tempoh lima tahun akan datang dengan menggunakan latihan berasaskan peranan dan pengalaman pembelajaran. Ini menunjukkan DXC sebagai peneraju dalam memindahkan beban kerja daripada persekitaran IT legasi ke awan dan mengurus kawasan IT yang rumit. Pelanggan akan mempunyai akses kepada barisan sumber yang diperakui AWS yang sangat terlatih dan maju yang diperluaskan untuk menyokong matlamat pemodenan dan penghijrahan awan mereka.
Transformasi Aset
AWS dan DXC secara bersama-sama akan membantu pelanggan keluar dari kemudahan pusat data dan aset IT yang sudah tua kepada teknologi awan yang tangkas, selamat dan mampan yang disediakan oleh AWS. Perkara ini akan mempercepat penerimagunaan awan dan mengurangkan kos operasi DXC dan pelanggannya. DXC juga merancang untuk melepaskan beberapa pusat data sedia ada kepada pihak yang berminat.
Reaksi daripada para pelanggan dan pihak berkepentingan AWS dan DXC terhadap perjanjian transformasi strategik ini:
"Ini ialah berita yang baik," kata Silvia Gabrielle, Ketua Pegawai Maklumat Ferrari S.p.A., "Ferrari bekerjasama rapat dengan DXC dan AWS memandangkan kami memanfaatkan inovasi teknologi dalam mengejar kecemerlangan dalam reka bentuk dan ketukangan. Kedua-dua syarikat ini memahami betapa pentingnya kebolehpercayaan, keselamatan dan kebolehskalaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kami kepada perniagaan kami. Mereka merupakan rakan kongsi yang tepat untuk bekerjasama, memandangkan semangat kami untuk maju terus mendorong kami."
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan DXC dan AWS untuk membantu kami dalam perjalanan transformasi yang mengutamakan digital kerana kami membawa bersama pengalaman selama berdekad-dekad dalam pasaran insurans, kepakaran kakitangan kami dan kuasa teknologi untuk menyampaikan kelajuan, tenaga, ketangkasan dan daya tahan kepada pelanggan kami," kata Bob James, Ketua Pegawai Operasi Lloyds.
"Kecemerlangan operasi adalah penting dalam memenuhi permintaan tenaga dunia dan Baker Hughes terus mengubah infrastruktur kami supaya kami boleh membawa tenaga ke hadapan dengan sebaiknya serta menjadikannya lebih selamat, lebih bersih dan lebih cekap untuk manusia dan planet ini," kata Ketua Pegawai Teknologi Baker Hughes, Anthony Krebs. "Pakatan antara AWS dan DXC, dua peneraju industri, akan membolehkan kami mempercepatkan lagi pengoptimuman operasi kami."
"Persekitaran IT yang moden adalah penting untuk perusahaan mengembangkan penglibatan digital mereka dengan pelanggan dan memanfaatkan data untuk menambah baik pembuatan keputusan," kata Rick Villars, Naib Presiden Kumpulan IDC. "Kerjasama transformasi antara DXC dengan AWS ini menangani kelemahan infrastruktur warisan, kekurangan kemahiran tenaga kerja dan model kos intensif modal berlebihan yang merupakan halangan terbesar yang menghalang pemodenan dilakukan tepat pada masanya."
Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Semua pernyataan dalam siaran akhbar ini yang tidak berkaitan dengan fakta sejarah secara langsung dan eksklusif adalah merupakan "pernyataan berpandangan ke hadapan." Pernyataan ini mewakili jangkaan dan kepercayaan semasa dan tiada jaminan yang boleh diberikan bahawa keputusan yang diterangkan dalam pernyataan tersebut akan tercapai. Pernyataan tersebut tertakluk kepada pelbagai andaian, risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dijelaskan dalam pernyataan ini di mana kebanyakan daripadanya berada di luar kawalan kami. Untuk mendapatkan penerangan bertulis tentang faktor-faktor ini, sila lihat bahagian bertajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan DXC pada Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2023 dan mendapatkan sebarang maklumat terkini dalam pemfailan berikutnya dengan SEC. Tiada jaminan boleh diberikan bahawa sebarang matlamat atau rancangan yang ditetapkan dalam mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan boleh atau akan dicapai, dan para pembaca dinasihatkan supaya tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar kepada pernyataan tersebut yang hanya benar pada tarikh ia dibuat. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengeluarkan sebarang pindaan kepada mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan atau melaporkan sebarang peristiwa atau keadaan selepas tarikh laporan ini atau untuk menunjukkan kejadian peristiwa yang tidak dijangka kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
Tentang DXC Technology
DXC Technology (NYSE: DXC) membantu syarikat global menjalankan sistem dan operasi misi penting mereka sambil memodenkan IT, mengoptimumkan seni bina data serta memastikan keselamatan dan kebolehskalaan di seluruh awan awam, swasta dan hibrid. Syarikat dan organisasi sektor awam terbesar di dunia mempercayai DXC untuk memanfaatkan perkhidmatan bagi memacu prestasi, daya saing dan pengalaman pelanggan ke suatu tahap baharu di seluruh kawasan IT mereka. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami merealisasikan kecemerlangan para pelanggan dan rakan sekerja kami di DXC.com.
Sean B. Pasternak, Perhubungan Media KorporatDXC, +1-647-975-7326, sean.pasternak@dxc.com; John Sweeney, Perhubungan Pelabur, +1-980-315-3665, john.sweeney@dxc.com