omniture

ARAB SAUDI MELANCARKAN INISIATIF KEUPAYAAN MANUSIA - SEBUAH PERSIDANGAN UNTUK MEMPERKASA KEUPAYAAN MANUSIA

Human Capability Development Program
2023-11-21 22:52 122

RIYADH, Arab Saudi, 21 November 2023 /PRNewswire/ -- Di bawah naungan Duli Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Pembangunan Keupayaan Manusia (Human Capability Development Program Committee), salah satu Program Realisasi Wawasan 2030 (Vision 2030 Realization Programs) Arab Saudi, iaitu edisi pertama Inisiatif Keupayaan Manusia (Human Capability Initiative, HCI) yang akan diadakan pada 28 dan 29 Februari 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Raja Abdulaziz (King Abdulaziz International Convention Center) di Riyadh.

SAUDI ARABIA LAUNCHES THE HUMAN CAPABILITY INITIATIVE – A CONFERENCE TO EMPOWER HUMAN CAPABILITY
SAUDI ARABIA LAUNCHES THE HUMAN CAPABILITY INITIATIVE – A CONFERENCE TO EMPOWER HUMAN CAPABILITY

Dengan tema "Future Readiness (Kesediaan Masa Depan)", HCI akan menghimpunkan lebih 6000 orang pakar, pembuat keputusan dan lebih 150 orang penceramah utama antarabangsa daripada entiti kerajaan, swasta dan organisasi bukan berasaskan keuntungan serta kumpulan pemikir dari lebih 50 buah negara untuk meneroka dialog yang memberi impak, mewujudkan sinergi dan merebut peluang dalam pembangunan keupayaan manusia di seluruh dunia.

HCI akan memberi tumpuan kepada cara mengukuhkan ekosistem pembangunan keupayaan manusia, menggalakkan reka bentuk dasar inovatif dan penyelesaian kreatif serta mempamerkan kisah kejayaan pembangunan keupayaan manusia dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi. Usaha kolektif ini akan menyumbang kepada agenda global lestari yang merintis penyelesaian untuk keupayaan manusia merentasi semua kumpulan umur serta mencetuskan inisiatif yang menjangka cabaran masa depan secara proaktif dan membantu membentuk masa depan yang memberangsangkan untuk semua.

Tuan Yang Terutama Menteri Pendidikan, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Program Pembangunan Keupayaan Manusia, En. Yousef Al-Benyan, berkata: "Persidangan ini adalah platform kerjasama global yang pertama seumpamanya untuk memangkin kerjasama antarabangsa, memperkaya dialog global dalam pembangunan keupayaan manusia serta menyumbang kepada pembangunan kemahiran manusia dan ekonomi global yang makmur." Beliau menambah: "Persidangan ini akan membincangkan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan keupayaan manusia berdasarkan perubahan global serta kemahiran yang paling penting yang diperlukan dalam pasaran buruh global masa depan, di samping kesan perkembangan pesat dalam bidang digital dan ekonomi terhadap keupayaan manusia".

Selain itu, Tuan Yang Terutama menyatakan: "Topik yang dibincangkan di HCI adalah amat penting dalam pemacuan perbualan baharu mengenai pembentukan dasar, kerjasama serta perkongsian dan pelaburan sektor swasta-awam-pihak ketiga di peringkat global dalam pembangunan keupayaan manusia. Ini akan menyumbang kepada pembinaan ekonomi yang kukuh dan fleksibel untuk menghadapi cabaran masa depan".

Untuk butiran lanjut, layari laman web HCI:

 https://humancapabilityinitiative.org

- Laman Web HCI: https://humancapabilityinitiative.org

- Media sosial HCI:

  • @HCI_KSA (Twitter, Instagram, YouTube, LinkedIn, TikTok)
  • HCIKSA (Facebook)

Tentang Wawasan 2030 Arab Saudi

Di bawah kepemimpinan Penjaga Dua Masjid Suci, Wawasan 2030 Arab Saudi telah dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman Al Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri, dengan pelan hala tuju untuk membina masa depan Arab Saudi yang makmur dan cerah melalui masyarakat yang bersemangat, ekonomi yang berkembang maju dan negara yang beriltizam tinggi. Wawasan ini telah dimasukkan ke dalam objektif strategik untuk membolehkan pelaksanaan yang berkesan melalui Program Realisasi Wawasan.

 https://www.vision2030.gov.sa

Tentang Program Pembangunan Keupayaan Manusia (HCDP):

Program Pembangunan Keupayaan Manusia adalah salah satu Program Realisasi Wawasan 2030 dengan matlamat untuk memastikan warga Arab Saudi mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global dengan menerapkan nilai, membangunkan kemahiran asas dan kemahiran masa depan serta meningkatkan pengetahuan. Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan asas pendidikan yang kukuh untuk semua rakyat untuk memupuk nilai sejak kecil lagi, sambil menyediakan belia untuk pasaran tempatan dan pasaran global masa depan. Ia juga memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran rakyat dengan menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat, menyokong inovasi, menggalakkan budaya keusahawanan dan membangunkan dasar untuk memastikan warga Arab Saudi yang berdaya saing.

 https://www.vision2030.gov.sa/v2030/vrps/hcdp/

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2281808/Human_Capability_Development.jpg?p=medium600

 

 

Source: Human Capability Development Program
Keywords: Computer/Electronics New products/services Trade show news