omniture

Automation Anywhere Umum Prestasi Suku Ketiga Tahun Kewangan 2024 yang Kukuh disebabkan tawaran diterajui AI Generatif Berkuasa, Pelanggan Perusahaan Besar dan Momentum Global

Automation Anywhere, Inc.
2023-11-22 00:52 42

Mencapai Keuntungan Suku Tahunan Lebih Awal daripada Rancangan dan Menjangkakan Suku Keempat yang Kukuh

SAN JOSE, California, 21 November 2023 /PRNewswire/ -- Automation Anywhere, peneraju dalam automasi pintar yang menggunakan AI untuk berfungsi merentasi setiap aspek organisasi, hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya memperoleh keputusan suku ketiga yang kukuh, yang didorong oleh produk automasi yang dipertingkatkan oleh AI generatif baharu, perjanjian dengan pelanggan perusahaan yang besar dan pelaksanaan jualan di peringkat global. Dengan prestasi dan momentumnya yang kukuh di seluruh rantau global, syarikat ini melaporkan bahawa nilai dolar bagi tawaran besar telah meningkat melebihi 35 peratus tahun ke tahun, yang membantu syarikat mencapai keuntungan lebih awal daripada rancangan.

"Keputusan suku ketiga telah melebihi sasaran pada semua metrik utama kami, dengan pertumbuhan urus niaga yang besar yang menjadi isyarat kukuh bahawa para pelanggan semakin menggunakan platform kami untuk transformasi perniagaan," kata Mihir Shukla, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Automation Anywhere. "Penyelesaian dan kes penggunaan kami yang dikuasakan AI Generatif menyumbang kepada 30 peratus tempahan, sekali gus mengesahkan bahawa para pelanggan sedang mencari gabungan teknologi automasi dan AI yang berkuasa bagi menyelesaikan cabaran mereka yang rumit. Gabungan prestasi hasil yang kukuh dan kawalan kos yang berdisiplin membolehkan kami melabur semula dalam pertumbuhan. Membangunkan sebuah syarikat yang mengikuti 'Peraturan 40' yang berkekalan merupakan salah satu daripada matlamat kami dan keputusan kewangan kami menunjukkan isyarat ketara bahawa kami berada di landasan yang betul."

Sorotan Perniagaan Utama 

  • Perjanjian besar bernilai melebihi $100,000 dalam nilai tahunan menyumbang lebih 50 peratus tempahan pada suku tersebut.
  • Prestasi yang teguh daripada perniagaan Perusahaan ini disebabkan tempahan yang kukuh di wilayah Amerika Utara, Asia Pasifik dan Jepun (APJ), India dan Timur Tengah.
  • Lebih 50 peratus daripada pelanggan memuat turun pakej automasi AI Generatif syarikat ini serta dapat membangunkan penyelesaian automasi generasi seterusnya dengan selamat dengan model AI gred perusahaan daripada peneraju industri termasuk Anthropic, AWS, Google Vertex AI, Microsoft Azure OpenAI Servicedan OpenAI ChatGPT Enterprise.
  • Pangkalan pelanggan yang besar, pengekalan pelanggan yang tinggi dan penerajuan produk yang berterusan menghasilkan aliran tunai yang lebih baik dan kunci kira-kira yang kukuh.

"Meningkatkan produktiviti merupakan bidang tumpuan utama bagi organisasi yang mengguna AI Generatif serta pemacu utama bagi pelaburan yang pesat dan pantas dalam teknologi ini," menurut Maureen Fleming, Naib Presiden Penyelidikan AI dan Automasi IDC. "Pergabungan awan, automasi dan AI Generatif untuk menyampaikan keupayaan canggih yang disasarkan pada kecekapan dan produktiviti akan mendorong prestasi organisasi — dan pertumbuhan penyedia gabungan perkhidmatan ini."

"Kita mempunyai peluang hanya sekali dalam satu generasi untuk memperbaharui setiap aspek operasi perniagaan syarikat, di mana semua jabatan dan fungsi akan mendapat manfaat daripada automasi dan AI generatif. Kami melihat isyarat yang jelas bahawa penyelesaian automasi pintar merupakan salah satu cara terbaik untuk menggunakan AI dengan selamat dan terjamin dalam organisasi serta mencapai ROI yang besar dengan cepat," sambung Shukla.

Sorotan Pengumuman Tentang Keputusan Suku Ketiga

  • Automation Anywhere mengumumkan pengembangan terbesar setakat ini bagi platform automasi dikuasakan AI generatif miliknya yang menampilkan Lapisan AI Bertanggungjawab baharu pada teras platformnya. Lapisan asas ini merangkumi model automasi AI generatif tersuai yang pertama dan satu-satunya yang dibangunkan selain Model Bahasa Besar (Large Language Model, LLM) terkemuka dan dilatih dengan metadata tanpa nama daripada berjuta-juta automasi. Model ini memberi keupayaan kepada syarikat untuk membangun dan menjalankan proses dan aliran kerja yang rumit secara automatik, dengan memahami permintaan kerja terlebih dahulu, menukar bahasa semula jadi kepada langkah-langkah dan mencipta aliran kerja proses baharu secara dinamik. Sebilangan besar proses dan aliran kerja perusahaan boleh diautomasikan, mewujudkan sistem kerja baharu yang secara asasnya mengubah model pengendalian organisasi untuk membantu mereka mengurus keadaan dan teknologi perniagaan dengan lebih baik.
  • Automation Success Platform ini turut merangkumi alatan AI baharu yang mempunyai kepercayaan tinggi serta keupayaan keselamatan dan tadbir urus yang penting untuk menggunakan automasi berasaskan AI pada skala besar dengan kawalan akses, privasi data, pemantauan dalam masa nyata untuk penggunaan yang selamat dan fleksibel di seluruh perusahaan
  • Syarikat ini juga mengumumkan empat produk automasi dikuasakan AI generatif termasuk Autopilot, yang membolehkan pembangunan pesat terhadap automasi menyeluruh menggunakan AI generatif. Produk baharu tersebut membolehkan organisasi mengautomasikan proses yang lebih rumit dan aliran kerja perniagaan yang menyeluruh serta mempercepat keputusan dan ROI mereka.
  • Gartner menobatkan Automation Anywhere sebagai Peneraju untuk tahun kelima berturut-turut dalam Magic Quadrant untuk Automasi 2023. Automation Anywhere telah diiktiraf sebagai Peneraju bagi Kesempurnaan Wawasan dan Keupayaan Pelaksanaan.

Suku ketiga Automation Anywhere berakhir pada 31 Oktober 2023. Sebagai sebuah syarikat swasta, Automation Anywhere tidak mendedahkan maklumat kewangan yang terperinci.

Tentang Automation Anywhere.
Automation Anywhere ialah peneraju dalam penyelesaian automasi pintar yang menggunakan AI untuk berfungsi merentasi setiap aspek organisasi. Automation Success Platform daripada syarikat ini dikuasakan dengan AI khusus, AI generatif dan menawarkan penemuan proses, RPA, penyatuan proses yang menyeluruh, pemprosesan dokumen dan analisis, dengan pendekatan yang mengutamakan tadbir urus dan keselamatan. Automation Anywhere memperkasakan organisasi di seluruh dunia untuk memperoleh manfaat produktiviti, mendorong inovasi, meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan mempercepat pertumbuhan perniagaan. Syarikat ini dipandu oleh wawasannya untuk memacu masa depan kerja dengan menyerlahkan potensi manusia melalui automasi pintar. Ketahui lebih lanjut di www.automationanywhere.com.

Automation Anywhere ialah tanda dagangan/tanda perkhidmatan berdaftar bagi Automation Anywhere, Inc. di Amerika Syarikat dan di negara-negara lain.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/541440/Automation_Anywhere_Logo.jpg?p=medium600

Source: Automation Anywhere, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Earnings Artificial Intelligence