omniture

CATL dan Stellantis Tandatangani MoU Strategik bagi Bekalan Bateri LFP Tempatan untuk Pasaran Eropah

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2023-11-22 08:44 114
  • MoU menggariskan pembangunan bersama bagi hala tuju teknologi canggih dan peluang rantaian nilai bateri masa depan
  • CATL dan Stellantis mempertimbangkan kemungkinan terhadap pelaburan bersama dalam bentuk usaha sama dengan sumbangan yang setara
  • Stellantis bermatlamat untuk memanfaatkan bateri litium besi fosfat (LFP) untuk memberi kuasa kepada pengeluaran kenderaan elektrik Eropahnya, menyokong sasaran pengelektrikan Dare Forward 2030 yang agresif.

NINGDE, China, 22 November 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini CATL dan Stellantis N.V. mengumumkan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) tidak mengikat untuk bekalan tempatan sel serta modul bateri LFP untuk memberi kuasa kepada pengeluaran kenderaan elektrik Stellantis di Eropah. Bagi menyokong selanjutnya strategi pengelektrikan agresif Stellantis, kedua-dua syarikat ini mempertimbangkan kemungkinan untuk membentuk usaha sama dengan sumbangan yang setara.


MoU ini menggariskan kolaborasi jangka panjang antara CATL dan Stellantis dalam dua bidang strategik: membina hala tuju teknologi yang berani bagi menyokong kenderaan elektrik bateri canggih Stellantis dan mengenal pasti peluang untuk mengukuhkan lagi rantaian nilai bateri.

"MoU bersama CATL untuk kimia bateri LFP ini merupakan satu lagi ramuan dalam strategi jangka panjang kami bagi melindungi kebebasan mobiliti untuk kelas pertengahan Eropah," kata Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis Carlos Tavares. "CATL merupakan peneraju industri dalam sektor ini dan bersama-sama jenama-jenama kenderaan ikonik kami, akan membawakan teknologi bateri yang inovatif dan boleh diakses kepada pelanggan kami sambil membantu kami mencapai cita-cita sifar bersih karbon kami menjelang tahun 2038."

"Kami berasa amat gembira untuk meningkatkan kerjasama kami bersama Stellantis ke tahap baharu. Dengan kepakaran Stellantis yang telah lama wujud dalam pembuatan kereta dan teknologi bateri canggih CATL, kami percaya perkongsian ini akan menjadi langkah penentu untuk perjalanan kedua-dua pihak ke arah mencapai matlamat keneutralan karbon," kata Robin Zeng, Pengerusi dan Pengurus Besar CATL. "Kami akan tetap menumpukan perhatian untuk menyampaikan penyelesaian yang lebih kompetitif dan mampan kepada rakan-rakan kongsi kami demi menggalakkan peralihan tenaga global."

Membawakan hayat perkhidmatan yang panjang dan kestabilan haba yang tinggi, teknologi LFP dapat mengupayakan Stellantis untuk menawarkan kenderaan elektrik yang berkualiti tinggi, tahan lama dan berpatutan bagi kereta penumpang, crossover serta SUV dalam segmen B dan C.

Sebagai sebahagian daripada rancangan strategik Dare Forward 2030 , Stellantis mengumumkan rancangan untuk mencapai campuran jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) kereta penumpang sebanyak 100% dan campuran jualan BEV kereta penumpang dan trak tugas ringan sebanyak 50% di Amerika Syarikat menjelang tahun 2030. Stellantis berada di landasan yang betul untuk menjadi syarikat sifat bersih karbon menjelang tahun 2038. Stellantis sedang menyusun senarai perkongsian bagi memastikan bekalan bahan penting yang stabil, karbon rendah untuk masa depannya yang dielektrikkan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.catl.com/en/

X: https://twitter.com/catl_official

Meta: https://www.facebook.com/CATLOfficial/

YouTube: https://www.youtube.com/c/CATLOfficial

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Auto Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Railroads and Intermodal Transportation Transportation Utilities Contracts Licensing/marketing agreements