omniture

PERHATIAN KEPADA PEMEGANG SAHAM AMAYA INC. DARI TAHUN 2016 - Notis Penyelesaian Tindakan Kelas terhadap David Baazov

Velvet Payments Inc.
2023-11-22 19:00 44

BACA NOTIS INI DENGAN TELITI KERANA IA MUNGKIN MENJEJASKAN HAK ANDA

MONTREAL, 22 November 2023 /PRNewswire/ -- Notis ini ditujukan kepada semua orang dan entiti, tidak termasuk Defendan dan ahli keluarga terdekatnya, yang telah membeli sekuriti Amaya Inc. (kini dikenali sebagai The Stars Group Inc.) antara 1 Februari 2016 hingga 21 November 2016 dan termasuk pada tarikh tersebut, dan memiliki sebahagian atau semua sekuriti tersebut sehingga selepas Pendedahan Pembetulan pada 22 November 2016.

Pada 30 Oktober 2023, Yang Arif Hakim Sylvain Lussier dari Mahkamah Tinggi telah meluluskan penyelesaian tindakan kelas yang disebut sebagai Denis Gauthier vs David Baazov yang mempunyai No. Fail Mahkamah 500-06-000859-179 ("Penyelesaian"), tanpa sebarang pengakuan liabiliti daripada pihak Defendan. Malah, Defendan telah menafikan dan terus menafikan setiap satu dan semua tuntutan dan dakwaan salah laku yang dibuat dalam tindakan kelas.

RINGKASAN TERMA PENYELESAIAN

Sejumlah CAD1.8 juta akan dibayar ("Jumlah Penyelesaian"), yang akan menjelaskan, menyelesaikan, membebaskan dan melepaskan semua tuntutan yang ditegaskan, atau yang boleh ditegaskan secara muktamad dan kekal, terhadap Defendan oleh Plaintif bagi pihaknya sendiri dan /atau bagi pihak Kelas.

Jumalah Penyelesaian untuk Kelas, setelah ditolak yuran dan pembayaran peguam, perbelanjaan pentadbir dan cukai, akan diagihkan kepada Kelas mengikut pelan peruntukan yang diluluskan oleh Mahkamah ("Jumlah Bersih Penyelesaian"). Yuran guaman telah diluluskan berjumlah tiga puluh (30) peratus daripada Jumlah Penyelesaian, termasuk pembayaran serta cukai. Perjanjian dan Pelan Peruntukan boleh dilihat di https://www.faguyco.com/class-actions/baazov dan https://bergermontague.ca/cases/david-baazov/.

TUNTUTAN UNTUK PAMPASAN HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM 23 JANUARI 2024 UNTUK
MENYERTAI PENYELESAIAN TERSEBUT.

Ahli Kelas dikehendaki melengkapkan borang tuntutan dan memuat naik dokumen sokongan ke Laman Web Pentadbir Paiements Velvet Payments Inc.: https://velvetpayments.com/project/baazov/

Borang tuntutan boleh diakses atau dimuat turun di https://velvetpayments.com/project/baazov/ atau diperoleh dengan menghubungi Pentadbir di 1-888-770-6892 atau melalui e-mel di aya@velvetpayments.com.

Jika anda tidak menyerahkan borang tuntutan yang lengkap sebelum 23 Januari 2024, anda mungkin tidak menerima mana-mana bahagian daripada Jumlah Bersih Penyelesaian.

Mahkamah Tinggi telah melantik Paiements Velvet Payments Inc. sebagai Pentadbir Penyelesaian serta: (i) menerima dan memproses borang tuntutan; (ii) memutuskan kelayakan untuk mendapatkan pampasan; dan (iii) mengagihkan Jumlah Bersih Penyelesaian kepada Ahli Kelas yang layak. Anda boleh menyerahkan borang tuntutan kertas hanya jika anda tidak mempunyai akses Internet.  Borang tuntutan kertas boleh dihantar melalui pos atau kurier ke:

Pentadbir, Paiements Velvet Payments Inc. 
Perhatian: Pentadbir Penyelesaian Baazov
5900 Andover Ave, Suite 1
Montreal, Québec H4T 1H5
Tel: 1-888-770-6892
E-mel: aya@velvetpayments.com
Laman Web: velvetpayments.com

Pendaftaran Portal Pentadbiran Tuntutan:
https://velvetpayments.com/baazov-claim/ (Bahasa Inggeris)
https://velvetpayments.com/baazov-claim/?lang=fr (Bahasa Perancis)

Notis ini telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Québec. 

Source: Velvet Payments Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Legal issues Legal Services