GUANGZHOU, China, 8 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Pada jam 4:30 petang 3 Ogos, gempa bumi 6.5-magnitud telah memusnahkan daerah Ludian di Zhaotong, Yunnan. Pada jam 2:30 petang 5 Ogos, angka kematian telah mencecah 410 dengan 2,373 orang cedera. Lebih 10,000 rumah runtuh. Situasi di kawasan tersebut amat teruk, dengan bekalan elektrik, telekomunikasi serta lalu lintas terjejas teruk.
Seluruh negara menyuarakan kebimbangan terhadap gempa bumi ini, termasuklah kakitangan LKK Health Products Group (LKKHPG). Pada hari kejadian, Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKKHPG, bergegas menghubungi cawangan syarikatnya di Yunnan, bagi mendapatkan maklumat tentang pengedar dan kakitangan tempatan, kesemuanya dilaporkan selamat setakat ini. Sementara itu, Infinitus memberikan tumpuan masa sebenar terhadap keadaan di kawasan yang dilanda gempa bumi dan memulakan mekanisme bantuan bencana alam Syarikat tersebut dengan serta-merta. Pada 5 Ogos, Infinitus (China) telah membuat keputusan segera untuk menyumbangkan RMB 1.2 juta melalui Yayasan Si Li Ji Ren bagi membantu kawasan yang telah dilanda gempa bumi di Ludian.
Pada tahun 2012, Infinitus (China) telah menyumbangkan RMB 20 juta sebagai dana asal untuk menubuhkan Yayasan Si Li Ji Ren. Dengan kelulusan daripada Kementerian Kebangsaan Hal Ehwal Awam, yayasan tersebut memberi tumpuan terhadap kesihatan awam, kemiskinan dan juga pendidikan untuk golongan yang mudah terjejas di kawasan miskin. Selepas gempa bumi Ya'an pada April 2013, yayasan tersebut serta-merta memulakan mekanisme bantuan bencana alam dan turut mengutip sumbangan daripada kakitangan pentadbiran dan para pengedar. Akhirnya, sejumlah RMB 3.66 juta telah disumbangkan untuk membantu mangsa gempa bumi Ya'an.
Dengan "Infinitus" sebagai jenama teras, LKKHPG mempunyai empat ahli, iaitu, Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., serta Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd. Sejak penubuhannya, LKKHPG menganggap tanggungjawab sosial korporat sebagai kemestian untuk perusahaan itu. Dengan berpegang kepada falsafah tersebut, ia akan memberi perhatian berterusan terhadap keadaan di kawasan yang dilanda gempa bumi dan membantu masyarakat tempatan ketika menempuh bencana ini.