omniture

Karton iN Natural Dream "Deep Water" Singkirkan Plastik di Korea

iCOOP
2023-11-23 09:00 46

SEOUL, Korea Selatan, 23 November 2023 /PRNewswire/ -- Deep Water daripada iN Natural Dream, jenama makanan antikanser organik Korea, mendapat perhatian ramai. Deep Water ialah air karton yang dilancarkan oleh jenama makanan iCOOP, iN Natural Dream selaras dengan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2021. Deep Water ialah air laut dalam kaya mineral jauh ke bawah dari lebih 600m tanpa logam berat dan mikroplastik (standard 45μm) yang dipek menggunakan karton.

iN Natural Dream’s Carton “Deep Water” Is Ousting Plastics in Korea
iN Natural Dream’s Carton “Deep Water” Is Ousting Plastics in Korea

Pakej karton selamat daripada bahan berbahaya seperti mikroplastik, walaupun apabila terdedah kepada suhu yang tinggi atau cahaya matahari secara langsung. Daripada memfokuskan pada pengurangan dan kitar semula plastik, iN Natural Dream memfokuskan kepada masalah asas penggunaan botol air plastik secara sembarangan. Ia mengitar semula karton terpakai menjadi tisu tandas atau panel bangunan. Karton telah menggantikan plastik sebagai bahan mesra-alam tatkala amaun karbon yang terhasil semasa proses pengeluaran dan pelupusan ialah kira-kira satu pertiga lebih rendah daripada botol plastik.

Tambahan pula, Deep Water menampilkan daya saing harga kepada pengguna Korea dijual pada harga yang sama dengan air botol plastik.

"Banyak kajian menunjukkan bahawa mikroplastik boleh membawa maut kepada pesakit kanser hingga ke tahap menentang ubat-ubatan antikanser," menurut iN Natural Dream. "Memandangkan sesi kelima yang disambung semula bagi Perhimpunan Alam Sekitar PBB (UNEA-5.2) menggunakan instrumen antarabangsa mengikat secara sah untuk pencemaran plastik, kami sedang mencari jalan untuk membendung penggunaan plastik dari peringkat pengeluaran. Kami mengeluarkan air minuman yang bagus baik untuk individu mahupun planet ini."

Disambut baik lantaran ciri keselamatan dan mesra alamnya, baru-baru ini Deep Water berjaya menembusi Jepun. Malahan, ia membawakan daya saing dengan harga kira-kira 7% lebih rendah berbanding jenama-jenama air botol import terkenal yang lain di Jepun. Maklumat terperinci mengenai Deep Water boleh ditemui laman web rasmi. (https://insaltroad.co.kr/en/index.php)

Source: iCOOP
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages Paper/Forest Products/Containers Corporate Social Responsibility New products/services