omniture

ValueLabs Muncul sebagai Perintis dalam Bidang AI Generatif dengan Memenangi Stevie International Business Awards ® 2023 yang Berprestij

ValueLabs LLP
2023-11-23 11:31 36

HYDERABAD, India, 23 November 2023 /PRNewswire/ -- ValueLabs, penyedia penyelesaian teknologi terkemuka, meraikan kejayaan AiDE™, platform AI Generatif perusahaan proprietari mereka yang memenangi pelbagai anugerah di Stevie International Business Awards® 2023.

AiDE™ memperkasakan perusahaan untuk memanfaatkan potensi AI Generatif dengan cara yang selamat pada skala besar yang membolehkan mereka memacu produktiviti, kecekapan proses, pengalaman pelanggan dan kesetiaan, malah melaksanakan reka bentuk semula model perniagaan mereka - sekali gus meningkatkan hasil dan keuntungan mereka.

Penyelesaian AiDE™ meliputi keperluan produk, reka bentuk, pembangunan, kejuruteraan kualiti, analisis, keselamatan dan sokongan. Tiga penyelesaian, iaitu AiDE SDLC™, AiDE xPerience™ dan AiDE Chat™ telah mendapat pengiktirafan di Stevie International Business Awards® 2023:

  1. AiDE SDLC™, sebuah platform AI Generatif perusahaan yang mengubah reka bentuk produk dan proses pembangunan telah dianugerahkan dengan Stevie Emas untuk 'Inovasi Teknikal Terbaik Tahun Ini' di kalangan organisasi yang mempunyai 1,000 orang pekerja atau lebih.
  2. AiDE xPerience™, sebuah laman web perbualan yang mengutamakan industri dan platform UX mudah alih telah memenangi Stevie Emas untuk 'Inovasi Terbaik Tahun Ini' dalam kategori Industri Perkhidmatan Perniagaan.
  3. AiDE Chat™, pembantu suara dan teks AI perbualan yang intuitif telah memperoleh Stevie Gangsa untuk 'Penyelesaian Perkhidmatan Pelanggan' di atas keupayaan kejuruteraan semula proses perniagaannya yang unik.

Selain itu, ValueLabs turut menerima anugerah Stevie Perak untuk 'Syarikat Teknologi Paling Inovatif Tahun Ini - Lebih 2,500 Pekerja'.

"Pendekatan kami terhadap AI Generatif atau mana-mana teknologi transformatif dalam hal ini adalah dengan sentiasa memikirkan cara ia meningkatkan matlamat perniagaan pelanggan kami. Perkara utama yang ingin kami capai dengan AiDE™ ialah membangunkan penyelesaian tersuai berkualiti tinggi dengan pantas pada skala yang besar dan dengan keselamatan yang tepat. Anugerah daripada Stevie mengesahkan laluan yang kami lalui dan pendekatan yang telah kami ambil untuk AI Generatif setakat ini. Banyak perkara menarik dalam perancangan," kata Veda Reddy, Ketua Pegawai Eksekutif Imagine yang merupakan cabang inovasi ValueLabs.

Selain amat kagum dengan kepimpinan pemikiran dan pendekatan ValueLabs terhadap AI Generatif, hampir semua pelanggan sedia ada di ValueLabs berpendapat bahawa penyelesaian yang diibangunkan dengan menggunakan AiDE™ akan mendorong mereka menerajui kemajuan teknologi dalam industri mereka.

"Beberapa penyelesaian tersuai yang telah kami bangunkan untuk para pelanggan pada tahun ini adalah sangat menakjubkan! Kami membangunkannya sebagai suatu tawaran platform supaya semua pelanggan dan prospek kami boleh memanfaatkan komponen dan keupayaan kami secara pasang dan main," kata Arjun Rao, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ValueLabs.

Tentang ValueLabs 

ValueLabs ialah penyedia penyelesaian & perkhidmatan IT global terkemuka dengan tumpuan yang kukuh untuk membolehkan pelanggan mencapai masa yang lebih pantas ke pasaran, meningkatkan kualiti dan mengoptimumkan kos melalui Pembangunan Produk generasi seterusnya, UX, Automasi dan Analisis – yang dikuasakan oleh AiDE™. Sepanjang 26 tahun yang lalu, syarikat ini telah berkembang ke 28 buah lokasi serta memiliki 7,000 rakan sekutu dan 300 pelanggan di seluruh dunia. Fokus syarikat ini terhadap para pekerja dan pelanggan telah menghasilkan Skor Penggalak Bersih (NPS) yang menerajui industri dengan masing-masing melebihi 80 dan 90 skor. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.valuelabs.com.

Untuk mendapatkan butiran lanjut, sila hubungi: Veda Reddy, https://www.valuelabs.com/business-form/

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1343811/ValueLabs_Logo.jpg?p=medium600

Source: ValueLabs LLP
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards Artificial Intelligence