omniture

Xinhua Silk Road: Lembah Inovasi S&T G60 perkasa inovasi teknologi dan industri di Delta Sungai Yangtze China

Xinhua Silk Road
2023-11-23 12:16 44

BEIJING, 23 November 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Penghubung Faktor-faktor Utama Pembangunan Kualiti Tinggi Lembah Inovasi Sains dan Teknologi G60 Delta Sungai Yangtze 2023 di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-6 telahpun diadakan di Shanghai baru-baru ini.

Photo shows the G60 Science and Technology Innovation Valley in China's Yangtze River Delta. (Source: Chen Haiwen)
Photo shows the G60 Science and Technology Innovation Valley in China's Yangtze River Delta. (Source: Chen Haiwen)

Lembah berkenaan memperkasa pembangunan berkualiti tinggi wilayah tersebut, berperanan sebagai pelopor dalam inovasi teknologi dan industri, yang membantu peserta-peserta pasaran mencapai kejayaan bersama.

Lembah itu dinamakan bersempena sebuah lebuh raya, G60, yang merentasi beberapa bandar di Delta Sungai Yangtze. Lembah berkenaan merujuk kepada sembilan bandar dan daerah termasuk Daerah Songjiang di Shanghai, Bandar Suzhou di Wilayah Jiangsu, Hangzhou, Huzhou, Jiaxing, Jinhua di Wilayah Zhejiang serta Hefei, Wuhu dan Xuancheng di Wilayah Anhui, dengan jumlah keluasan mencecah 76,200 kilometer persegi.

Sejak lima tahun yang lalu, bandar-bandar ini berpegang teguh secara konsisten untuk menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi melalui keterbukaan peringkat tinggi.

Modal yang baru didaftarkan bagi perusahaan yang dibiayai oleh pihak asing meningkat sebanyak 25 peratus, penggunaan modal asing meningkat sebanyak 54.5 peratus, sementara volum import dan eksport mencecah 3.8 trilion dolar A.S.

Dalam tiga suku pertama tahun ini, jumlah pelaburan dalam projek-projek yang bertapak di bandar-bandar ini berjumlah 1.29 trilion yuan. Tahun ini, modal asing berkontrak Songjiang meningkat sebanyak 62.4 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, mencatatkan rekod bersejarah yang baharu.

Di samping itu, lembah berkenaan menyasarkan kepada keupayaan inovatif teknologi sains dan pembangunan industri untuk memupuk industri-industri baru muncul yang strategik.

Di Songjiang, nilai keluaran bagi industri-industri baharu yang strategik menyumbang sebanyak lebih 60 peratus daripada nilai keluaran perusahaan industri melebihi saiz yang ditetapkan dan intensiti pelaburan penyelidikan dan pembangunan meningkat kepada 6.79 peratus.

Selain itu, lembah berkenaan memfokuskan kepada penyepaduan dan kualiti yang tinggi untuk membina ekosistem sains dan inovasi kelas pertama bertaraf antarabangsa, menyediakan ruang yang mencukupi untuk pertumbuhan tangkas entiti inovasi teknologi sains.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/337290.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Trade show news Cloud Computing / Internet of Things