omniture

Shiv Nadar Menerima Anugerah Rakyat Korporat AIMA 2014

HCL Technologies Ltd
2014-08-08 13:50 161

NEW DELHI, 8 Ogos 2014 /PRNewswire/ --

- Diiktiraf untuk usaha kedermawanan beliau dalam pembangunan kepimpinan di India

Persatuan Pengurusan Seluruh India, badan mercu untuk pengurusan profesional di India yang ditubuhkan pada tahun 1957, telah menganugerahkan Anugerah Rakyat Korporat AIMA 2014 kepada Shiv Nadar, Pengasas & Pengerusi HCL serta Yayasan Shiv Nadar bagi usaha kedermawanan beliau yang tiada tandingannya.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140806/700689 )

Setelah menerima anugerah itu, Shiv Nadar berkata: "Ini penghormatan yang besar dan saya mengucapkan terima kasih kepada AIMA untuk pengiktirafan ini. Pendidikan ialah penentu penting bagi kemajuan manakala pendidikan terangkum pula mengorak satu langkah ke hadapan bagi membolehkan kemajuan dan penghasilan semula komuniti. Yayasan Shiv Nadar akan terus memanfaatkan kuasa pendidikan terangkum bagi mendekatkan jurang antara bandar dan luar bandar serta memacu perubahan sosial secara eksponen di India dengan mencipta pemimpin daripada setiap segmen sosioekonomi."

Ketika beliau berucap semasa upacara itu, Sanjiv Goenka, Pengerusi Badan Juri, Anugerah AIMA Managing India 2014 & Pengerusi RP-Sanjiv Goenka Group berkata, "Saya mengucapkan tahniah kepada Shiv Nadar atas penerimaan anugerah itu dan untuk usaha beliau yang benar-benar cemerlang dalam pembinaan institusi dan pendidikan. Wawasan beliau memberikan ilham dan patut dikagumi dan dijadikan contoh. Di bawah bimbingan beliau, HCL dan Yayasan Shiv Nadar telah menetapkan tanda aras yang tinggi berkenaan amalan perniagaan terbaik dan pembangunan kepimpinan terangkum."

Shiv Nadar, diiktiraf sebagai tokoh berwawasan dalam pengkomputeran moden dan teknologi di India, telah menubuhkan HCL pada tahun 1976 sebagai salah satu syarikat permulaan IT kecil-kecilan yang terawal di India. Kini, HCL terdiri daripada tiga syarikat di India - HCL Technologies, HCL Infosystems serta HCL Healthcare dengan hasil tahunan sebanyak US$ 6.5 bilion dan lebih 95,000 kakitangan profesional dari pelbagai negara yang beroperasi di 31 negara termasuk lebih 500 titik kehadiran di India.

Pada tahun 1994, beliau telah menubuhkan Yayasan Shiv Nadar, organisasi dermawan persendirian. Sebagai pemacu signifikan dalam perubahan sosial dan pendidikan transformasi, Yayasan itu telah mewujudkan institusi penting di India yang merangkumi keseluruhan spektrum pendidikan, daripada universiti dan kolej hinggalah kepada sekolah K-12. Ini termasuklah SSN Institutions, kolej kejuruteraan terbaik di India; Shiv Nadar University, universiti berbilang disiplin dengan orientasi penyelidikan yang mantap dan Vidya Gyan, eksperimen radikal dalam pembangunan kepimpinan melalui pendidikan tempatan percuma kepada kanak-kanak luar bandar miskin yang berkelayakan. Yayasan itu telah melabur Rs 2,946 crore setakat bulan Mac 2014 menurut akaun teraudit, dan dijangka akan membelanjakan Rs 3000 crore lagi yang diperuntukkan pada tahun 2013 selama 5 tahun akan datang.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila klik di sini

Bhaswati Chakravorty
Bhaswati.chakravorty@hcl.com
+91-0120-2535071

Source: HCL Technologies Ltd
Keywords: Computer/Electronics Education Awards