SHANGHAI, 8 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Dianjurkan bersama oleh CMIA (Persatuan Alat Muzik China), INTEX Shanghai serta Messe Frankfurt (HK) Ltd, bersama NAMM (Persatuan Produk Muzik Antarabangsa) sebagai rakan kerjasama antarabangsa, Muzik China, Pameran Alat Muzik terkenal di dunia, akan diadakan pada 8 hingga 11 Oktober 2014.
Dengan skala pasaran bernilai 40 bilion RMB, China telah menjadi pasaran terbesar di dunia bagi alat muzik pada tahun lalu, mengatasi Amerika Syarikat dengan alat muzik buatan China menyumbang hampir separuh daripada keluaran global. Dengan kumpulan pengguna terbesar dunia dan sokongan padu daripada kerajaan dalam industri budaya, pasaran alat muzik di China mempunyai masa depan yang cerah.
Setelah dilancarkan pada tahun 2002, Muzik China kini merupakan persembahan muzik terbesar di Asia dan pintu masuk terbaik untuk pelbagai peluang perniagaan dalam pasaran China dan pasaran Asia. Sejumlah besar jenama terkenal antarabangsa telah menghadiri acara tersebut sejak sekian lama, seperti Yamaha, Steinway, Roland, AXL, KAWAI. Ia merupakan persembahan yang mesti dihadiri oleh sesiapa sahaja dalam perniagaan muzik: pengeluar produk muzik, pembekal, peruncit, peniaga, pengedar, ejen serta ahli muzik. Muzik China sememangnya pilihan pertama anda untuk memasuki pasaran Asia!
Muzik China 2013 telah menarik 68,621 pengunjung dari 86 negara/rantau, 1,680 peserta pameran dari 29 negara dan rantau, termasuk 11 pavilion antarabangsa dari Belgium, Republik Czech, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Scandinavia, Sepanyol, UK dan juga wilayah Taiwan. Muzik China 2014 akan mempunyai ruang pameran seluas 100,000 meter persegi, dan lebih banyak rekod akan dihasilkan di Shanghai!
Muzik China ialah platform komunikasi terbaik untuk dagangan, dan baru-baru ini, turut memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan dan budaya. Sepanjang tempoh acara tersebut, program sampingan klasik, seperti Forum CMIA NAMM, kursus Universiti NAMM, Forum Global tentang Muzik Tradisional China, Program Pendidikan Muzik China serta Kelas Sarjana akan diadakan seperti biasa. Khususnya, ruang pameran pendidikan muzik yang baharu sama sekali akan dilancarkan tahun ini, tempat sejumlah besar organisasi pendidikan akan membentangkan model pengajaran dan juga idea pendidikan baharu. Sementara itu, ramai artis akan membuat persembahan kepada ribuan pengunjung di atas pentas Muzik China 2014. Dengan lebih banyak program sampingan, Muzik China 2014 akan mengukuhkan peranannya sebagai pusat maklumat penting dan titik pertemuan untuk pertukaran budaya.
Layari www.musicchina-expo.com untuk maklumat lanjut dan mendaftar. Kami amat berharap dapat menemui anda di Muzik China 2014.
Hubungi:
Cik Chloe Zhu
+86-21-6295-3807
zhujialei@intex-sh.com
SUMBER: INTEX Shanghai Co., Ltd.