omniture

Xinhua Silk Road: Persidangan global diadakan di Daerah Nansha Guangzhou menyaksikan pencapaian membuahkan hasil ke atas pelaburan, pembiayaan iklim

Xinhua Silk Road
2023-11-23 20:38 110

BEIJING, 23 November 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Pelaburan dan Pembiayaan Iklim Antarabangsa Pearl Bay 2023 yang baru sahaja melabuhkan tirai menyaksikan pencapaian yang membuahkan hasil, sementara Daerah Nansha Guangzhou, melalui kerjasama dengan 11 entiti, menubuhkan Perikatan Pelaburan dan Pembiayaan Iklim Delta Sungai Mutiara (Nansha) serta melancarkan 200 bilion yuan kredit bank bersama, 100 bilion yuan dana iklim serta 50 bilion yuan nilai projek pelaburan dan pembiayaan iklim.

The photo shows the main venue of the 2023 Pearl Bay International Climate Investment and Financing Conference.
The photo shows the main venue of the 2023 Pearl Bay International Climate Investment and Financing Conference.

Di samping itu, garis panduan yang bertujuan untuk meningkatkan standard industri kewangan dan memupuk pembangunan pasaran kewangan karbon telahpun dikeluarkan semasa persidangan ini.

Satu siri acara di bawah Persidangan Pelaburan dan Pembiayaan Iklim Antarabangsa Pearl Bay 2023 diadakan sepanjang 17-18 November di Daerah Nansha, Guanghou, di Wilayah Guangdong, selatan China mengorak langkah yang penting dalam inisiatif pelaburan dan pembiayaan iklim.

Berfungsi sebagai daerah baharu peringkat kebangsaan yang eksklusif di Guangdong dan kawasan demonstrasi kerjasama komprehensif yang terbesar untuk Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, Nansha telah menjadi titik tumpuan dalam lingkungan pelaburan dan pembiayaan iklim global.

Acara antarabangsa ini, bertemakan "Pembiayaan Iklim demi Dunia Lebih Baik" merupakan yang pertama seumpamanya di China, bertumpu pada pembiayaan iklim. Ia menampilkan tiga tempat luar negara di Paris, Singapura dan Dubai.

Acara ini turut menyediakan forum-forum tematik yang menarik minat lebih 500 hadirin yang berkongsi pandangan terkini dalam domain pelaburan dan pembiayaan iklim, sambil membayangkan kolaborasi prospektif.

Sebagai saluran keluar Guangzhou ke laut, Nansha merupakan titik penghubung bagi Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 dan Jalan Sutera Darat serta komited untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan hijau dan mampan global.

Persidangan ini mengkhususkan dewan pameran spesifik untuk pelaburan dan pembiayaan iklim yang menyokong projek hijau, mempamerkan lebih sepuluh projek mesra iklim di Nansha, termasuk kenderaan kopi tanpa pemandu Magic Box, perkhidmatan e-panggilan berkuasa hidrogen, Teknologi Automobil Hycan, Teknologi Teluk Besar, Teknologi CloudWalk, antara lain.

Persidangan ini dianjurkan secara bersama oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Guangdong, Xinhua News Agency serta Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar. Kerajaan Rakyat Perbandaran Guangzhou, Xinhua News Agency Cawangan Guangdong dan China Economic Information Service bertanggungjawab terhadap pelaksanaan acara ini.

Untuk melabur di Nansha, sila hubungi Olivia Gui dengan sekretariat PBCIFC. (gwx1212olivia@outlook.com)

https://en.imsilkroad.com/p/337262.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation Trade show news