omniture

Pusat beli-belah terbesar Hong Kong, Harbour City persembahkan acara Krismas bertemakan-Disney perkenalkan 100 BE@RBRICK Disney 2000% unik untuk jualan amal

Harbour City Estates Limited
2023-11-27 09:51 107

HONG KONG, 27 November 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai pusat membeli-belah yang terbesar di Hong Kong, Harbour City sentiasa menjadi destinasi yang harus dikunjungi untuk hiasan Krismas. Selain daripada hiasan perayaan sisi pelabuhan luar di pintu masuk utama pusat membeli-belah ini, Harbour City melancarkan satu lagi kempen Krismas dengan berganding bahu bersama MEDICOM TOY untuk mempersembahkan acara bertemakan Disney "Disney100 CHRISTMAS LOVE 2000% BE@RBRICK UP" mulai 24 November 2023 hingga 1 Januari 2024. Acara yang luar biasa ini memperkenalkan koleksi mengagumkan 100 patung kecil BE@RBRICK watak Disney 2000% yang unik (kira-kira 140cm tinggi), dipaparkan di pelbagai lokasi dalam seluruh pusat membeli-belah ini. Bermula daripada siri Mickey and Friends yang ikonik hinggalah siri Disney Classics dan Disney Princess yang tak lapuk dek zaman, koleksi ini turut melibatkan watak-watak popular daripada Pixar, Marvel dan Star Wars. Antaranya, 53 patung kecil dengan reka bentuk serba baharu, termasuk Gingerbread Mickey Mouse BE@RBRICK yang comel dan Olaf BE@RBRICK.

100 unique 2000% Disney characters BE@RBRICK figurines are displayed throughout Harbour City Shopping Mall.
100 unique 2000% Disney characters BE@RBRICK figurines are displayed throughout Harbour City Shopping Mall.

Harbour City telah menjadi rakan kongsi sekian lama MEDICOM TOY di Hong Kong, sebelum ini pernah menganjurkan tiga acara yang tidak pernah gagal mengejutkan dan menggembirakan peminat. Kolaborasi keempat ini berjanji untuk menjadi acara berskala terbesar dan paling mengagumkan setakat ini, dengan peluang untuk memperoleh patung kecil 2000% yang menjadi rebutan – satu peristiwa yang sangat jarang berlaku.

Selain daripada patung kecil BE@RBRICK 2000% yang luar biasa, Harbour City akan menggembirakan peminat dengan menawarkan barangan eksklusif, termasuk keluaran istimewa Olaf BE@RBRICK 100%, serta Gingerbread Mickey Mouse BE@RBRICK dengan saiz 100%, 400% dan 1000%. Terdapat juga beg jinjing, kemeja-t, stokin, kusyen, ambal, biskut mentega dan kad kalendar. Harbour City akan menderma semua hasil selepas potongan kos kepada "Hong Kong Blood Cancer Foundation", meneruskan tradisi Krismas yang disanjungi. 

MEDICOM TOY membawakan koleksi mengagumkan dengan hampir 40 barang koleksi Disney ke "Gallery by the Harbour", termasuk koleksi yang menjadi rebutan dan telah dihentikan. Sama ada anda merupakan pengumpul BE@RBRICK, peminat Disney yang bersemangat atau sekadar mencari tempat yang indah untuk mengambil gambar kenang-kenangan semasa musim perayaan, anda akan menemui kejutan menggembirakan yang akan menyentuh lubuk hati anda yang paling dalam. Menambahkan keterujaan ini, Tatsuhiko Akashi, Ketua Pegawai Eksekutif MEDICOM TOY yang datang jauh dari Jepun untuk membuat penampilan istimewa bagi menyerikan majlis perasmian di Harbour City.

@HarbourCity #HarbourCity #Disney100 #Disney100HongKong @medicom_toy #BEARBRICK

12 BE@RBRICK characters join hands to create a 4.2-Meter-Tall snow-white BE@RBRICK Mickey Mouse at the “BE@RBRICK Snow Party”.
12 BE@RBRICK characters join hands to create a 4.2-Meter-Tall snow-white BE@RBRICK Mickey Mouse at the “BE@RBRICK Snow Party”.

Tatsuhiko Akashi, the CEO of MEDICOM TOY, brings nearly 40 popular Disney-themed BE@RBRICKs to the “Gallery by the Harbour”.
Tatsuhiko Akashi, the CEO of MEDICOM TOY, brings nearly 40 popular Disney-themed BE@RBRICKs to the “Gallery by the Harbour”.

Source: Harbour City Estates Limited
Keywords: Commercial Real Estate Household Products Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Retail Toys Travel New products/services