omniture

Persidangan Rakan Kongsi Global dan Pameran Produk Baharu Shandong Heavy Industry Group Diadakan di Dubai

Shandong Heavy Industry Group
2023-11-28 09:55 48

Saling Bekerjasama untuk Cipta Nilai buat Pelanggan

DUBAI, UAE, 28 November 2023 /PRNewswire/ -- Pada 25 November, waktu tempatan, Persidangan Rakan Kongsi Global dan Pameran Produk Baharu Shandong Heavy Industry Group telahpun diadakan di Zon Bebas Jebel Ali di Dubai, UAE. Sebanyak 570 wakil penjual dan pelanggan utama dari lebih 70 negara di Timur Tengah, Eropah, Afrika, Asia Selatan dan wilayah-wilayah lain mengambil bahagian.


Dubai mempunyai kelebihan geografi yang unik. Ia merupakan pilihan pertama untuk Shandong Heavy Industry Group mengumpul kekuatan dan memperdalam pembangunan untuk pasaran Timur Tengah dan Afrika selain juga merupakan hentian kedua untuk Persidangan Rakan Kongsi Global Shandong Heavy Industry. Persidangan ini bertujuan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi bagi meneroka laluan baharu untuk kerjasama antarabangsa, mencipta platform baharu untuk kerjasama wilayah yang saling menguntungkan serta membuka ruang baharu untuk pembangunan masa depan.


Shandong Heavy Industry Group, beribu pejabat di Jinan, China, ialah sebuah kumpulan peralatan industri global dengan hasil tahunan mencecah 72 bilion dolar AS. Ia memiliki Weichai Power, Sinotruk, Shacman, Lovol Intelligent Agriculture, Shantui Construction Machinery, Zhongtong Bus, Ferretti, KION, Linde Hydraulics, Dematic, PSI, Baudouin dan jenama-jenama terkenal yang lain serta memiliki 14 saham daripada 12 syarikat yang disenaraikan. Perniagaan utama meliputi sistem rangkaian kuasa, kenderaan komersial, peralatan pertanian, jentera pembinaan, logistik pintar serta mobiliti marin. Ia telah menubuhkan pusat inovasi sains dan teknologi di lebih 10 negara di dunia bagi menyediakan penyelesaian produk dan perkhidmatan kepada lebih daripada 150 negara dan wilayah. Enjin tugas berat, transmisi tugas berat, trak tugas berat, forklift industri, kapal layar mewah dan produk-produk lain memimpin dunia dalam teknologi dan jualan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Shandong Heavy Industry Group terus meningkatkan pelaburannya dalam pasaran Timur Tengah dan melabur di Dubai untuk menubuhkan Pusat Operasi Timur Tengah yang mengintegrasikan paparan produk, penggudangan dan logistik, perkhidmatan selepas jualan, ujian set penjana dan sokongan latihan. Ketika ini, Shandong Heavy Industry merancang untuk membina pusat operasi serantau di Afrika, Asia Tengah, Asia Tenggara, Amerika Selatan dan tempat-tempat lain, berhubung dengan rakan kongsi wakil penjual yang terkemuka di dunia dan berusaha untuk membina platform perkhidmatan disatukan untuk seluruh Kumpulan ini serta menyegerakkan susun atur pembuatan tempatan dan juga sokongan kewangan bagi membina sistem sokongan perkhidmatan pasaran global yang lengkap.

Semasa berlangsungnya acara ini, Pameran Produk Baharu Shandong Heavy Industry Group diadakan secara serentak dan lebih daripada 10 perusahaan pemilikan Shandong Heavy Industry Group membawakan produk popular mereka dan juga teknologi yang terkini. Acara ini memfokuskan untuk mempromosikan produk yang popular dalam bidang trak tugas berat berkualiti tinggi, bas, set penjana, kuasa tenaga baharu dan bidang-bidang lain dalam Kumpulan ini serta teknologi penyelidikan dan pembangunan kolaboratif dengan kelebihan kompetitif antarabangsa yang unik. Syarikat-syarikat ini boleh menyesuaikan rangkaian penuh penyelesaian portfolio produk bersepadu untuk pelanggan global dalam pelbagai senario dan keperluan individu demi mencipta nilai maksimum untuk pelanggan.

Terdapat pepatah Arab yang berbunyi, "Kata-kata adalah daun dan perbuatan adalah buahnya." Shandong Heavy Industry Group akan berganding bahu bersama rakan kongsi global kami dan maju ke hadapan bersama-sama, bertapak kukuh dalam operasi tempatan, membangunkan pasaran, meluaskan kesan jenama dan mencipta secara bersama model baharu saling menguntungkan antarabangsa. Lebih banyak hasil yang bagus akan tercipta di seluruh dunia melalui kerjasama praktikal dan kami akan berganding bahu untuk belayar menuju masa depan yang lebih baik!

Source: Shandong Heavy Industry Group
Keywords: Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Transportation Trade show news General Manufacturing Supply Chain/Logistics