omniture

PUSAT SAINS TESLA DI WARDENCLYFFE ROSAK AKIBAT KEBAKARAN TERUK

Tesla Science Center
2023-11-29 01:59 34

TAPAK MAKMAL TERAKHIR YANG TINGGAL BAGI PENCIPTA IKONIK NIKOLA TESLA 

PUSAT INI MELANCARKAN KEMPEN DANA PEMULIHAN KEBAKARAN KECEMASAN BERJUMLAH $3 JUTA

SHOREHAM, New York, 29 November 2023 /PRNewswire/ -- Pusat Sains Tesla di Wardenclyffe (TSCW), makmal terakhir yang tinggal bagi pencipta terkenal Nikola Tesla, telah rosak akibat kebakaran teruk yang berlaku pada petang 21 November.

Tesla Science Center at Wardenclyffe, Shoreham, NY, the last remaining laboratory of famed inventor Nikola Tesla, was damaged by a serious fire on the afternoon of November 21, 2023. To help cover fire remediation costs, the Center has launched an international, $3-million Indiegogo fundraising campaign called the "Mission Rebuild" fund: https://igg.me/at/MissionRebuildTSCW.
Tesla Science Center at Wardenclyffe, Shoreham, NY, the last remaining laboratory of famed inventor Nikola Tesla, was damaged by a serious fire on the afternoon of November 21, 2023. To help cover fire remediation costs, the Center has launched an international, $3-million Indiegogo fundraising campaign called the "Mission Rebuild" fund: https://igg.me/at/MissionRebuildTSCW.

Terletak di tapak seluas 16.5 ekar di Long Island di New York, kemudahan berbilang bangunan ini – yang tersenarai di Daftar Sejarah Negara -- sedang menjalani penilaian menyeluruh daripada para jurutera dan pegawai tempatan untuk menentukan tahap penuh kerosakan berkaitan kebakaran.

Bagi membantu menampung kos pemulihan kebakaran, Pusat tersebut telah melancarkan sebuah kempen pengumpulan dana Indiegogo antarabangsa bernilai $3 juta yang dipanggil sebagai dana "Mission Rebuild" (Misi Membina Semula). (https://igg.me/at/MissionRebuildTSCW)

Lebih 100 orang anggota bomba daripada tujuh belas jabatan bomba tempatan dan kor ambulans telah bertindak balas terhadap kebakaran tersebut yang telah dipadamkan sepenuhnya pada keesokan pagi.

Para pegawai pusat telah bersiap sedia untuk memulakan pemulihan dan pembangunan semula kompleks makmal bersejarah ini yang bernilai $20 juta. Dana "Mission Rebuild" Indiegogo berjumlah $3 juta akan diasingkan daripada kempen pembangunan semula yang sedang dijalankan ini.

"Semua pihak yang bersangkutan dengan Pusat Sains Tesla terhutang budi dengan amat besar kepada ramai responden barisan hadapan yang berani atas keberanian dan keazaman mereka yang luar biasa," kata Pengarah Eksekutif TSCW, Marc Alessi. "Kami amat berterima kasih atas komitmen dan keberanian anggota bomba tempatan kami."

Tahap kerosakan kini sedang dinilai oleh jurutera tapak TSCW, arkitek makmal bersejarah tersebut, firma kejuruteraan struktur dan pelbagai agensi tempatan. Analisis mereka akan membantu menentukan kesan khusus akibat kebakaran terhadap rancangan pemulihan.  

"Walaupun kami telah bersedia untuk memulakan projek pengubahsuaian dan pemulihan yang penting," En. Alessi berkata, "namun pembinaan belum dimulakan lagi, jadi ia mengelakkan kami daripada mengalami kerumitan tambahan pada peringkat ini."

Encik Alessi menyatakan kelegaan kerana keseluruhan integriti struktur bangunan yang dibina pada tahun 1901 itu, sebahagian besarnya kelihatan berjaya menahan kesan kebakaran tersebut.  

"Sokongan dan pemahaman orang ramai pada masa yang mencabar ini adalah amat berharga," kata En. Alessi. "Jika anda telah mendapat inspirasi daripada kehidupan dan kerjaya Tesla, anda boleh bertindak dengan mengambil bahagian dalam inisiatif pengumpulan dana 'Mission Rebuild' Indiegogo kami.

"Secara bersama-sama, kita akan mengharungi krisis ini dan muncul lebih kuat, sekali gus memberi penghargaan kepada warisan Nikola Tesla serta semangat inovasi, keazaman dan daya tahan yang ditunjukkan oleh pusat ini."

Nikola Tesla ialah pencipta motor yang mengedarkan elektrik arus ulang alik (AC) dan pelbagai inovasi lain. Elektrik AC berfungsi sebagai asas kepada sistem grid kuasa, yang seterusnya membolehkan pengenalan kepada Wi-Fi, radio, alat kawalan jauh dan robotik.

Untuk mendapatkan kemas kini berterusan dan maklumat lanjut, sila layari  www.teslasciencecenter.org.

Tentang Pusat Sains Tesla di Wardenclyffe

Pusat Sains Tesla di Wardenclyffe (TSCW) merupakan makmal terakhir Nikola Tesla yang tinggal. TSCW mula-mula memperoleh hartanah berkeluasan 16.5 ekar ini -- yang direka oleh arkitek terkenal, Stanford White -- dan kemudian memulakan proses pemulihan dan pembangunan semula. Pemulihan ini akan mengubah bekas makmal kerja tersebut menjadi sebuah pusat inovasi global, sebuah kemudahan pendidikan dan sebuah muzium. 

Hubungan: 

Mark Grossman
Mark Grossman Public Relations
press@teslasciencecenter.org atau mark@markgrossmanpr.com
Tel/Teks: 631-786-0404

Tesla Science Center at Wardenclyffe, Shoreham, NY, the last remaining laboratory of famed inventor Nikola Tesla, was damaged by a serious fire on the afternoon of November 21, 2023. To help cover fire remediation costs, the Center has launched an international, $3-million Indiegogo fundraising campaign called the "Mission Rebuild" fund: https://igg.me/at/MissionRebuildTSCW
Tesla Science Center at Wardenclyffe, Shoreham, NY, the last remaining laboratory of famed inventor Nikola Tesla, was damaged by a serious fire on the afternoon of November 21, 2023. To help cover fire remediation costs, the Center has launched an international, $3-million Indiegogo fundraising campaign called the "Mission Rebuild" fund: https://igg.me/at/MissionRebuildTSCW

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2286753/Tesla_Science_Center_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2286752/Tesla_Science_Center_2.jpg?p=medium600

Source: Tesla Science Center
Keywords: Computer/Electronics New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Natural Disasters