omniture

Bahrain, Negara Pertama di Timur Tengah yang Memperoleh Mesin Terkini yang digunakan untuk Penjujukan Genom Manusia

Gulf Air
2023-11-29 04:36 25

MANAMA, Bahrain, 28 November 2023 /PRNewswire/ -- Kementerian Kesihatan Kerajaan Bahrain telah menjadi negara pertama di Timur Tengah yang memperoleh dan merasmikan penggunaan mesin NovaSeqTM X Plus yang canggih untuk tujuan penjujukan genom manusia. Langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaannya untuk terus membangunkan perkhidmatan terapeutik dan diagnostik yang sejajar dengan kemajuan perubatan global terkini, yang memberi manfaat kesihatan kepada semua.

Pengerusi Majlis Tertinggi Kesihatan (Supreme Council of Health), Lt. Jeneral Dr. Shaikh Mohammed bin Abdulla Al Khalifa, menekankan usaha berterusan dalam Projek Genom Kebangsaan (National Genome Project) yang bertujuan untuk menggunakan penjujukan gen dalam menerima pakai dasar kesihatan negara serta pelan pengurusan terapeutik dan pencegahan yang berkesan.

Bagi pihak beliau, Menteri Kesihatan, Dr. Jaleela bint Al-Sayed Jawad Hassan menyatakan bahawa memperoleh peranti ini adalah selaras dengan usaha berterusan untuk mengikuti trend teknologi terkini dalam bidang kesihatan, sambil membangunkan lagi Pusat Genom Negara, yang akan mencerminkan secara positif ke atas pelbagai perkhidmatan diagnostik dan terapeutik yang disediakan untuk manfaat komuniti.

Sementara itu, Dr. Gregory Essert, Pengurus Besar Pasaran Baru Muncul di Illumina, menyatakan, "Melalui peranti khusus terbaharu kami dalam penjujukan genom, iaitu NovaSeqTM X Plus, kami boleh menjana lebih daripada 20,000 genom penuh setahun – 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kapasiti kami sebelum ini, dan kami berharap dapat menyumbang kepada mencapai matlamat Pusat Genom Negara Kerajaan Bahrain dengan menggunakan teknologi untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang penyakit dan potensi risiko genetik, sekali gus membangunkan pelan penjagaan kesihatan."

Demikian juga, Encik Abdelrahman Ramadan, Ketua *pegawai* Eksekutif Zahrawi Group yang merupakan wakil tempatan Illumina di Bahrain telah menekankan, "Kami percaya bahawa

Projek Genom Kebangsaan Bahrain, seiring dengan visi dan misi Zahrawi Group, melambangkan langkah penting ke arah mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan genomik, memupuk kepercayaan dan memberikan sumbangan bermakna kepada kesejahteraan orang di rantau GCC dan seterusnya".

Perlu dinyatakan bahawa Projek Genom Kebangsaan telah dilancarkan di Kerajaan Bahrain pada tahun 2019, dan kempen kesedaran telah dimulakan oleh institusi kesihatan awam untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam program ini, dengan sasaran untuk mengumpul 50,000 sampel menjelang 2024.

Delegasi pakar kebangsaan dari Pusat Genom Kebangsaan telah dihantar ke Universiti Harvard di Amerika Syarikat untuk menjalani latihan khusus, termasuk kaedah penjujukan genom terkini, klasifikasi data biologi, analisis klinikal, analisis data saintifik dan pengurusan data genetik.

Source: Gulf Air
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services Public Interest