omniture

Pylontech dan BloombergNEF Bersama-sama Keluarkan Kertas Putih Pasaran Storan Tenaga Kediaman Global

Pylontech
2023-11-29 09:03 195

SHANGHAI, 29 November 2023 /PRNewswire/ -- Pylontech dan BloombergNEF (BNEF) mencapai satu kejayaan penting dalam memajukan industri storan tenaga melalui keluaran bersama kertas putih mendalam yang bertajuk "Menskala Pasaran Storan Tenaga Kediaman" ("Scaling the Residential Energy Storage Market") di BNEF Summit Shanghai pada 27 November. Usaha kolaboratif ini menegaskan perkongsian yang erat antara kedua-dua entiti, menekankan komitmen bersama mereka untuk memacu sektor tenaga ke hadapan dan menyumbang kepada inisiatif peralihan tenaga global.


Sepanjang beberapa tahun yang lalu, industri storan tenaga kediaman telah mengalami pertumbuhan pesat. Walau bagaimanapun, masih terdapat persoalan yang tinggal mengenai pilihan produk, rantaian nilai industri serta dasar dan model perniagaan yang akan membolehkan pemilik bateri kediaman memperoleh nilai kefleksibelan grid yang mungkin diberikannya. Kertas putih ini menyelami tentang isu-isu ini, memberi pandangan mendalam dengan menganalisis keadaan pasaran kediaman semasa dan mengunjurkan perkembangan masa depan.

Kertas putih ini menjalankan analisis yang komprehensif terhadap nilai storan tenaga kediaman dari pelbagai dimensi. Selain daripada menyampaikan faedah ekonomi kepada pengguna dan memperkasa mereka dengan keupayaan untuk mengurus tenaga secara berautonomi, storan tenaga kediaman, sebagai komponen penting dalam tenaga teragih, dapat menyediakan perkhidmatan yang penting kepada sistem kuasa. Ini dapat menyokong masyarakat dalam meninjau kaedah-kaedah penghantaran tenaga yang lebih berkesan, akhirnya mewujudkan jaringan tenaga baharu yang fleksibel, stabil dan andal.

Kertas putih ini menekankan kepentingan kolaborasi global dalam rantaian nilai industri. Beberapa syarikat Cina telah memperoleh kelebihan teknologi dan pembuatan jangka panjang dalam sel bateri, modul bateri, BMS (Sistem Pengurusan Bateri) dan banyak lagi. Sebaliknya, beberapa syarikat asing tempatan memiliki keupayaan penggunaan yang lebih kukuh, lalu membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan pengagregatan dan perdagangan tenaga. Kolaborasi antara kedua-duanya dapat menghasilkan kelebihan pelengkap, seterusnya memaksimumkan nilai storan kediaman.

Pylontech, peneraju industri perintis dengan pengalaman yang berakar umbi selama lebih sedekad, mendapat pengiktirafan global, terutamanya dalam sektor storan kediaman. BloombergNEF ialah penyedia penyelidikan berwibawa yang mengkhusus dalam menganalisis trend tenaga masa depan. Usaha kolaboratif mereka dalam mengeluarkan kertas putih global mengenai storan kediaman ini menawarkan pandangan mendalam untuk industri ini, memupuk inovasi serta kolaborasi dan menyumbang secara kolektif kepada pembangunan pasaran storan kediaman global yang mampan.

Baca kertas putih di sini: https://bit.ly/3sPhVRo

Latar Belakang BloombergNEF

BloombergNEF (BNEF) ialah penyedia penyelidikan strategik yang meliputi pasaran komoditi global dan teknologi disruptif yang memacu peralihan kepada ekonomi rendah karbon. Liputan pakar mereka menilai laluan untuk sektor kuasa, pengangkutan, industri, bangunan dan pertanian untuk beradaptasi kepada peralihan tenaga. BNEF membantu golongan profesional perdagangan komoditi, strategi korporat, kewangan dan dasar mengemudi perubahan dan menjana peluang.

Latar Belakang Pylontech

Pylontech (kod saham: 688063 ) ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai penyedia sistem storan tenaga bateri khusus dan menjadi syarikat disenaraikan secara terbuka yang pertama di China pada tahun 2020 dengan tumpuan utama ke atas storan tenaga sebagai perniagaan terasnya. Pylontech mengintegrasikan rantaian industri dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan teguhnya serta kepakaran pembuatan komprehensif yang mencakupi sel, sistem pengurusan bateri dan penyepaduan sistem. Produk dan penyelesaiannya telah mengukuhkan kehadiran di lebih 80 negara dan wilayah, dengan lebih satu juta sistem storan tenaga berjaya ditauliahkan. Pada tahun 2022, Pylontech disenaraikan sebagai penyedia storan tenaga bateri kediaman No.1 oleh S&P Global Commodity Insights.

 


Source: Pylontech
Related Stocks:
Shanghai:688063
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Survey, Polls & Research