TAIPEI, 29 November 2023 /PRNewswire/ -- Ubiquity Sprouting Corporation (USC) mempelopori Penanaman Tauge Kacang Tanah Lestari menerusi Kemudahan Perintis di Taiwan.
USC mengumumkan dengan bangganya pembukaan sebuah kemudahan perintis di Taiwan yang memfokuskan untuk menghasilkan tauge kacang tanah, dengan keluaran harian sebanyak 1,000 kilogram yang mengagumkan. USC bermatlamat untuk memimpin industri ini dengan menjadi yang pertama menanam tauge kacang tanah secara berskala besar menggunakan kaedah-kaedah organik tanpa sebarang agen kimia.
Kemudahan yang inovatif ini beroperasi dengan tenaga yang minimum, hanya menggunakan air untuk penanaman. Apa yang luar biasa, tauge kacang tanah tumbuh 3.5 kali ganda beratnya hanya dalam tempoh lima hari. USC membangunkan teknologi yang berkesan kos ini untuk mengembangkan pengeluaran dengan pesat, menangani cabaran yang sering dilihat dalam kaedah-kaedah tradisional seperti masalah bakteria dan kulat. Profesor Chiu, dikenali sebagai 'Raja Kacang' Taiwan, mengesahkan bahawa kacang tanah yang terjejas oleh bahan pencemar ini sukar untuk bercambah.
Pencipta USC, Chang menyatakan, "Tauge kacang tanah sukar ditemui dalam pasaran dan penanamannya penuh dengan cabaran dan dengan kadar kegagalan yang tinggi, mengakibatkan masalah kekurangannya."
Tauge kacang tanah benar-benar merupakan nikmat untuk kesihatan, mempunyai banyak resveratrol - sebatian dengan kepekatan 100 kali ganda lebih banyak berbanding dalam kacang tanah dan dengan kandungan lemak yang jauh lebih rendah. Kajian berwasit telah mengaitkan pelbagai manfaat kesihatan kepada Resveratrol, bermula daripada antipenuaan hingga perlindungan kardio dan sebagainya, menekankan potensi melanjutkan hayatnya yang besar.
USC telah mencipta empat modul berbeza dengan bijak untuk menanam pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan, termasuk tauge (MS001), tauge kacang tanah (PS101), sayur-sayuran berdaun (LV201), serta sayur-sayuran dan buah-buahan menjalar (VV301). Sebelum ini, USC berjaya memasarkan kemudahan tauge kacang hijau di Taiwan dan Tanah Besar China, dengan kapasiti pengeluaran harian mencapai 37,500 kilogram merentas 25 baris pertumbuhan. Kini, ia dijual di beberapa kedai rantaian, termasuk Carrefour Taiwan. USC komited untuk memperkenalkan tauge baru bercambah ke pasaran Taiwan - hidangan kulinari yang berkhasiat dan menyelerakan. Tauge hari pertama ini yang terdiri daripada kacang hijau, kacang hitam dan kacang soya, ketika ini sukar ditemui dalam pasaran. Tauge hari pertama ini bukan sahaja segar dan kaya dengan nutrisi, tetapi juga bebas daripada sebarang penggunaan aditif kimia.
Selain daripada berusaha secara bersendirian atau melalui kolaborasi bersama rakan-rakan kongsi untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan, kami akan turut memproses makanan ini menjadi pelbagai produk seperti snek, biskut, pencuci mulut, pai tidak manis, jeruk dan banyak lagi.
Michael Lai, pengasas USC berkata, "pada asasnya kami akan membangunkan terutamanya perniagaan sayur-sayuran kami sendiri di serata dunia. Namun begitu, kami turut mencari rakan kongsi yang ingin terlibat dalam usaha sama, mendapat lesen, bahkan membeli kemudahan kami. Dengan melaksanakan teknologi Ubisprouting, kita semua dapat bersama-sama menjalankan penanaman mesra alam yang lebih baik bagi menghasilkan lebih banyak makanan yang pelbagai untuk warga planet kita yang mengagumkan."
Ubiquity Sprouting Corporation announces installing peanut sprout daily 1,000 kg output growing facility.
Untuk maklumat terperinci mengenai Ubiquity Sprouting Corporation dan penyelesaian pertanian inovatif kami, sila kunjungi laman web kami di www.ubisprout.com.
[Kata Kunci: Tauge Kacang Tanah, Tauge, Pertanian Dalam Ruangan, Pertanian, Makanan Organik, Resveratrol, Sayur-sayuran]