omniture

YANG AMAT MULIA SHEIKHA MOZA MERASMIKAN EDISI KE-11 SIDANG KEMUNCAK WISE

WISE
2023-11-29 20:58 40

Safeena Husain diiktiraf sebagai Pemenang Hadiah Pendidikan Wise 2023 atas usaha beliau dengan Educate Girls

DOHA, Qatar, 29 November 2023 /PRNewswire/ -- Yang Amat Mulia Sheikha Moza bint Nasser, Pengerusi Yayasan Qatar telah berucap semasa perasmian edisi ke-11 Sidang Kemuncak WISE yang berlangsung dari 28 hingga 29 November di Doha, Qatar yang bertemakan 'Kefasihan Kreatif: Manusia Berkembang Maju di Zaman AI' (Creative Fluency: Human Flourishing in the Age of AI).

 

Yang Amat Mulia Sheikha Moza berkata: "Beta ingin memastikan WISE menjadi sebuah platform untuk idea-idea baharu yang seiring dengan perubahan yang berlaku di dunia ini serta halangan yang dihadapi oleh bidang pendidikan di negara tertentu atas sebab-sebab yang kita semua sedia maklum. Tiada alternatif lain selain berinovasi, jika kita ingin mencari penyelesaian kepada masalah yang sukar diatasi."

Semasa perasmian pleno tersebut, Tuan Yang Terutama Sheikha Hind bint Hamad Al Thani, Naib Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Qatar telah dianugerahkan dengan Hadiah Pendidikan WISE yang berprestij. Ini merupakan anugerah global yang pertama seumpamanya yang memberi penghormatan kepada individu atas sumbangan yang cemerlang terhadap bidang pendidikan. Husain diberi pengiktirafan atas dedikasi beliau selama 16 tahun dalam membangunkan organisasi bukan untung yang memberi tumpuan bagi memperkasa komuniti untuk pendidikan kanak-kanak perempuan di beberapa perkampungan yang paling sukar dijangkau di India.

Selama bertahun-tahun, Educate Girls telah menggerakkan lebih 1.4 juta orang kanak-kanak perempuan untuk pendaftaran dan membantu lebih 1.9 juta orang kanak-kanak dalam pembelajaran mereka di India. Melalui kaedah penyasaran tepat menggunakan AI, Educate Girls dapat menyasarkan jumlah kanak-kanak perempuan tidak bersekolah yang sama dalam hanya 5 tahun, yang sepatutnya memerlukan tempoh selama 45 tahun. Melalui sebuah rangkaian yang terdiri daripada lebih 21,000 orang juara berdasarkan komuniti daripada beberapa komuniti yang paling terpinggir di negara ini, organisasi tersebut telah berusaha untuk memecahkan kitaran ketidaksamaan dan penyisihan antara generasi.

Mengulas mengenai anugerah tersebut, Husain berkata: "Ini merupakan satu kemenangan kolektif untuk kami semua yang berusaha ke arah pendidikan kanak-kanak perempuan, daripada kerajaan dan masyarakat tempatan hingga juara jantina dan penyokong kami yang berdedikasi. Ia menjadi bukti kepada pelbagai inisiatif yang secara aktif menangani cabaran global ini bagi memastikan setiap kanak-kanak perempuan di setiap kampung berada di sekolah dan belajar dengan baik.

"Pendidikan kanak-kanak perempuan adalah perkara yang paling hampir dengan penyelesaian yang mudah dalam menyelesaikan beberapa masalah paling rumit di dunia. Kita mesti mengiktiraf bahawa hak untuk mendapat pendidikan merupakan hak sedia ada bagi setiap kanak-kanak perempuan – hak yang mesti sentiasa diutamakan."

E-mel Hubungan: media@wise.org.qa

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2287476/WISE_Logo.jpg?p=medium600

Source: WISE
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events Artificial Intelligence