SHANGHAI, 15 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Formica Group, peneraju global bagi hiasan permukaan, hari ini mengumumkan pelancaran Protec+TM oleh Formica Group, produk laminat antibakteria berprestasi tinggi.
Ketika bahaya kesihatan terus mengancam kesihatan awam, kesedaran yang meningkat terhadap masalah yang berkaitan dengan mikrob telah mendorong Formica Group untuk memperkenalkan produk* berprestasi tinggi dan lebih bersih untuk rangkaiannya.
Produk baharu ini telah diuji mengikut beberapa standard terkemuka termasuk ISO22196:2011, JIS Z2801, ASTM G21 dan ia mampu mengurangkan jumlah mikrob pada permukaan sehingga 99.5%. Bekerja rapat dengan Syarikat Teknologi antibakteria terkemuka dunia, BioCote®, Formica Group telah memanfaatkan kuasa perak dan memperkenalkannya ke dalam proses pembuatan, memberikan permukaan dengan perlindungan dipertingkatkan. Berkesan terhadap pelbagai jenis mikrob, Protec+TM oleh Formica Group mengurangkan pembiakan bakteria dan kulat, menyediakan permukaan lebih bersih* serta melindungi pengguna daripada kesan-kesan negatif. Apabila diselenggarakan dengan baik, perlindungan tersebut akan kekal sehingga jangka hayat produk yang dirawat [*] dan dapat membantu mengurangkan kontaminasi silang.
Protec+TM oleh Formica Group secara idealnya sangat sesuai untuk pelbagai kegunaan termasuk perabot, pengangkutan, pendidikan, blok-blok kediaman, pembinaan serta penjagaan kesihatan. Produk ini juga menyediakan lebih perlindungan untuk tempat-tempat awam* selain ruang-ruang kediaman* dan juga menyediakan persekitaran yang lebih bersih* untuk para pengguna. Formica Group telah mempromosikan lebih 400 pilihan dekorasi bagi tujuan pengubahsuaian antibakteria untuk memenuhi kehendak hiasan yang unik daripada para pereka dan arkitek.
Peter Wilson, Presiden Formica Asia berkata: "Formica Asia berusaha untuk mematuhi standard persekitaran tertinggi ketika kami melanjutkan usaha kami untuk mereka dan mengeluarkan produk-produk fesyen. Memandangkan kesedaran awam terhadap isu kesihatan terus meningkat, Formica Asia dengan bangganya melancarkan barisan laminat antibakteria Protec+TM oleh Formica Group, yang membantu mengurangkan jumlah mikrob serta menyediakan tambahan perlindungan untuk pengguna terhadap kontaminasi mikrob."
Dengan pengekalan kebimbangan terhadap masyarakat global, Formica Group menjadikannya satu keutamaan untuk menawarkan para arkitek, pereka dan pengguna dengan pelbagai produk permukaan mesra alam. Formica Group terus berusaha menghasilkan produk-produk inovatif yang menggalakkan persekitaran yang lebih sihat. Bagi melengkapkan trend masa kini dan reka bentuk baharu, pelancaran Protec+TM oleh Formica Group akan menyediakan pengguna dengan persekitaran yang lebih selamat*, lebih bersih* dan kelihatan menyenangkan.
Latar Belakang Formica Group
Formica Group secara globalnya menerajui industri dalam rekaan, pembuatan dan pengedaran produk-produk permukaan inovatif untuk kegunaan komersial dan kediaman. Laminat Formica® adalah 'asalnya' dan melibatkan lebih daripada seratus tahun ciptaan, inovasi dan kepimpinan reka bentuk. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Formica Group, produk-produknya, program-program serta promosi istimewa, sila layari www.formica.com.
Formica Group adalah kumpulan syarikat global yang terdiri daripada Formica Canada, Inc., Formica Corporation, Formica de Mexico S.A. de C.V., Formica IKI Oy, Formica Limited, Formica S.A., Formica S.A.S., Formica Taiwan Corporation, Formica (Thailand) Co., Ltd., Formica (Asia) Ltd., dan Formica Decorative Materials (China) Co., Ltd. antaranya.
Perhatian: Formica® dan Logo Formica® Anvil adalah tanda dagangan berdaftar The Diller Corporation. Protec+ TM adalah tanda dagangan The Diller Corporation
©2014 The Diller Corporation. Hak Cipta Terpelihara.
Sebuah Syarikat Fletcher Building
Maklumat Perhubungan Media:
Birdie Chao
Pengurus Pemasaran Serantau, China, Formica
Tel: +86-21-6010-2688
E-mel: Birdie.Chao@formica.com
Cui Zhe
Newell Public Relations
Tel: +86-21-5403-6180
E-mel: zhec@newell.com
Maklumat:
* berbanding permukaan tidak dirawat.
[*] Kesan antibakteria pada permukaan dikekalkan mengikut penyelenggaraan dan garis panduan penjagaan Formica serta permukaan tersebut tidak tertakluk kepada persekitaran yang teruk, rosak, calar dan pemakaian & kelusuhan berlebihan.