omniture

Trina Solar bakal tawarkan modul dan penjejak untuk loji janakuasa PV 90MW di Brazil

TrinaTracker
2023-11-30 10:06 39

SAO PAULO, 30 November 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar (SHA: 688599) telah memeterai perjanjian pembekalan dengan kontraktor EPC Brazil, Fiber X untuk menawarkan modul dan penjejak solar kepada projek CEMIG SIM, yang terdiri daripada beberapa loji janakuasa solar penjanaan teragih, di negeri Minas Gerais, Brazil. Projek ini memiliki jumlah kapasiti sebanyak 90MW.


Di bawah perjanjian ini, Trina Solar akan membekalkan modul Vertex DEG21-660W yang berprestasi tinggi dan penjejak solar Vanguard 1P. Trina Solar ialah salah satu daripada lima pembekal penjejak solar terkemuka di Amerika Latin dan terus berusaha untuk memberi nilai yang lebih baik kepada loji janakuasa solar pelanggan. Penyelesaian bersepadu bagi modul Vertex dan penjejak Vanguard akan memaksimumkan potensi modul dwimuka 210mm. Kolaborasi bersama Fiber X merupakan penanda aras bagi penyelesaian penghantaran bersepadu Trina Solar di Amerika Latin.

TrinaTracker Vanguard 1P direka bentuk dengan teknologi berpaten dalam sistem dan struktur pemanduannya, menjadikannya sesuai khususnya pada rupa bumi tidak rata, menjamin pengoperasian yang selamat semasa angin kencang dan mengurangkan keperluan semasa pemasangan dan penyelenggaraan sistem. Sejak produk ini dilancarkan tahun lalu, Vanguard 1P telah telah dihantar melebihi 1GW di Brazil.

Berdasarkan kepada platform teknologi produk 210mm termaju, modul Vertex 660W Trina Solar menyampaikan kecekapan, kuasa, hasil tenaga dan keandalan yang lebih tinggi serta LCOE yang lebih rendah. Ia telah lulus ujian standard beban mekanikal statik dan lima ujian ketat yang lain, memperlihatkan keandalan yang kukuh serta menawarkan nilai yang lebih tinggi secara konsisten kepada pelanggan.

Modul Vertex 660W juga telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam ujian keandalan PVEL sembilan tahun berturut-turut, dengan keandalan tinggi yang diiktiraf oleh institusi-institusi terkemuka. Penghantaran kumulatif modul 210mm Trina Solar melebihi 90GW menjelang suku ketiga tahun ini, memberikan kepada mereka kedudukan No 1 dunia.

"Menawarkan penyelesaian bersepadu dengan kedua-dua modul dan penjejak merupakan model perniagaan yang baharu untuk Trina Solar di Brazil," kata Alvaro Garcia-Maltras, Presiden Trina Solar Latin America. "Modul siri Vertex DEG21 Trina Solar, dengan sel dwimuka PERC 210mm, memiliki output kuasa maksimum sehingga 670W. Penjejak Vanguard 1P boleh memadankan dengan sempurna saiz modul 210mm dan sistem kawalan pintar kami digabungkan dengan pengawal, algoritma dan platform SCADA, merupakan "otak" bagi sistem penjejak solar dalam mengawal sudut hadap, memaksimumkan potensi penjanaan kuasa pada kedua-dua bahagian depan dan belakang modul."

 

Source: TrinaTracker
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts General Manufacturing