omniture

Automation Anywhere dan Robo Co-Op Melengkapkan Pelarian dengan Kemahiran Automasi Melalui Program Gerbang Global

Automation Anywhere, Inc.
2023-11-30 16:16 49

Kerjasama rintis ini bertujuan untuk menangani krisis pelarian global dengan 100 juta pekerja digital. 

TOKYO, 30 November 2023 /PRNewswire/ -- Automation Anywhere, peneraju dalam penyelesaian automasi pintar yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) merentasi setiap aspek organisasi, mengumumkan pelancaran Program Gerbang Global (Global Gateway Program) dengan Robo Co-Op untuk memperkasa para pelarian dengan kemahiran digital dan seterusnya meluaskan peluang keterangkuman pekerjaan bagi pembangunan kerjaya digital.

"Di Automation Anywhere, misi kami adalah untuk menjadikan masa depan pekerjaan lebih pelbagai dan inklusif," kata Neeti Mehta Shulka, Pengasas Bersama merangkap Pegawai Kesan Sosial, Automation Anywhere. "Matlamat kami yang bercita-cita tinggi melalui kerjasama dengan Robo Co-op bagi mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan untuk para pelarian serta meningkatkan kemahiran mereka dalam tempoh tiga tahun akan datang, adalah bukti komitmen kami yang menunjukkan bahawa kami bukan sahaja ingin menangani cabaran perpindahan dengan segera, tetapi juga untuk memperkasa individu dengan kemahiran dan peluang yang penting untuk kejayaan jangka panjang."

Robo Co-op ialah sebuah kerjasama yang diterajui oleh para pelarian dengan tumpuan terhadap keterangkuman digital serta penciptaan peluang keterangkuman pekerjaan untuk para pelarian melalui penyumberan berimpak digital. Dengan kerjasama Automation Anywhere, organisasi tersebut menyasarkan untuk merapatkan jurang antara 100 juta pelarian di seluruh dunia dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap 100 juta pekerja digital. Memandangkan pasaran pekerjaan global mengalami transformasi yang signifikan dengan keperluan yang berterusan terhadap peningkatan produktiviti, Program Gerbang Global menawarkan peluang kepada pelarian untuk mendapatkan pemahiran semula dan peningkatan kemahiran yang sesuai dengan era automasi pintar.

"Melalui ekosistem kami terhadap penyumberan berimpak digital dan portfolio produk Automation Anywhere yang boleh diakses, kami menyediakan peluang kerjaya untuk para pelarian, tanpa mengira latar belakang mereka, demi menyumbang kepada ekonomi digital," kata Jintae Kim, Pengasas Robo Co-op. "Dengan kejayaan program Program Gerbang Global, organisasi kami boleh berkembang untuk menyokong lebih ramai ahli manakala syarikat seperti Automation Anywhere boleh menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang inklusif di seluruh dunia."

Program Gerbang Global menyediakan kurikulum yang mengajar kemahiran automasi, bersama-sama dengan program biasiswa impak sosial yang menawarkan kursus dan sijil yang ditawarkan oleh Automation Anywhere. Automation Anywhere berhasrat untuk menyediakan peluang latihan sambil bekerja (OJT) melalui automasi ujian Automation Anywhere dengan ciri baharu yang membuka peluang baharu kepada para pelarian untuk mempamerkan kemahiran profesional mereka, seperti menyampaikan jaminan perisian yang berkualiti tinggi.

Program rintis baharu yang sudah pun melangkaui sempadan ini mempercepat kedua-dua mobiliti sosial dan global, membantu pelarian meningkatkan status sosioekonomi mereka dengan kemahiran digital dan memberi mereka kebebasan mobiliti tambahan untuk tinggal di mana-mana negara yang mereka inginkan dengan peluang untuk bekerja secara jarak jauh.

Robo Co-Op bermatlamat untuk mewujudkan 100,000 peluang keterangkuman pekerjaan untuk pelarian, yang pada akhirnya akan meningkatkan kadar pengekalan pekerjaan, menambahkan pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan bagi komuniti pelarian. Matlamat yang dikongsi bersama oleh Automation Anywhere dan Robo Co-Op untuk Program Gerbang Global ini adalah untuk meningkatkan kemahiran 100 orang pelarian dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Tentang Automation Anywhere

Automation Anywhere ialah peneraju dalam penyelesaian automasi pintar yang menggunakan AI merentasi setiap aspek organisasi. Platform Kejayaan Automasi syarikat ini disemai dengan AI generatif dan menawarkan penemuan proses, RPA, orkestrasi proses serba lengkap, pemprosesan dokumen dan analisis, dengan pendekatan keselamatan dan tadbir urus yang diutamakan. Automation Anywhere memperkasa organisasi di seluruh dunia untuk menghasilkan keuntungan produktiviti, memacu inovasi, meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan mempercepatkan pertumbuhan perniagaan. Syarikat ini dipandu oleh visinya untuk memacu masa depan kerja dengan merungkai potensi manusia melalui automasi pintar. Ketahui lebih lanjut di http://www.automationanywhere.com/.

Berinteraksi dengan Automation Anywhere

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/541440/Automation_Anywhere_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Automation Anywhere, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation New products/services Artificial Intelligence