GUANGZHOU, 15 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) ("CIFF") terkenal sebagai "platform No.1 untuk kelas dunia", "pusat mendapatkan perabot Asia" serta "pengukur industri perabot China". Ia diadakan dua kali setahun di Guangzhou setiap Mac dan September sejak tahun 1998, dengan pameran yang melibatkan perabot, produk hiasan dan juga industri huluan dan industri hiliran mereka. Pada 5 hingga 8 September 2014, CIFF ke-34 akan menyediakan siri lengkap perabot dan terus mempertingkat perkhidmatannya!
Siri Lengkap Perabot Mewujudkan Acara Hebat Musim Luruh.
Pameran CIFF September sebelum ini memberi tumpuan kepada rumah kediaman dengan pameran Perabot Rumah, Perabot Luar, Hiasan Rumah, Tekstil Rumah dan lain-lain upholsteri. CIFF ke-34 akan membuat perubahan besar dengan menambahkan Perabot Pejabat, Perabot Hotel, Perabot Awam serta Mesin Perabot & Bahan Mentah buat julung kalinya. CIFF telah menjadi platform pameran antarabangsa sehenti bersepadu, menghubungkan seluruh rantaian pasaran perabot, sesuai untuk rumah dan persekitaran pejabat serta merangkumi keseluruhan siri perabot & produk hiasan.
Pembekal Berkualiti dan Elit Perindustrian Berkumpul untuk Mewujudkan Peluang Perniagaan
Keluasan CIFF September 2014 mencapai sehingga 200,000 meter persegi. Lebih 1000 pembekal berkualiti akan mengambil bahagian dalam pameran tersebut berserta produk serba baharu mereka dan juga tawaran hebat. Para pembeli profesional dan lain-lain profesional dalam industri ini dari lebih 190 negara dan wilayah dijangka akan mengunjungi pameran tersebut. Kumpulan pembeli besar domestik dan delegasi pembeli antarabangsa, kumpulan pereka dari Jerman, Belgium, Rusia, Amerika Syarikat, Australia, Turki, Jepun dan banyak lagi akan turut mengunjungi CIFF ke-34 di Guangzhou.
Sebahagian daripada Jenama Terkenal:
Perabot Rumah Moden: Landbond, Kinetic, KUKA, Hinglee, Kinwai, Royal, Steel-land, Norya, Somnopro, Violino, Farrell, Show-win, Lixing...
Perabot Rumah Klasik: Fourseas, Lebetter, Ouevane, Tianyuan, Armola...
Perabot Pejabat dan Hotel: New Century, Hongji, Zhenmei, Catering, Meibang, Lidan, Suniver, Yousheng, Haijing, Kivik...
Perabot Luar: Perfect, Global-Gate, Derong, Tengo, YATN,Flyhang Rattan...
Hiasan Rumah & Tekstil Rumah: Creative, Jiemei, Mydeco Living, Nikky Home, Kingking, Kamtat, Laifei, Dechang, Sitong, Blossom, Baller...
Mesin Perabot & Bahan Mentah: Leliu Hardware, Union Star, Taiming, Taiqiang, Xiangxing, Zhaogang, Zhuokai...
Perkhidmatan Dipertingkat memudahkan kunjungan anda di CIFF
Berdasarkan edisi lepas, CIFF telah memudahkan prosedur kemasukan dan mempercepat permohonan lencana. CIFF September 2014 akan terus mengimplementasikan prosedur pantas yang hanya memerlukan kad ID dan kad perniagaan anda agar anda dapat mengambil lencana masuk sebelum memasuki pameran tersebut tanpa bayaran ataupun mengisi apa-apa borang. Di samping itu, versi baharu laman web rasmi http://www.ciff-gz.com dan perisian permohonan APP, akan melancarkan sistem Carian & Navigasi cepat untuk terus mengoptimumkan pengalaman perkhidmatan mudah yang lebih selesa, cekap dan menyeronokkan.
Mari kita raikan dan nikmati CIFF September 2014 di Guangzhou!
Chen Jun
+86-20-89128065
1251089755@qq.com