omniture

Allotex Umum Pelabur Baharu dan Perluasan Kemudahan Pengeluaran

Allotex, Inc.
2023-12-01 07:41 29

BOSTON dan MILAN, 1. Disember 2023 /PRNewswire/ -- Allotex Inc. and SpA, sebuah syarikat biologi dan peranti terkemuka yang mengkhusus dalam terapi pembetulan penglihatan, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Junson Capital telah menyertai sindiket pelaburnya. Modal tambahan ini akan membantu menyokong pengembangan kemudahan pengeluaran Syarikat ini sebagai persediaan untuk pengenalan pasaran dan ujian klinikal di AS.

Pendekatan inovatif Allotex menggunakan alograf berbentuk kornea manusia dengan tepat untuk membentuk semula kornea bagi rawatan presbiopia yang memulihkan penglihatan bacaan yang hilang akibat proses penuaan semula jadi. Dengan ratusan juta individu di seluruh dunia mencari alternatif yang selamat, berkesan dan tahan lama kepada cermin mata dan kanta sentuh untuk membaca, syarikat ini bersedia untuk memberi impak yang besar dalam pasaran penjagaan penglihatan.

Dr. David Muller, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Allotex mengulas mengenai kemajuan syarikat ini dengan berkata, "Pembiayaan ini akan membolehkan Allotex memperkenalkan teknologi rintis kami di Eropah dan Jepun pada awal tahun 2024 di samping berusaha secara aktif dengan FDA untuk memulakan ujian klinikal di Amerika Syarikat dengan secepat mungkin. Modal tambahan ini akan membantu menyokong perluasan kemudahan pengeluaran kami yang diperlukan bagi meningkatkan kapasiti serta memastikan bekalan produk yang berterusan."

John White, Ahli Lembaga Pengarah Allotex yang mewakili KCK MedTech mengulas, "Keputusan keselamatan dan keberkesanan kami yang diterbitkan, bersama-sama dengan susulan selama 4 tahun kami akan meningkatkan penerimaan pasaran bagi pesakit dan juga pakar bedah refraktif. Pakar bedah telah mempunyai keyakinan dalam menggunakan alograf kornea manusia selama lebih 70 tahun dan teruja dengan potensi teknologi kami untuk memulihkan penglihatan membaca kepada berjuta-juta individu yang mengalami presbiopia berkaitan usia."

Junson Capital telah menyertai pelabur sedia ada termasuk KCK MedTech, Panakes, Supernova Invest dan Exor Ventures untuk melengkapkan pembiayaan Siri B. Wei Shen yang mewakili Junson Capital turut berkongsi keterujaan mereka menyertai sindiket pelabur ini dengan menyatakan, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Allotex dan menyumbang kepada kemajuan terapi mereka yang inovatif. Potensi untuk memberi impak yang besar kepada pasaran pembetulan penglihatan global adalah jelas dan kami tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan transformatif ini." Junson Capital ialah sebuah syarikat pengurus pelaburan global yang telah lama terlibat dalam pengkhususan kepada peneraju penjagaan kesihatan dan teknologi baharu serta pelaburan yang merentasi modal teroka, ekuiti swasta, pasaran awam, hartanah dan alternatif. Allotex telah dinasihatkan oleh Cukierman & Co. Life Sciences untuk urus niaga ini.

Tentang Allotex Inc.
Allotex Inc. ialah sebuah syarikat peranti dan biologi rintis yang memberi tumpuan dalam membangunkan penyelesaian terapeutik yang inovatif untuk pembetulan penglihatan. Melalui penggunaan alograf berbentuk kornea manusia dengan tepat, Allotex mencipta tatahan semula jadi yang boleh ditanggalkan serta menawarkan pilihan pembetulan penglihatan yang selamat dan kekal kepada pesakit. Dengan komitmen untuk memajukan pembetulan penglihatan, Allotex berdedikasi untuk meningkatkan kehidupan individu yang terjejas akibat presbiopia dan gangguan refraktif mata manusia yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Allotex, sila layari www.allotex.com atau hubungi Travis Henry (travis.henry@allotex.com).

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2289846/Allotex_Logo.jpg?p=medium600

Source: Allotex, Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion